Buka menu utama

Ciri utamaSunting

Mazhab Syiah Dua Belas Imam mempercayai bahawa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat.[1] Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW. Pelantikan imam pertama, Iaitu Imam Ali yang juga Khalifah keempat golongan Muslim Sunni diumumkan secara rasmi pada peristiwa di Ghadir Khum dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.

Mengikut Mazhab Syiah, Malaikat Jibrail membawa Ayat yang dinamakan Ayat Tabligh atau Pengumuman iaitu Ayat 67 dari Surah 5 Al-Quran yang menyeru supaya pengistiharan dibuat. Pengistiharan yang dimaksudkan, mengikut pandangan Syiah imam dua belas ialah pengumuman rasmi perlantikan Ali ibn Abi Talib a.s. sebagai Mawla selepas baginda. Pengumuman tidak rasmi mengenai kedudukan Ali, dikatakan oleh golongan Syiah sentiasa dibuat sepanjang hayat Rasulullah s.a.w. dan dilaporkan di dalam hadis-hadis.

Pertikaian tentang maksud Mawla menyebabkan kepimpinan Ali a.s. tidak diiktiraf oleh kesemua umat Islam ketika itu dan mengakibatkan perpecahan umat Islam kepada puak Sunni dan Syiah.

Setelah pengisytiharan berikut, Syiah mempercayai bahawa Allah telah menghantar nas-nas yang menunjukkan siapakah Imam seterusnya. Imam bukanlah pilihan peribadi tetapi melalui nas-nas Allah s.w.t. Imam selepas Rasulullah s.a.w. hanya 12, bertepatan dengan Hadis Sunni mahupun Syiah yang mengatakan bahawa selepas Rasulullah, terdapat 12 orang Khalifah. Syiah menganggap Imam dan Mawla adalah juga Khalifah yang sah (kerana di lantik oleh Allah s.w.a. sendiri).

Imam kedua belas mereka ialah Imam Mahdi yang dikatakan sudah lahir dan masih wujud dan akan muncul untuk melawan Dajjal sebelum Hari Kiamat. Umat Islam yang mati tanpa mengetahui siapa Imam mereka dianggap mati seperti di zaman Jahilliyah, menurut pandangan mazhab Syiah. Ini adalah salah sedangkan Allah berfirman “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”(QS.Ali-Imran:102). Apa itu Islam ialah berserah diri kepada Allah.[2], [3]

RujukanSunting

  • Tirmidhi hadis 6094
  • Sahih Muslim hadis 5920
  • al-Hakim's al-Mustadrak Jilid III m109
  • al-Tafsir al-Kabir oleh Fakhr al-Din al-Razi Jilid XII p 50
  • al-durr al-Manthur oleh al-Suyuti Jilid II m298
  • al-Tarikh oleh al-Ya'qubi Jilid II m95
  • al-Tafsir oleh al-Tha'labi m120
  • Sawa'iq oleh Ibn Hajar' Bab 5.

Pautan luarSunting