Tūmatauenga ialah dewa perang dan segala kegiatan manusia dalam kepercayaan masyarakat Māori; malah, dewa ini sendiri dianggap leluhur kepada seluruh umat manusia dalam mitologi kaum disebut.

Penceritaan sunting

Penciptaan dunia sunting

Menurut kepercayaan orang Māori, alam semesta dahulunya bersifat satu di mana Ranginui, dewa langit dan Papatūānuku, dewi bumi saling berpelukan erat; anak-anak mereka terpaksa merangkak dalam kegelapan antara kedua-dua mereka. Adik-beradik ini menjadi muak sehingga berpakat membuat rancangan memisahkan mereka agar cahaya segera masuk ke dunia. Tū mencadangkan bahawa orang tua mereka dibunuh[1] tetapi Tāne pula mencadangkan kedua ibu bapa mereka ditolak; cadangan Tāne dianggap lebih baik dan diterima semua termasuk Tū sendiri.[2]:7–10 Pemisahan ini begitu dahsyat sehinggakan terbelahnya alam lalu menjadi duluan kepada alam semesta serta langit dan bumi.[3]:19

Manusia dimunculkan dari keturunan Tūmatauenga dan mula bertambah di bumi sampailah kepada generasi Māui dan saudara-saudaranya.[2]:8–11[4]

Penyanjungan sunting

Nama rasmi diberi untuk Tentera Darat New Zealand dalam bahasa Māori ialah Ngāti Tūmatauenga, "suku dewa Tūmatauenga" pada tahun 1994 sebagai memperingati jasa-jasa askar Maori yang berbakti kepada tentera ini serta menyemaikan rasa kekitaan dalam kalangan askar termasuk yang tidak berbangsa Maori sendiri.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Moorfield, John C. "Tūmatauenga". Māori Dictionary. Dicapai pada 21 May 2020.
  2. ^ a b Grey, George (1976) [1956]. Polynesian Mythology (ed. Illustrated). Christchurch: Whitcombe and Tombs.
  3. ^ Mitchell, Hilary (2004). History of Māori of Nelson and Marlborough. Wellington: Huia Publishers. m/s. 18–20. ISBN 1-86969-087-7.
  4. ^ Tregear, Edward (1891). "Tu". The Maori-Polynesian comparative dictionary. Wellington: Lyon and Blair. m/s. 540. Dicapai pada 21 May 2020.
  5. ^ McKenzie, Pete (26 November 2018). "How the NZ Army became an iwi". Newsroom.