Syis Dinding ialah sejenis batuan termetamorf berusia Silur yang terdapat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sejarah Pengkajian sunting

Kajian mengenai batuan Syis Dinding dilakukan oleh Gobbett (1964) di mana batuan ini mula-mula ditemui di Bukit Dinding, Wangsa Maju.

Taburan sunting

Batuan Syis Dinding tersingkap di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Korelasi Dan Penentuan Usia sunting

Batuan ini dilapisi oleh Batu Kapur Kuala Lumpur di bahagian timur yang berusia Silur.

Foo (1983) mencadangkan Syis Dinding setara dengan Formasi Machinchang yang berusia Kambria hingga Ordovisi memandangkan tiada fosil didapati daripada batuan ini.

Litologi sunting

Menurut Gobbett (1964), Syis Dinding terdiri daripada 2 jenis batuan iaitu syis kuarza-mika dan kuartzit.

Kajian petrografi oleh Rashidah Hj Abdul Karim (1984) menunjukkan batuan ini berbutiran saiz yang sederhana dan berporfiroblas yang terdiri daripada kuarza, mikroklin dan albit.

Rujukan sunting

  1. Foo, K.Y., 1983. The Paleozoic sedimentary rocks of Peninsular Malaysia. Workshop on stratigraphic correlation of Thailnd and Malaysia (Abstract), Warta Geologi, Geological Society of Malaysia, Vol.9, No.5, 223p.
  2. Gobbett, D.J., 1964. The Lower Palaeozoic rocks of Kuala Lumpur, Malaysia. Federation Museums Jour., 9 (New Series), p. 67-79.
  3. Rashidah Hj Abdul Karim, 1984. Geologi, petrologi dan geokimia batuan Syis Dinding, Daerah Hulu Kelang, Selangor. Tesis Ijazah SmSn. (Kep), Universiti Kebangsaan Malaysia. (tidak diterbitkan)