Syed Shamim Syed Abdul Kadir Al-Idrus (lahir 27 Februari 1993) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.[2][3] Memulakan kerjaya muzik selepas bakatnya dicungkil di YouTube, beliau terkenal dengan lagu-lagu seperti "Mana Tahu Siapa Tahu" dan "Ragu-Ragu". Selain itu, beliau juga paling dikenali menerusi gandingannya bersama Tasha Manshahar.[4][5][6]

Syed Shamim
Nama lahirSyed Shamim bin Syed Abdul Kadir Al-Idrus
Juga dikenali sebagai
Ed[1]
Kelahiran (1993-02-27) 27 Februari 1993 (umur 28)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2012–kini
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
Tasha Manshahar

Kerjaya muzikSunting

Syed Shamim mula dikenali di YouTube apabila lagu "Be Mine" dan lagu saduran "Mr. Saxobeat" (nyanyian asal penyanyi Romania, Alexandra Stan), gandingan bersama Tasha Manshahar mendapat sambutan hingga mencecah 40,000 tontonan dan terus meningkat kepada 1 juta tontonan.[7] Bakat besar mereka berdua telah menarik perhatian FMC Music, lalu melamar mereka sebagai artis rakaman. Syed Shamim dan Tasha muncul dengan dua single serentak, "Be Mine" dan "Cuba Teka".[8]

Beliau bersama Tasha melancarkan album duet, Our Song pada Mei 2014.[9] Bagaimanpun, mereka membawa haluan selepas tiga tahun bekerjasama.[10] Syed Shamim kemudian muncul dengan single solo pertamanya, "Lalala", diikuti oleh single solo keduanya, "Cinta Terbaik".[11]

Pada tahun 2016, Syed Shamim muncul dengan EP sulungnya, Melodi yang mengandungi enam lagu, termasuk versi akustik lagu "Ragu-Ragu". EP ini menerima khidmat komposer termasuk DJ Fuzz, Omar K dan Ezra Kong.[12] Album ini ialah album pertamanya sebagai penyanyi solo.[1]

Syed Shamim muncul dengan single terbaharunya, "Mana Tahu Siapa Tahu" pada 21 Mac 2017.[13]

Kehidupan peribadiSunting

Syed Shamim ialah lulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik (Pengkhususan Vokal) di Institut Pendidikan Guru.[14]

Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi, Wani.[15]

DiskografiSunting

Album duetSunting

EPSunting

  • Melodi (2016)

SingleSunting

  • "Be Mine" (2013)
  • "Cuba Teka" (2013)
  • "Selamat Ulang Tahun Cinta" (2013)
  • "Lalala" (2014)
  • "Cinta Terbaik" (2015)
  • "Ragu-Ragu" (2016)
  • "Mana Tahu Siapa Tahu" (2017)

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Tasha Manshahar) Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ a b Syafil Syazwan Jefri (28 Disember 2016). "Album pertama sebagai penyanyi solo". Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2017.
  2. ^ "Tasha Manshahar, Syed Shamim bimbang tak serasi". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Disember 2018.
  3. ^ Kemalia Othman (7 Jun 2016). "Syed Shamim ditipu rakan artis jadi model klip video". mStar Online. Dicapai pada 22 Disember 2016.
  4. ^ "Syed Shamim mampu berdiri tanpa Tasha Manshahar". Suria. 28 April 2017. Dicapai pada 10 Oktober 2017.
  5. ^ Hasbullah Awang Chik (1 Disember 2017). "Syed Shamim lihat hikmah tanpa Tasha Manshahar". ProjekMM. Dicapai pada 10 Oktober 2018.
  6. ^ Khai Azfar (2 November 2017). "Syed Shamim tidak kisah digelar cikgu selebriti". Murai.my. Dicapai pada 10 Oktober 2018.
  7. ^ Mohd Al Qayum Azizi (30 Mei 2013). "Artis YouTube Tasha & Syed Shamim dapat sokongan keluarga". mStar Online. Dicapai pada 22 Disember 2013.
  8. ^ Ramlah Zainal (19 Mei 2015). "Syed Shamim ukur kemampuan". Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2015.
  9. ^ Budiey (18 September 2014). "Tasha Manshahar dan Syed Shamim lancar album Our Song". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
  10. ^ "Syed Shamim, Tasha Manshahar bawa haluan sendiri". Berita Harian. 20 Januari 2015. Dicapai pada 26 Jun 2015.
  11. ^ Budiey (17 Mei 2015). "Cinta Terbaik uji kemampuan Syed Shamim". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Oktober 2015.
  12. ^ Syafil Syazwan Jefri (3 Januari 2017). "Serlah sisi matang Syed Shamim". Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2017.
  13. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Julai 2017). "Tak kecil hati". Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2017.
  14. ^ Jemang Rahman (24 Disember 2016). "Syed Shamim risau hilang peminat kerana album solo". mStar Online. Dicapai pada 10 Oktober 2017.
  15. ^ Sudirman Mohd Tahir (9 Jun 2017). "Syed Shamim & Wani - "Kami memang rapat"". Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2017.

Pautan luarSunting