Syis Taku ialah sejenis formasi batuan termetamorf berusia Karbon hingga Perm yang terdapat di Kelantan, Malaysia.

Asal-usul NamaSunting

Batuan Syis Taku diberi nama bersempena nama Sungai Taku oleh MacDonald (1967) di mana ia mula-mula ditemui.

TaburanSunting

Batuan ini tersingkap di utara Kelantan terutamnya di sekitar landasan keretapi antara Sungai Galas dengan Tanah Merah, Sungai Kenik, Sungai Taku dan Sungai Sokor di Kuala Bertam di bahagian barat dan berhampiran Sungai Lebir di bahagian timur.

KorelasiSunting

MT-JGSC (2006) menselaraskan Syis Taku dengan Formasi Buke Ta di selatan Thailand yang mempunyai litologi yang sama.

MT-JGSC (2006) juga menyatakan kemungkinan formasi ini boleh diselaraskan dengan Formasi Mangga berdasarkan turutan stratigrafi yang mirip.

Syis Taku dilapisi batuan Kumpulan Gua Musang iaitu Formasi Aring berdasarkan pengelasan dan pencirian semula oleh Kamal Roslan Mohamed et al. (2016) yang berusia Karbon Akhir hingga Trias Akhir.

LitologiSunting

Syis Taku terdiri daripada syis yang terhablur dan kesyisan secara keseluruhan. Jenis batuan utama yang boleh ditemui ialah syis kuarza-mika, syis mika-garnet san syis kuarza-mika-garnet. Syis amfibolit dan syis kuarza juga boleh ditemui sebagai jalur dalam syis mika. Syis karbonat jarang ditemui.

Selain syis, honfels juga terdapat di zon sepadan granit.

Penentuan UsiaSunting

Tiada fosil ditemui memandangkan batuan ini telah termetamorf secara keseluruhan.

Berdasarkan kedudukan litostratigrafi, MacDonald (1967) mengelaskannya sebagai berusia pra-Karbon kerana ia dilapisi oleh Formasi Telong yang berusia Perm hingga Trias.

MT-JGSC (2006) mengenalpasti usia Syis Taku sebagai Karbon hingga Perm yang selaras dengan Formasi Mangga.

RujukanSunting

  1. Kamal Roslan Mohamed, Nelisa Ameera Mohamed Joeharry, Mohd Shafeea Leman, Che Aziz Ali, 2016. The Gua Musang Group: A newly proposed stratigraphic unit for the Permo-Triassic sequence of Northern Central Belt, Peninsular Malaysia. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 62:131-142.
  2. MacDonald, S. 1967. Geology and mineral resources of North Kelantan and North Terengganu. Geological Survey Malaysia Memoir, Vol. 10, 202 p.
  3. The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC), 2006. Geology of the Batu Melintang - Sungai Kolok transect area along the Malaysia - Thailand border. Minerals and Geoscience Department Malaysia.