Syurgamu Ramadhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Shahrulezad Mohameddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 10 Ogos 2010 hingga 8 September 2010.[1] Drama ini merupakan salah satu daripada enam siri drama bertemakan Ramadan yang disiarkan di TV3.[2]

Syurgamu Ramadhan
GenreDrama
PenciptaShahrulezad Mohameddin
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Akan Ku Jumpa" oleh Azfar
Lagu penutup"Akan Ku Jumpa" oleh Azfar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
PenerbitShahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran25-30 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal10 Ogos 2010 – 8 September 2010

Sinopsis Sunting

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya… Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini.

Pelakon Sunting

Penampilan khas Sunting

Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ Sinopsis Samarinda Syurgamu Ramadhan Sensasi Selebriti (28 Julai 2010). Dicapai pada 9 Julai 2011.
  2. ^ Habis segulung tisu, ini 5 drama Ramadan sedih yang betul-betul buat anda menangis Media Hiburan (29 Mei 2018). Dicapai pada 29 Mei 2018.