Syirik (filem)

Syirik ialah sebuah filem Malaysia arahan M. Subash Abdullah yang akan ditayangkan pada tahun 2012. Filem ini hasil lakonan Katijah Tan, M. Subash Abdullah , Sham Sunder dan Zaid Zahari

Syirik
Syirik1001.jpg
Poster promosi syirik.
PengarahM. Subash Abdullah[1]
PenulisM. Subash Abdullah
Dihasilkan olehSurenthar
DibintangiKatijah Tan
M. Subash Abdullah
Sham Sunder
Zaid Zahari
Dikisahkan olehM. Subash Abdullah
Muzik olehAdzrey
Diedarkan olehGenius Parade Snd Bhd
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

PlotSunting

Mengisahkan fahaman syirik yang diamalkan oleh beberapa individu yang sesat di dalam sebuah kampung. Pemujaan objek dan syaitan sering menjadi amalan golongan ini. Wujud di kampung tersebut seorang nenek yang sering menasihati pengamal syirik ini supaya balik ke jalan yang diredhai oleh Allah. Malangnya nasihat si nenek ini tidak diterima oleh golongan ini. Pembunuhan sering dilakukan oleh pengamal syirik ini. Suatu kejadian pelik berlaku di kampung tersebut di mana isteri seorang bomoh yang sarat mengandung telah dibunuh dan bayinya hilang. Susulan dari kejadian ini, insiden-insiden pelik sering berlaku di kampung tersebut. Ada yang berpendapat, isteri si bomoh yang meninggal ini kembali sebagai Pontianak untuk membalas dendam.[1]


LakonanSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b "Syirik di Sinema Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-16. Dicapai pada 2010-01-22.