Syeikh Abdurrahman Siddiq

Syeikh Abdurrahman Siddiq bin Muhammad 'Afif bin Mahmud bin Jamaluddin Al-Banzari (lahir di Dalam Pagar, Kabupaten Banjar, 1857 – meninggal dunia di Sapat, Indragiri Hilir, pada tanggal 10 Mac 1930 ketika umur 72 tahun) ialah seorang Ulama Banjar yang begitu dikenali atas sebab kerajinan beliau dalam menulis buku-buku agama mengenai Islam. Semasa usia mudanya, Abdurrahman banyak menulis buku-buku agama, sejarah dan sastera. Beliau dikenali dimana-mana bahkan sampai di kota suci Makkah sekalipun kerana beliau juga turut menjadi guru agama Islam disana. Murid-muridnya telah tersebar sehingga ke Singapura, Malaysia dan Kalimantan.

Syeikh Abdurrahman Siddiq bin Muhammad 'Afif turut dikenali sebagai Pujangga dan Sasterawan. Ketika hayatnya, beliau telah mengarang sejumlah buku sastera dan agama. Tuan guru Syeikh Abdurrahman, demikian panggilan hormat untuk beliau setelah menulis karyanya yang berupa kumpulan puisi berjudul "Syair Ibarat Kabar Kiamat" yang diterbitkan oleh Ahmadiyah Press Singapura pada tahun 1915. Beberapa himpunan syair sangat kritis dalam nuansa keagamaan.

Beliau telah diangkat oleh Sultan Mahmud Shah (Raja Muda) sebagai Mufti Kerajaan Indragiri 1919-1939 berkedudukan tinggi di Rengat dan berkhidmat untuk Kerajaan Indragiri.

Peninggalan sunting

Karya-karya tulisan sunting

Karya-karya yang ditulis oleh beliau antara lain :

  • Fathu al'Alim fi Tartib al Ta'lim, diterbitkan di Singapura, Matba'ah Ahmadiah, 1322 H
  • Risalah 'Amal Ma'rifah, diterbitkan di Singapura : Matba'ah Ahmadiah, 1322 H
  • Majmu' al Ayah wa al Hadist fi fada-il al ilmi wa al 'ulama wa al Muta'allimin wa al Mustami'in, Singapura : Matba'ah Ahmadiah, 1355 H
  • Kitab Asrar al Sholat min Uddat al Kutub al Mu'tamadah, selesai ditulis tahun 1334 H/1915 M, diterbitkan di Singapura: Matba'ah Ahmadiah, 1931 M
  • Risalah Sejarah Arsyadiah, Singapura : Matba'ah Ahmadiah, 1354 H
  • Tazkirah li Nafsi wa li Amtsali, Singapura : Matba'ah Ahmadiah, 1354 H
  • Kitab al Fara-id, Singapura: Matba'al Ikhwan, 1338 H
  • Sejarah Perkembangan Islam di Kerajaan Banjar, Singapura: Matba'ah Ahmadiah, 1355 H
  • Bay'u al Hayawan li al Kafirin, Singapura: Matba'ah Ahmadiah, 1355 H
  • 'Aqaid al Iman, selesai ditulis 1919 M. diterbitkan di Banjarmasin, 1984 M
  • Syair Ibarat Khabar Kiamat, Pertama kali dicetak di Singapura oleh Matba'ah Ahmadiah, tahun 1344. Sebelumnya pada tanggal 1 Julai 1915 M/1344 H. Kitab ini telah di didaftaran oleh Pemerintah Inggeris di Singapura[1].

Masjid sunting

Peninggalan Syeikh Abdurrahman yang terkenal adalah sebuah Masjid yang dibangunkannya sendiri pada tahun 1927. Masjid ini mempunyai seni bina dan arsitektur khas pada atap bumbung dan berada 200 meter dari makamnya.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting