Murugiah Thopasamy

(Dilencongkan dari T. Murugiah)

Dato' Murugiah Thopasamy atau T. Murugiah merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Ketika dilantik, beliau merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia.

Dato'

T. Murugiah

DPMP (Perak); KMN
Naib Presiden MIC
Memegang jawatan
2018
Berkhidmat dengan
Mohan Thangarasu dan Sivarraajh Chandran
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
10 April 2009 – 2011
Butiran peribadi
LahirMurugiah a/l Thopasamy
Parti politik Barisan Nasional - PPP
PekerjaanAhli politik

Mencabar Kayveas sunting

Pada Mei 2009 Murugiah dipecat kerana mengadakan sidang akhbar, mencemarkan imej dan nama baik parti dan mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap parti, majlis tertinggi dan pucuk pimpinan PPP, M. Kayveas.

Pada 2009, Senator Datuk T. Murugiah memohon Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE) mengisytiharkan beliau sebagai presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah. Pendaftar Pertubuhan (ROS) memohon mahkamah supaya mengenepikan keputusan MATE pada 11 Dis 2009 bahawa Murugiah merupakan presiden PPP yang sah. Pada 24 Disember 2009 ROS menamakan MATE, presidennya Datuk Munsyi Muslim Yacob, selaku penimbang tara yang membuat keputusan itu, Prof Madya Datuk Abdul Halim Sidek dan Murugiah sebagai responden.[1]

Dari PPP ke MIC sunting

Pada 5 Ogos 2010, T Murugiah telah menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung MIC Datuk T. Rajagopalu. Beliau menjadi ahli MIC cawangan Batu Matang Bukit Gantang, Perak. turut menyerahkan borang keahlian ialah pwnyokongnya seramai 65 orang. T Murugiah mendakwa 2000 penyokong PPP dari 20 cawangan PPP di Pulau Pinang akan keluar PPP dan menyertai MIC.[2]

Penghargaan sunting

Darjah kebesaran yang diterima oleh beliau[3]

Rujukan sunting