t.A.T.u. (Rusia: Тату, disebut [tɐˈtu]  ( dengar)) ialah duo Rusia yang terdiri daripada Lena Katina dan Julia Volkova. Mereka ialah sebahagian daripada kumpulan muzik kanak-kanak Neposedy sebelum diuruskan oleh penerbit dan pengarah producer Ivan Shapovalov dan menyertai label rakaman Rusia Neformat. Album sulung t.A.T.u., 200 Po Vstrechnoy (2001) merupakan kejayaan komersial di Eropah Timur, membawa kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Interscope Records untuk mengeluarkan album berbahasa Inggeris sulung mereka, 200 km/h in the Wrong Lane (2002). Album ini menerima pensijilan platinum oleh IFPI untuk jualan satu juta di Eropah dan menjadi album pertama oleh kumpulan muzik asing untuk mencapai nombor satu di Jepun.[a] Ia juga menerima pensijilan emas di Amerika Syarikat dan termasuk lagu hits antarabangsa "All the Things She Said" dan "Not Gonna Get Us". Duo tersebut mewakili Rusia di Pertandingan Lagu Eurovision 2003 dengan lagu "Ne Ver', Ne Boysia", memenangi tempat ketiga.

t.A.T.u
Volkova (kiri) dan Katina (kanan) pada 2003
Latar belakang
Berasal dariMoscow, Rusia
Genre
Tahun aktif1999–2011[4]
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Neposedy
Bekas ahliLena Katina
Julia Volkova

t.A.T.u. melancarkan album Dangerous and Moving dan Lyudi Invalidy pada 2005 hingga kejayaan sederhana selepas meninggalkan Shapovalov. Mereka muncul dengan lagu "All About Us". Duo itu juga aktif dalam projek lain, dengan menubuhkan syarikat penerbitan T.A. Music dan mempromosikan filem diilhamkan oleh kisah mereka, You and I (2008). Album terakhir mereka Vesyolye Ulybki dan Waste Management, masing-masing dikeluarkan pada 2008 dan 2009. t.A.T.u. secara rasminya dibubarkan pada 2011, dengan Katina dan Volkova meneruskan kerjaya solo mereka.[4] Mereka kembali untuk mengadakan persembahan di acara berikut, seperti majlis pembuka Sukan Olimpik Musim Panas 2014, pada tahun-tahun seterusnya.

Catatan sunting

  1. ^ Biarpun Billboard mendakwa t.A.T.u. sebagai pengkarya bukan Jepun pertama untuk membuat penampilan sulung di nombor satu di Jepun,[5] Penyanyi Korea Selatan BoA ialah artis pertama keseluruham untuk mencapai kedudukan sedemikian pada 2002 dengan album Jepun pertamanya, Listen to my Heart—album Jepun kedua penyanyi itu, Valenti juga mencapai nombor satu pada minggu pertama pada 2003, sebulan sebelum penampilan sulung Jepun t.A.T.u..[6][7] Menurut Oricon, t.A.T.u. menjadi kumpulan asing pertama untuk mencapai nombor satu untuk album sulung Jepun mereka.[8] Album ini telah mencapai nombor tiga pada minggu pertama di Carta Album Oricon.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Hong, Y. Euny (26 May 2003). "Rise of the New Europe in Euro Pop". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2019. Dicapai pada 6 January 2019.
  2. ^ a b "t.A.T.u. – Biography & History". AllMusic. Dicapai pada 29 December 2017.
  3. ^ Paterson, Colin (4 May 2002). "Hideous kinky". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2019. Dicapai pada 6 January 2019.
  4. ^ a b Lipshutz, Jason (4 April 2011). "T.A.T.u. Calls It Quits Following Release of Remix Album". Billboard. Dicapai pada 29 March 2018.
  5. ^ "Hitmakers with a Golden Touch". Billboard. Jil. 115 no. 27. Nielsen Business Media, Inc. 5 July 2003. m/s. 52. ISSN 0006-2510.
  6. ^ Poole, Robert Michael (20 March 2009). "No constrictions on BoA's ambitions". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2019.
  7. ^ "Hits of the World: Japan (Dempa Publications Inc.; 02/05/2003)". Billboard. 115 (7): 40. 15 February 2003. ISSN 0006-2510.
  8. ^ "【オリコン】BLACKPINK、アルバム初登場首位デビュー 海外歌手3組目" (dalam bahasa Jepun). Oricon. 5 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2019. Dicapai pada 28 February 2019.
  9. ^ "Hits of the World: Japan (Dempa Publications Inc.; 03/12/2003)". Billboard. 115 (12): 72. 22 March 2003. ISSN 0006-2510.

Pautan luar sunting