Syurga Untukmu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Diana Danielle dan Fahrin Ahmad.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 14 Julai 2020 hingga 6 Ogos 2020 menggantikan Rindu Yang Terindah.[2]

Syurga Untukmu
GenreMelodrama
Romantik
Keluarga
Konflik
PenciptaSyed Mohd Taufik Syed Abd Jalil
Dibangunkan oleh
Lynda Sharudin
Ditulis oleh
  • Syed Taufik Al-Attas
  • Lynda Sharuddin
PengarahAyie Mustaffa
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Gundah" oleh Ernie Zakri
Lagu penutup"Gundah" oleh Ernie Zakri
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifNell Nazry
Penerbit
  • Shariffa Zainad Syed Wadzid Ali
  • Wan Ashadee Shahar Sawaluddin
Penyunting
  • Zulaiqa Azhar
  • Ezzaty Johari
Lokasi
Sinematografi
  • Mohd Suhairi Mat Johor
  • Mohd Fairuz Kamarudin
Pemasangan kamera
Tetapan multi kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Sha’s Media
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Julai 2020 – 6 Ogos 2020
Kronologi
MengikutiRindu Yang Terindah

Buat pertama kali dalam sejarah televisyen Malaysia, konsep putar belit plot digunakan dalam jalan cerita drama ini.[3][4]

Sinopsis sunting

Syarikat Radin Holding dimiliki oleh Herman dan isterinya Mulyani. Adi, anak mereka diarahkan untuk mendapatkan tanah milik penduduk Kampung Indah bagi projek pembangunan syarikat. Hanya tanah milik keluarga Jamiliah sahaja yang belum dipersetujui oleh dipindah milik. Jamaliah mengalami lumpuh. Atiqah, anak gadis kepada Jamaliah bekerja sebagai guru tadika. Dia tidak bersetuju memberi kebenaran kerana arwah Haji Ismail (bapanya) berwasiat demikian sebelum meninggal. Bagaimanapun adiknya Intan telah mengambil deposit untuk menjual tanah tersebut dari broker tanah, dia tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan. Atiqah memint Intan mengembalikan wang tersebut, ini menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama mereka. Pak Din, penghulu kampung memujuk Atiqah supaya bersetuju dengan cadangan tersebut, namun Atiqah bertegas. Pada masa yang sama Hakimi anak kepada Pak Din berminat dengan Atiqah. Manakala Intan pula sukakan

Atikah marahkan Adi, Syarikat Radin Holding menyebabkan kesusahan penduduk kampung dan memaksa menjual tanah hak milik mereka. Atikah tidak bersetuju menjual tanah tersebut keranaa ini amanat arwah bapanya. Di KL, Adi mempunyai rakan baik bernama Lestari semenjak dari zaman persekolahan lagi. Mulyani (ibu Adi) rakan baaik kepada Hamidah (ibu Lestari) bercadang menjodohkan Adi dengan Lestari. Bagaimanapun Adi menolaknya. Manakala Pak Din berjumpa dengan Jamaliah untuk melamar Atiqah untuk dijadikan isteri Hakimi. Intan yang mendengarnya berasa cemburu, dia perlu bertindak segera, lalu memberitahu Adi.

Hakimi telah berpakat dengan Eizlan, seorang broker tanah melakukaan kerjaa jahat tersebut. Eizlan mahu mendapatkan jawatan sebagai CEO dalam syarikat Radin Holding milik bapa Adi. Adi masih merahsiakan dirinya anak kepada pemilik syarikat Radin Holding. Adi bercadang rumah Atiqah akan dijadikan pusat CSR. Adi semakin rapat dengan Atiqah, manakala Hakimi mulai cemburu melihat perhubungan mereka. Satu kampung kecoh memperkatakan hubungan Atiqah dengan Adi.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Siaran sunting

Syurga Untukmu pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Mei 2020. Namun ditangguhkan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 yang turut menyebabkan pemberhentian sementara aktiviti penggambaran filem dan drama. Tayangan perdana rasmi drama ini bermula pada 14 Julai 2020.

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Syurga Untukmu gandingkan Diana Danielle dan Fahrin Ahmad". Hot FM. 27 Februari 2020. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  2. ^ a b c d e f g h "Drama Syurga Untukmu (TV3)". My Infotaip. 13 Julai 2020. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  3. ^ "Dunia 'plot twist' diangkat ke tahap baharu dalam Syurga Untukmu". Utusan Borneo. 17 Julai 2020. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  4. ^ Budiey (17 Julai 2020). "Dunia 'plot twist' diangkat ke tahap baharu dalam Syurga Untukmu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  5. ^ Syafiqa Irdina (28 Februari 2020). "Belum 'move on' dengan Camelia, Diana Danielle bakal beraksi dalam Syurga Untukmu pula". XTRA. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (20 Februari 2020). "Azza tak terkesan kata negatif". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2020.