Syif Malam Raya
Syif Malam Raya ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan Abdul Razak Mohaideen dengan skrip oleh beliau sendiri bersama-sama Amiruddin Azizi, Senibayan dan Azhari Zain. Ia dibintangi oleh kumpulan Zero. Filem ini ditayangkan pada 21 Mei 2020 di Astro First.[1][2]
Syif Malam Raya | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Izwan Daini |
Disunting oleh | Faizul A. Rashid |
Syarikat penerbitan | Ray Theme Films |
Diedarkan oleh | United Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM3 juta |
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang empat rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) menumpangkan Mera (Reen Rahim) serta Yoh (Yoe Parey) dalam perjalanan menghantar mayat ke Ipoh. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di Kampung Batu Berapit yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’.
Pelakon
sunting- Zero:
- Atu Zero sebagai Zaid
- Sharif Zero sebagai Hisham
- Syaiful Zero sebagai Leman
- Reen Rahim sebagai Mera
- Yoe Parey sebagai Yoh
- Syahmi Sazli sebagai Syahmi
- Asif Suhaimi sebagai Asif
- Azlee Jaafar sebagai Tok Said
- Ropie sebagai Pak Mid Bomoh
- Danial Zaini sebagai Majid
- Saiful Apek sebagai Encik Khairul
- Sheila Mambo sebagai Mak Kiah
- Emelda Rosmila sebagai Kak Leha
- Nadia Brian sebagai Halimah
- Lia Natalia sebagai Siti
Penerbitan
suntingFilem ini diarahkan oleh Abdul Razak Mohaideen, ia menjadi filem pertamanya dalam tempoh 2 tahun sejak Badang. Beliau turut menulis skrip filem bersama-sama dengan Amiruddin Azizi, Senibayan dan Azhari Zain. Syif Malam Raya menandakan penampilan sulung selebriti YouTube – Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey di layar lebar.[3]
Keluaran
suntingSyif Malam Raya dikeluarkan pada 21 Mei 2020 di Astro First.[4][5] Treler rasmi filem ini dikeluarkan dua bulan sebelumnya, iaitu pada 16 Mac 2020 di saluran YouTube United Studios.[6]
Pecah panggung
suntingFilem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.6 juta pada hari keempat tayangannya.[7][8] Menjelang hari ke-10 tayangannya, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta.[9]
Ulasan kritis
suntingSyif Malam Raya menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Portal filem Kakimuvee berkata: "Secara keseluruhannya, Syif Malam Raya tidaklah gagal seteruknya, meskipun terdapat banyak kekurangan dari segi cerita, lakonan dan konsep itu sendiri, Profesor Madya Dato’ Dr A. Razak Mohaideen masih menjaga konti dan teknikal filem agar nampak kemas dan tidak berterabur [...] sebuah filem yang lebih berkualiti dan diingati biarpun berkonsepkan seram komedi".[10]
Rujukan
sunting- ^ "Syif Malam Raya normal baharu sambutan Aidilfitri di Astro First". Utusan Borneo. 17 Mei 2020. Dicapai pada 17 Mei 2020.
- ^ Mya Amri (21 Mei 2020). ""Mula-mula start je dah lawak" - Tak aampai 24 jam Syif Malam Raya ditayangkan, penonton terus 'approve'". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Jun 2020.
- ^ "Bintang YouTube Asif, Yoe Parey dan Syahmi Sazli tunjuk bakat lakonan dalam Syif Malam Raya". mStar Online. 19 Mei 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.
- ^ "Syif Malam Raya, filem pertama ke pawagam". Daily Express. 25 Julai 2020. Dicapai pada 25 Julai 2020.
- ^ "Astro Shaw bawakan filem hebat dari Astro First". Utusan Borneo. 27 Julai 2020. Dicapai pada 27 Julai 2020.
- ^ "United Studios mempersembahkan Syif Malam Raya - filem bergenre komedi seram". Sembang Filem. 20 Mac 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Mei 2020). "Syif Malam Raya kutip RM1.6 juta". Berita Harian. Dicapai pada 27 Mei 2020.
- ^ Mya Amri (25 Mei 2020). "Hebat sungguh lah wey! Syif Malam Raya kutip RM1.6 juta dalam masa 4 hari tayangan di Astro First". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Mei 2020.
- ^ "Filem Syif Malam Raya raih RM3 juta dalam masa 10 hari, 2 hari layan". Himpunan Cerita Lawak. 1 Jun 2020. Dicapai pada 1 Jun 2020.
- ^ "Review filem: Syif Malam Raya (2020)". Kakimuvee. 22 Mei 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.