Syed Razlan Syed Putra Jamalullail

Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (21 Januari 1951) adalah bekas ahli parlimen Arau, Perlis dan Pauh, juga anak ke-8 bagi mantan Raja Perlis Syed Putra Jamalullail[1]. Beliau menang bertanding mewakili (Barisan Nasional/UMNO ) dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004. Beliau mendapat 17,367 undi dengan majoriti 3,243 undi.Sementara pencabarnya Datuk Haron Din dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kalah, hanya mendapat 14,124 undi. Pada 15 Julai 2018, beliau telah menyertai PPBM dan diterima.

  1. ^ "Syed Razlan biasa makan, tidur dengan petani di kampung". Utusan Online.