Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Syed Saddiq)

Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Al-Sagoff (Jawi: سيد صديق بن سيد عبدالرحمن ٱلسَّقَّاف lahir 6 Disember 1992) merupakan Ahli Politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) di Muar sejak Mei 2018. Beliau juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah penjagaan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Julai 2018 sehinggalah kejatuhan Pentadbiran PH pada Februari 2020. Beliau merupakan Ahli Pengasas Malaysia United Democratic Alliance (MUDA) dan telah berkhidmat sebagai Presiden pertama MUDA sejak penubuhannya pada September 2020. Beliau juga merupakan Ahli Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga bekas parti komponen daripada gabungan PH dan berkhidmat sebagai Ketua Pemuda pertama BERSATU dari penubuhan pada 2016 hingga penyingkiran daripada parti itu yang berlaku pada Mei 2020.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Al-Sagoff

سيد صادق بن سيد عبدالرحمن ٱلسَّقَّاف
Syed Saddiq Al-Sagoff sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 2018 di pejabatnya
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P146 Muar, Johor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Razali Ibrahim
Presiden
Ikatan Demokratik Malaysia
Dalam jawatan
23 Disember 2021 – 9 November 2023
TimbalanAmira Aisya Abdul Aziz
Digantikan olehAmira Aisya Abdul Aziz (Pemangku)
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia
Dalam jawatan
14 Januari 2017 – 28 Mei 2020
TimbalanMohd Aizad Roslan
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMohd Aizad Roslan ( - Ogos 2020)
Wan Ahmad Fayhsal (Ogos 2020 - kini)
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
Raja(1) Sultan Muhammad V
(2) Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Steven Sim Chee Keong
Didahului oleh Khairy Jamaluddin
Digantikan oleh Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
13 Disember 2018 – 24 Februari 2020
Didahului olehNik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan olehAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Butiran peribadi
LahirSyed Saddiq bin
Syed Abdul Rahman

(1992-12-06) 6 Disember 1992 (umur 31)
Pulai, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Parti politik BERSATU (2016-2020)
MUDA (2021-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2016 - 2023)
IbuSharifah Mahani binti
Syed Abdul Aziz[1]
BapaSyed Abdul Rahman bin Syed Abdullah
Al-Sagoff
HubunganSharifah Amani
Syed Abdul Rahman
Al-Sagoff (kakak)
Syed Salleh
Syed Abdul Rahman
Al-Sagoff (abang)
Syed Abdullah
Syed Abdul Rahman
Al-Sagoff (abang)
PendidikanMaktab Tentera Diraja
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmisyedsaddiq.my

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor dan anak terakhir daripada 4 adik beradik, tiga lelaki dan seorang perempuan. Bapanya pula seorang pekerja buruh binaan warga Singapura . seterusnya Ibu kepada beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris kedua ibu bapanya bekerja keras menyara keluarga mereka.[2] pembelajaran pertama beliau ialah di peringkat Maktab Tentera Diraja ini sebelum beliau melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semasa ini beliau menuntut di UIAM, dan beliau aktif dalam aktiviti debat serta telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia. Disebabkan kemenangan itu beliau telah dikenali ramai dalam komuniti berdebat selepas menangi pelbangai anugerah kategori dalam berdebat. [3]

Pada September 2017, beliau telah menolak tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England bagi trus aktif dalam bidang politik.[4] Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 tahun, Syed Saddiq sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain, kali ini beliau juga telah menolak tawaran Biasiswa Chevening bagi meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.[5]

Pada April 2021, beliau berjaya menamatkan pelajaran di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura dalam Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service Programme.

Kerjaya politik sunting

Permulaan dalam BERSATU sunting

Beliau pada waktu itu adalah sebagai graduan undang-undang dan telah terkenal pada 2016 setelah beliau dengan 24 orang belia lain, dipanggil sebagai gerakan Change Led by the Young Generation (Challenger), menolak kenyataan pada zaman kepimpinan Najib Razak tentang skandal 1Malaysia Development Berhad.[6]

Saddiq merupakan ketua kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU.[7] Sejak penubuhan pada September 2016, beliau menjadi salah seorang orang-orang besar serta jurucakap bagi parti tersebut dan dianggap sebangai salah seorang ahli pengasas parti tersebut, dan berkuasa dalam majlis BERSATU.[8][9]

