Syerif adalah pegawai kerajaan, dengan pelbagai tugas, wujud di beberapa negara yang mempunyai hubungan sejarah dengan England dimana jawatan itu berasal. Terdapat jawatan yang serupa walaupun dikembangkan secara bebas di Iceland yang biasanya diterjemahkan ke bahasa Inggeris sebagai sheriff dan ia dibincangkan dibawah.

Galeri sunting


Penerangan sunting

Menurut sejarah, seorang syerif ialah pegawai undang-undang dengan tanggungjawab bagi shire, istilah sheriff adalah singkatan perkataan "shire reeve" (Bahasa Inggeris Kuno scīrgerefa).[1][2]

Dalam Bahasa Inggeris British, pejabat undang-undang atau politik seseorang syerif, tempoh jawatan syerif, atau bidang kuasa syerif, disebut sebagai shrievalty[3] di England dan Wales, dan sheriffdom[4] di Scotland.

Pada zaman moden, gabungan khusus tugas-tugas perundangan, politik dan adat istiadat seseorang syerif sangat berbeza dari suatu negara ke negara lain.

  • Di England, Ireland Utara, atau Wales, seorang syerif (atau syerif kanan) adalah pegawai istiadat daerah atau bandar.
  • Di Scotland, syerif ialah hakim.[5]
  • Di Republik Ireland, dalam beberapa negeri dan bandaraya Dublin dan Cork, syeriff adalah pegawai perundangan yang serupa dengan bailiff.
  • Di Amerika Syarikat, syerif ialah pegawai penguatkuasa undang-undang bersumpah yang tugasnya berbeza di setiap negeri dan daerah. Seorang syerif secara umumnya adalah pegawai daerah yang dipilih, bersama tugas-tugas yang biasanya meliputi kepolisan kawasan bebas, menjaga penjara daerah, menyediakan keselamatan bagi mahkamah dalam daerah, dan (di beberapa negeri) menyampaikan waran dan surat-surat mahkamah. Sebagai tambahan kepada perkhidmatan kepolisan dan hukuman, seorang syerif selalu bertanggungjawab untuk menegakkan undang-undang sivil dalam kawasan bidang kuasanya.
  • Di Kanada, syerif wujud di kebanyakan wilayah. Khidmat syerif wilayah umumnya mengurus dan mengangkut tahanan mahkamah, menyampaikan arahan mahkamah, dan di beberapa wilayah syerif menyediakan keselamatan untuk mahkamah, melindungi para pegawai awam, membantu siasatan polis tempatan dan di Alberta, syerif menjalankan tugas-tugas lalu lintas.
  • Di Australia dan Afrika Selatan syerif merupakan pegawai undang-undang yang serupa dengan bailiff. Di negara-negara ini tidak ada hubungan yang dikekalkan antara daerah dan syerif.
  • Di India, syerif adalah pejabat adat istiadat di beberapa bandar utama.

Rujukan sunting

  1. ^ "History of the Sheriff". North Carolina Sheriffs' Association. Dicapai pada 11 June 2021.
  2. ^ "Sheriff". Merriam-Webster. Dicapai pada 11 June 2021.
  3. ^ "Definition of SHRIEVALTY".
  4. ^ "Sheriff Courts and Sheriffdoms in Scotland - Scots Law". Kevin F Crombie. 2009. Dicapai pada 19 April 2017.
  5. ^ "Sheriffs - Judicial Office Holders - About the Judiciary - Judiciary of Scotland".

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting