Syurga Nur ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Azman "Jinggo" Yahya, dibintangi oleh Janna Nick, Amar Asyraf dan Azrel Ismail. Ia disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia dengan tayangan perdananya bermula pada 1 Julai 2015 dan berakhir pada 18 Ogos 2015.[1]

Syurga Nur
Poster Syurga Nur.jpg
GenreDrama, cinta
PengarahAzman Yahya
Dibintangi oleh
Janna Nick
Amar Asyraf
Azrel Ismail
Lagu pembukaan"Benar Cinta" nyanyian Aisha Hanim
Lagu penutup"Benar Cinta" nyanyian Aisha Hanim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran40 minit
Syarikat pengedaran
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal1 Julai 2015 – 18 Ogos 2015

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

SinopsisSunting

Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya akibat dibunuh oleh perompak. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka.

Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti.

Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon kanak-kanakSunting

  • Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
  • Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)

RujukanSunting

  1. ^ https://kakimuvee.net/drama-syurga-nur/
  2. ^ Syurga Nur (2015): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  3. ^ Drama Syurga Nur ubah peribadi Janna Agenda Daily (17 Ogos 2015). Dicapai pada 17 Ogos 2015.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6:55 petang
Sebelumnya Syurga Nur Berikutnya
Dia Isteri Luar Biasa Mencintaimu