Syiling Jubli

Syiling Jubli[a] merupakan duit syiling British dengan bahagian kepala syiling yang memaparkan Ratu Victoria. Reka bentuk yang dihasilkan oleh pereka pingat dan pengukir Joseph Edgar Boehm itu dipaparkan pada syiling emas dan perak yang mula diedarkan pada tahun 1887 dan pada syiling Maundy mula beredar pada 1888. Ratu Victoria digambarkan dengan memakai mahkota yang kelihatan terlalu kecil dan telah diperolok secara meluas sebelum digantikan pada tahun 1893. Siri syiling Jubli memperlihat keseluruhan pengeluaran florin berganda (1887–1890) dan pada 1888 keluaran terakhir untuk edaran kepingan empat peni (groat), walaupun bertujuan untuk digunakan di Guiana British. Tiada syiling gangsa (duit peni atau pecahannya) dikeluarkan bagi siri syiling Jubli.

Kepingan lima paun bagi siri syiling Jubli, dengan with the bahagian ekor syiling menampilkan Santo Georgius dan Naga oleh Benedetto Pistrucci

Pada tahun 1879, Boehm telah dipilih untuk menghasilkan gambaran baharu Ratu Victoria yang boleh diterapkan pada syiling – walaupun baginda ratu meraikan hari keputeraan ke-60 pada tahun itu, sesetengah syiling British masih menampilkan baginda yang kelihatan empat puluh tahun sebelumnya. Boehm hanya memberikan perhatian sekejap-sekejap terhadap projek itu, dan ia mengambil masa bertahun sebelum projek itu membuahkan hasil. Baginda ratu akhirnya memberi perkenan pada awal 1887 dan pembuatan syiling baharu disediakan. Sesetengah reka bentuk bahagian ekor syiling berubah pada masa yang sama, menggambarkan imejan lambang dan diukir oleh Leonard Charles Wyon.

CatatanSunting

  1. ^ Dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Jubilee coinage atau Jubilee head coinage.

BibliografiSunting

  • Celtel, André; Gullbekk, Svein H. (2006). The Sovereign and its Golden Antecedents. Oslo, Norway: Monetarius. ISBN 978-82-996755-6-7.
  • Clancy, Kevin (2017) [2015]. A History of the Sovereign: Chief Coin of the World (ed. ke-2). Llantrisant, Wales: Muzium Kilang Wang Diraja. ISBN 978-1-869917-00-5.
  • Cobb, Lawrence W. (February 1985). "The Veiled Queen". The Numismatist: 255–259.
  • Craig, John (2010) [1953]. The Mint (ed. paperback). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-17077-2.
  • Day, Lewis F. (1887). "New Coins for Old". The Magazine of Art: 416–420.
  • Dyer, G. P. (1995). "Gold, Silver and the Double Florin" (PDF). British Numismatic Journal. 64: 114–125.
  • Dyer, G. P.; Gaspar, P. P. (1992), "Reform, the New Technology and Tower Hill", dalam Challis, C. E. (penyunting), A New History of the Royal Mint, Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press, m/s. 398–606, ISBN 978-0-521-24026-0
  • Dyer, G. P.; Stocker, Mark (1984). "Edgar Boehm and the Jubilee Coinage" (PDF). British Numismatic Journal. 54: 274–288.
  • Forrer, Leonard (1904). Biographical Dictionary of Medallists: Coin, Gem, and Seal-engravers, Mint-Masters, &c., Ancient and Modern, with References to Their Works B. C. 500-A. D. 1900. 1. Spink & Son ltd., London. m/s. 258.

  • Lant, Jeffrey L. (1973). "The Jubilee Coinage of 1887" (PDF). British Numismatic Journal. 43: 132–141.
  • Linecar, Howard W.A. (1977). British Coin Designs and Designers. London: G. Bell & Sons Ltd. ISBN 978-0-7135-1931-0.
  • Lobel, Richard, penyunting (1999) [1995]. Coincraft's Standard Catalogue English & UK Coins 1066 to Date (ed. ke-5). London: Standard Catalogue Publishers Ltd. ISBN 978-0-9526228-8-8.
  • Peck, C. Wilson (1960). English Copper, Tin and Bronze Coins in the British Museum 1558–1958. London: Pemegang Amanah Muzium British. OCLC 906173180.
  • Robinson, Brian (1992). Silver Pennies & Linen Towels: The Story of the Royal Maundy. London: Spink & Sons Ltd. ISBN 978-0-907605-35-5.
  • Seaby, Peter (1985). The Story of British Coinage. London: B. A. Seaby Ltd. ISBN 978-0-900652-74-5.
  • Skillern, Stephen (October 2013). "The coinage of Edward VII, Part I". Coin News: 31–33.
  • Stocker, Mark. (1996). "The Coinage of 1893" (PDF). British Numismatic Journal. 66: 67–86.