Syed Sirajuddin Areeb Putra

Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (diputerakan pada (2009-04-12)12 April 2009 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar) merupakan anakanda ketiga dan putera sulung kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Syed Sirajuddin Areeb Putra
Pewaris takhta Perlis
Keputeraan (2009-04-12) 12 April 2009 (umur 15)
Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis
Nama penuh
Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
KerabatIstana Arau, Perlis
AyahandaTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
BondaTuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
AgamaIslam

Keputeraan sunting

Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra telah diputerakan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, pada jam 10.13 pagi tanggal 12 April 2009 dan merupakan putera tunggal kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.[1] Yang Amat Mulia juga merupakan cucunda keempat kepada DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah.

Istiadat pemasyhuran baginda sebagai pewaris takhta negeri Perlis itu diadakan di Balairung Seri, Istana Arau yang turut diadakan bersama majlis akikah, cukur rambut dan tahnik mengikut sunnah yang dihadiri oleh kerabat diraja, Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu dan isteri, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua dan pegawai kanan jabatan kerajaan. Nama baginda bermaksud pemimpin yang mengikuti petunjuk agama secara mendalam dan bijaksana.

Pendidikan sunting

Yang Amat Mulia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Perlis dan pendidikan awal di Sekolah Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung Beseri.

Kehidupan peribadi sunting

Yang Amat Mulia mempunyai dua kekanda perempuan, Sharifah Khatreena Nuraniah, yang diputerakan pada 10 Februari 1995 dan Sharifah Farah Adriana, yang diputerakan pada 4 Mac 2001. Baginda pernah melancarkan program ‘Buku Wawasan Membaca’ pada tahun 2018 di di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.[2]

Terasul dan gelaran sunting

Gelaran hormat bagi
Syed Sirajuddin Areeb Putra
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 12 April 2009 – kini: Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Eponim sunting

  • Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis.
  • Pusat Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis.
  • Stadium Tuanku Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis.
  • Piala YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra
  • Kejuaraan Putra Bolakid YAM Syed Sirajuddin Areeb

Keturunan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Putera Raja Muda Perlis dimasyhurkan". Utusan Online. 18 April 2009. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  2. ^ "PUTERA Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berkenan melancarkan 'Buku Wawasan Membaca' ketika be". Utusan Online. 30 Mac 2018. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  3. ^ Royal Ark Perlis 5
Syed Sirajuddin Areeb Putra
Tarikh keputeraan: 12 April 2009
Susunan penggantian
Didahului oleh
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Pewarisan takhta Jamullail
Kedua dalam susur galur
Diikuti oleh:
Syed Badaruddin