PRU14 dan Menteri Belia dan Sukan sunting

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen.[10][11] Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018,(PRU14) dan telah menerima kerusi parlimen di Muar dan dipilih ke Parlimen.[12] Pelantikan ini menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia, seterusnya dilantik sebangai Menteri Belia yang termuda pada tahun 2018 sejak merdeka dalam jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam kerajaan baharu PH.[13]

Usaha Undi18 sunting

Saddiq yang telah dilantik sebangai Menteri Belia dan Sukan itu telah mengambil tindakan dan mendesak agar direndahkan lagi umur belia yang dibenarkan untuk mengundi di Malaysia dari umur semasa 21 tahun menjadi 18 tahun, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dan digelar sebagai satu usaha "Undi18".[14] Beliau berpendapat bahawa pendedahan politik dalam golongan muda di Malaysia adalah amat diperlukan. Beliau membentangkan rang undang-undang (RUU) di Parlimen pada Julai 2019 bagi meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan penurunan itu, tetapi ditarik balik atas sebab yang tertentu. Pada 16 Julai, Dewan Rakyat telah sebulat suara meluluskan RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang telah dibentangkan semula, termasuk kelayakan bertanding dalam pilihan raya pada usia 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada November 2021.[15][16][17] Akhirnyam pindaan perlembagaan ini diwartakan dan dinyatakan bahawa pindaan Undi18 akan berkuat kuasa pada 15 Disember seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.[18][19][20]

Pemecatan dari BERSATU dan penubuhan MUDA sunting

Pada 28 Mei 2020, Syed Saddiq bersama empat orang ahli BERSATU yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan, dan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[21][22] Berikutan pemecatannya dari Bersatu, Mahathir dan ahli parlimen yang dipimpin olehnya telah membentuk sebuah parti baru, yang dinamakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). Syed Saddiq mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baru yang tidak berpaksikan kaum, melibatkan kaum muda dan bukannya bergabung. Beliau telah menubuhkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) secara rasmi pada 17 September 2020 dan rasmi di daftar 23 December 2021.

Kontroversi sunting

Komen yang lantang diberi sunting

Isu ini terjadi pada September 2015 dimana saddiq memuat naik caption tentang beliau akan "mengajar" Nurul Hidayah, iaitu anak perempuan pada bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang telah mengkritik peserta yang terlibat dalam operasi demonstrasi Bersih 4.0. Saddiq mengaku bahawa dia telah menyokong Najib Razak, tetapi dia mengatakan Najib telah memalukan nama Malaysia kerana skandal 1MDB. Pada 2018 beliau lagi sekali telah mencetuskan isu Ketuanan Melayu dengan menyebut istilah daripada frasa yang tidak bermakna itu. Kenyataan ini menimbulkan respon banyak pihak, Beliau juga mempertahankan 4 ahli akademik yang didakwa mengenai isu statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) majlis Raja-Raja menegaskan mereka punya tindakan adalah sebahangian kebebasan akademik yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam meraikan demokrasi itu melibatkan perbezaan pendapat di Malaysia.[perlu rujukan]

Pelantikan Numan Afifi sunting

Pada Julai 2019, Syed Saddiq mencetuskan perdebatan apabila melantik aktivis LGBT negara, Numan Afifi sebagai pegawai khas kementerian, dan digelarnya sebagai "pegawai akhbar" sementaranya,[23] lalu mencetuskan tentangan dalam kalangan masyarakat konservatif negara yang melihatnya sebagai cubaan normalisasi LGBT di Malaysia.[24] Sejurus selepas itu, Numan meletak jawatan, dengan berkata bahawa ia berikutan desakan "ejen propaganda pembangkang" yang membuatnya mustahil menjalankan amanah yang diberi.[25] Sementara itu, para komuniti dan pendukung LGBT tempatan menyesal akan peletakan jawatan itu, dan disifatkan mereka sebagai satu bentuk penindasan terhadap pihak LGBT.[26]

Pelantikan Numan Afifi juga menyebabkan persoalan berkenaan tanggapan dan dasar kerajaan Pakatan Harapan secara keseluruhan terhadap LGBT di Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan menyatakan bahawa komuniti LGBT perlu diberi hak asasi manusia lazim (seperti yang tertakluk kepada manusia secara am), tetapi perlu patuh kepada norma dan perundangan setempat.[27]

