Syurahbil bin Hasanah

Syurahbil bin Hasanah, atau 'Syarjil' bin Hasanah, ([شرحبيل بن حسنة] error: {{lang-xx}}: teg bahasa tidak diiktiraf: ar (bantuan) ) (583-639 M) ialah seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW, dan kemudiannya seorang daripada panglima tentera Khulafah al-Rasyidin. Beliau berkhidmat di bawah khalifah-khalifah al-Rasyidin, Abu Bakar al-Siddiq RA dan Umar bin al-Khattab RA.

Beliau terlibat dalam kempen penaklukan Levant sebagai salah seorang panglima dalam tentera Muslim, dan berkhidmat di Syria dari tahun 634 M sehinggalah kematiannya pada tahun 639 M akibat wabak.