Syed Nasir Syed Ismail
Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail merupakan ahli politik UMNO di Malaysia.
Syed Nasir Syed Ismail SSM, PMN; SPMJ, SSIJ (Joh); JMN, PPM (P); PIS, BSI (Joh) | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 9 Januari 1978 – 16 Mac 1982 | |
Didahului oleh | Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud |
Digantikan oleh | Mohamed Zahir Ismail |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pagoh | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Muhyiddin Yassin |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Muar Dalam | |
Dalam jawatan 1971–1974 | |
Didahului oleh | Aziz Ishak |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka | |
Dalam jawatan 1957–1969 | |
Didahului oleh | Ungku Aziz |
Digantikan oleh | Dato' Ali Haji Ahmad |
Butiran peribadi | |
Lahir | 7 Mac 1921 Batu Pahat |
Meninggal dunia | 16 Mac 1982 | (umur 61)
Tempat persemadian | Makam Pahlawan |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Toh Puan Sharifah Aishah Syed Mohamad |
Hubungan | Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (menantu) |
Anak-anak | 10 (termasuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir dan Syed Alwi) |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
![]() | ||||
|
BiodataSunting
Syed Nasir dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan meninggal dunia pada 16 Mac 1982. Beliau berasal dari Johor dan berketurunan Syed yang dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad di tanah Hadramaut / Arab. Gelaran Syed diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Di Johor ramai orang Melayu berketurunan Syed dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat. Tokoh lain ialah Syed Jaafar Albar. .
KeluargaSunting
Anaknya Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo[1] merupakan seorang usahawan yang terkenal. Antara perniagaan beliau yang terkenal ialah Hardrock Cafe.
Pengarah DBPSunting
Semasa menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,[2] berlaku peristiwa Keranda 152 . Kebanyakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu ada kata pengantar daripada Tun Syed Nasir Ismail. Tahun 1970-an, semua buku teks dicetak dan dibekalkan oleh DBP. Bahasa Melayu digunakan sebagai meluas selaraskan dengan Penyata Razak.
Speaker Dewan RakyatSunting
Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[3] Semasa menjadi speaker, beliau pernah sendiri ke Kem Tahanan Kamunting untuk majlis angkat sumpah dua orang ahli parlimen DAP yang ditahan di bawah ISA.
PenghargaanSunting
Sebuah sekolah di Johor Bharu telah dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail.[4] Biasiswa Tun Syed Nasir[5] diperkenalkan oleh DBP sejak 1992 untuk pelajar yang layak. Politeknik Tun Syed Nasir telah dibina di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sebagai mengenang jasa beliau sebagai Ahli Parlimen Pagoh.[6]
Meninggal duniaSunting
Beliau meninggal dunia pada 1982. Makam beliau terletak di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pautan luarSunting
Bacaan lanjutSunting
- Tun Syed Nasir: Mengimbau jasa, menjujung citra; Noriah Mohamed dan Ghazali Basri; Yayasan Warisan Johor; ISBN: 978-983-2440-23-9[7]
RujukanSunting
Penyandang Terdahulu | Ahli Parlimen Pagoh 1974 - 1978 |
Penyandang Kemudian |
Ahli Parlimen Muar Dalam Aziz Ishak |
Tan Sri Muhyiddin Yassin |