Syurga Yang Kedua (drama)

Syurga Yang Kedua ialah siri drama televisyen 2017 yang bakal ditayangkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD melalui Slot Tiara bagi menggantikan drama Dendam Aurora. Drama ini diadaptasi dari drama lipur lara Indonesia, Surga yang Kedua dan dibintangi oleh Zarul Husin, Siti Elizad, Fasha Sandha dan ramai lagi.

Syurga Yang Kedua
GenreCinta
Keluarga
Melodrama
Berdasarkan daripada
Diadaptasi dari sinetron Indonesia, Surga Yang Ke-2
PengarahZamri Zakaria
Bahri Uma Bajuri
Dibintangi oleh
Zarul Husin
Siti Elizad
Fasha Sandha
Lagu pembukaan"Takdir" nyanyian Dayang Nurfaizah
Lagu penutup"Takdir" nyanyian Dayang Nurfaizah
Negara asalMalaysia Malaysia
Bilangan episod70
Penerbitan
Penerbit eksekutifVareen Kaur
Dato' Sadupal Singh (DS)
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD (Slot Tiara)
Siaran asal12 Disember 2017 – 19 Mac 2018
Kronologi
MengikutiDendam Aurora
Diikuti olehMonalisa

Sinopsis sunting

Drama ini mengisahkan tentang Sabrina (Siti Elizad) yang hidup bahagia bersama suaminya Daniel (Zarul Husin), namun mereka masih belum dikurniakan anak. Ibu Daniel, Dato' Sherry (Azizah Mahzan) yang mahukan cucu lelaki untuk menjadi pewaris perniagaannya sering mendesak Daniel untuk berkahwin lagi. Sabrina sentiasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya itu, tidak lama kemudian Sabrina kemalangan lalu koma. Dato' Sherry menggunakan peluang ini untuk memaksa Daniel berkahwin dengan doktor peribadinya, Dr. Vanida atau Vivy (Fasha Sandha).

Daniel dan Vivy tersepit ditengah-tengah, Vivy yang merupakan kawan baik Sabrina tidak sanggup ingin merampas suami kawan baiknya sendiri itu. Manakala Daniel pula tidak mahu menduakan Sabrina namun akhirnya mereka terpaksa juga berkahwin disebabkan masing-masing tidak mahu menjadi anak derhaka. Sabrina yang koma kini mula sedar kembali dan dia begitu terkejut apabila mengetahui suaminya telah berkahwin lain dengan kawan baiknya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?

Pelakon sunting

Watak Utama sunting

Watak Pembantu sunting

Watak Kanak-Kanak sunting

Lagu Tema sunting

Rujukan sunting

  1. http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dari-dendam-aurora-ke-syurga-yang-kedua-astro-prima-janji-terus-saji-drama-terbaik-162556
  2. https://web.archive.org/web/20180105000409/http://www.utusan.com.my/hiburan/syurga-yang-kedua-angkat-martabat-poligami-1.568779