Hubungan dengan Tunku Ismail Idris sunting

Pada 2019, Beliau menafikan berada dalam "perang terbuka" dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail. Beliau memberi respons di Twitter-nya kepada Tunku Ismail, bahawa terdapat beberapa pihak telah dianggap sebagai "perisytiharan perang".[28]

Komen tuduhan kekejaman polis sunting

Pada Mei 2021, beliau disiasat oleh pihak polis Malaysia berkenaan video yang disiarkannya di TikTok. Dalam video ini, beliau menuntut keadilan untuk mendiang A. Ganapathy yang meninggal dunia dalam tahanan polis. Dalam video itu, Saddiq mengambil kes tersebut dalam hujahnya berkenaan keganasan polis di Malaysia, dan menuntut keadilan terhadapnya serta menuntut penubuhan badan pemeriksaan bebas terhadap etika kepolisan.

Pada 22 Mei 2021, polis membawa Saddiq ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dikatakan merampas telefonnya serta mengawal akaun Instagram dan Tik Tok-nya setelah diarahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).[29] Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Azman Ahmad Sapri, Saddiq disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan[30] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.[31] Namun begitu, SKMM menafikan mengarahkan pihak polis untuk merampas telefonnya, dan berkata bahawa mereka hanya "bertindak sebagai agensi teknikal dalam membantu siasatan polis".[32] Walaupun ada dakwaan dari Saddiq bahawa ini ialah "tindakan bermotifkan politik yang diatur SKMM",[29] SKMM menyatakan bahawa mereka akan terus "memberikan bantuan dan cadangan teknikal untuk penyiasatan tanpa sebarang agenda tersembunyi termasuk agenda politik".[32]

Sabitan pecah amanah sunting

Pada 22 Julai 2021, Syed Saddiq disabitkan atas dua kesalahan pecah amanah wang milik BERSATU serta dana sumbangan berjumlah RM1.1 juta oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas kedua-dua sabitan, dan dibebaskan dengan jumlah jaminan sebanyak RM330,000 dengan syarat-syarat tambahan.[33]

Setelah itu, berlaku satu lagi pertuduhan yang didakwa iaitu menyeleweng RM120,000.00 dalam wang derma BERSATU yang bertujuan untuk pilihan raya umum pada 2018. Beliau dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan rasuah, pertuduhan itu didakwa dibuat terhadapnya kerana enggan menyokong pentadbiran Perikatan Nasional.

Sekali lagi, beliau didakwa pada Ogos 2021 dengan dua pertuduhan rasuah pengubahan wang haram. Mengikut pertudahan, tertuduh memindakan sejumlah wang sebanyak RM50,000.00 daripada akaun banknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya pada 16 jun 2018 dan juga pada tarikh 19 jun 2018 lagi sekali transit sejumlah wang yang sama di buat.Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Beliau mendakwa Wan Ahmad Fayhsal, ketua pemuda BERSATU, datang ke rumahnya sebelum dituduh dan memujuknya untuk menyertai semula BERSATU dan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.Walaupun Wan Fayhsal mengakui ada pertemuan dengan Syed Saddiq, beliau menegaskan pertemuan itu bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.


Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Rakyat Malaysia[34][35][36]
Tahun Kawasan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Keluar mengundi Majoriti Keputusan
2018 P146 Muar, Johor Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) 22,341 53.09% Razali Ibrahim (UMNO) 15,388 36.57% 42,719 6,953 84.02%
Abdul Aziz Talib (PAS) 4,354 10.34%
2022 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) 19,961 37.55% Abdullah Husin (PN) 18,616 35.02% 53,158 1,345 77.12%
Mohd Helmy Abd Latiff (BN-UMNO) 14,581 27.43%

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Keluarga reda dengan keputusan Syed Saddiq Sinar Harian.
  2. ^ 10 things about: Syed Saddiq Abdul Rahman, Asia’s top debater Channel NewsAsia. Dicapai pada 28 September 2018.
  3. ^ IIUM debate team is Asia's best The Star Online (12 Jun 2015). Dicapai pada 24 Oktober 2017.
  4. ^ "Syed Saddiq turns down Oxford for politics". www.nst.com.my. Dicapai pada 2017-09-03.
  5. ^ "Syed Saddiq turns down Oxford a second time". Free Malaysia Today. 2 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-18. Dicapai pada 14 Jun 2018.
  6. ^ Amir Yusof (2 Julai 2018). "Syed Saddiq appointed Malaysia's youngest-ever minister at 25 years old". Channel News Asia. Dicapai pada 19 April 2021.
  7. ^ "Malaysia: Mahathir-led Group Files Paperwork for New Party". BenarNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 September 2017.
  8. ^ "Critics of Malaysian PM submit papers to register new political party". Channel News Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 September 2017.
  9. ^ "Bersatu". pribumibersatu.org.my (dalam bahasa Inggeris). Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Dicapai pada 3 September 2017.
  10. ^ "PH's Syed Saddiq Syed Abdul Rahman wins Muar". Free Malaysia Today. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-18. Dicapai pada 14 Jun 2018.
  11. ^ Amar Shah Mohsen and Haikal Jalil (10 Mei 2018). "Syed Saddiq: Thank you Muar, Malaysia". The Sun Daily. Dicapai pada 14 Jun 2018.
  12. ^ Lim Teik Huat (2 Julai 2018). Syed Saddiq is Youth and Sports Minister, Malaysia's youngest-ever Cabinet member The Star Online (2 Julai 2018). Dicapai pada 3 Julai 2018.
  13. ^ Luqman Arif Abdul Karim (2 Julai 2018). "Rekod Najib dipadam Syed Saddiq". Harian Metro. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  14. ^ "Voting age should be lowered to 18, says Syed Saddiq – Nation |". The Star Online. 6 July 2018. Dicapai pada 2 August 2018.
  15. ^ Hemananthani Sivanandam, Martin Carvalho Rahimy Rahim and Tarrence Tan (16 July 2019). "Dewan Rakyat passes Bill to amend Federal Constitution to lower voting age to 18". The Star Online. Dicapai pada 16 July 2019.
  16. ^ Nuradzimmah Daim, Nor Ain Mohamed Radhi (16 July 2019). "Dewan Rakyat approves 'Vote 18'". New Straits Times. Dicapai pada 16 July 2019.
  17. ^ Clarissa Chung (16 July 2019). "Syed Saddiq lauds move to lower voting age to 18". The Star Online. Dicapai pada 16 July 2019.
  18. ^ "EC instructed to implement Undi 18 by December in compliance with court order". Bernama. New Straits Times. 7 September 2021. Dicapai pada 2 December 2021.
  19. ^ "Undi18, automatic voter registration gazetted on Dec 1 - EC". Bernama. Astro Awani. 2 December 2021. Dicapai pada 2 December 2021.
  20. ^ "Undi18 gazetted, takes effect on Dec 15". Free Malaysia Today. 1 December 2021. Dicapai pada 2 December 2021.
  21. ^ "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu". Astro Awani. 28 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  22. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (28 Mei 2020). "BERSATU gugurkan keahlian Tun M, empat yang lain". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  23. ^ ""Kamu akan sentiasa jadi bro saya" - Syed Saddiq". Astro Awani. 8 Julai 2018. Dicapai pada 13 November 2022.
  24. ^ Mat Piah, Mohd Yusni (17 Oktober 2022). "Normalisasi LGBT era Kerajaan Pakatan Harapan". Harakahdaily. Dicapai pada 13 November 2022.
  25. ^ Mohd Pilus, Fairul Asmaini (9 Julai 2018). "Isu gay, Numan Afifi letak jawatan". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2022.
  26. ^ "We Stand With Numan Afifi". Queer Lapis (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 November 2022.
  27. ^ Reduan, Hidir (23 Julai 2018). "LGBT rights protected but must abide by Malaysian laws, says minister". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 November 2022.
  28. ^ Elly Fazaniza (10 April 2019). "Syed Saddiq denies 'open warfare' with TMJ". The Sun Daily. Dicapai pada 14 April 2019.
  29. ^ a b "After 2-hour probe, Syed Saddiq has his phone seized by cops". Free Malaysia Today. 22 May 2021.
  30. ^ "S505(b) Penal Code as of February 2018" (PDF).
  31. ^ "Section 233 Communications Act 1998 ( Improper use of network facilities or network service, etc.)" (PDF).
  32. ^ a b "MCMC denies ordering police to seize Syed Saddiq's handphone".
  33. ^ Umavathi Ramayah (22 Julai 2021). "Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pecah amanah". Astro Awani. Dicapai pada 23 Julai 2021.
  34. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
  35. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  36. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.

Pautan luar sunting