TAI TFX

(Dilencongkan dari TAI TF-X)

TAI TF-KAAN adalah sebuah pesawat penguasaan udara generasi ke-5 berenjin kembar[2] yang kini dibangunkan [3][4][5] oleh Industri Aeroangkasa Turki (TAI) dengan bantuan teknologi daripada BAE Systems, United Kingdom. Pesawat ini diwar-warkan akan mengantikan armada pesawat F-16 yang digunakan oleh Tentera Udara Turki dan juga akan ditawarkan kepada negara-negara luar. Projek ini merupakan sebahagian daripada projek berprofil tinggi di Turki.[6][7][8][9][10][11][12][13]

TAI TF-KAAN
TAI Kaan semasa ujian landasan di kemudahannya di Ankara pada 17 Mac 2023
Peranan Pesawat penguasaan udara pesawat siluman[1]
Negara pengeluar  Turki
Pengeluar Industri Aeroangkasa Turki
Penerbangan sulung 21 Februari 2024
Diperkenalkan 2028 (terancang)[perlu rujukan]
Status Pembangunan prototaip, Ujian penerbangan
Jumlah dibina 1+2 Prototaip
Kos program AS$25 bilion[perlu rujukan]
Kos seunit AS$100-110 juta[perlu rujukan]

Fasa pembangunan sunting

Pada 15 Disember 2010, Jawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan Turki telah memutuskan untuk mereka, membangun, dan mengeluarkan sebuah pesawat tempur udara ke udara generasi baru secara lokal yang mana akan mengantikan pesawat pejuang F-16 dan akan digunakan bersama-sama dengan pesawat F-35.[14] Dana berjumlah AS$20 juta telah diperuntukan untuk fasa rekabentuk konsep awal selama 2 tahun yang akan dilakukan oleh TAI.[15] Para pegawai TAI mengatakan bahawa fasa rekabentuk konsep akan siap pada akhir tahun 2013, dan laporan akan disediakan untuk kelulusan Perdana Menteri bagi tujuan dana fasa pembangunan dan rangka kerja.

TAI dan Industri Enjin TUSAŞ (TEI) akan mengetuai rekabentuk, proses awal dan pembangunan pesawat ini. TEI akan memfokuskan pada pengeluaran enjin pesawat, sementara TAI akan membangunkan kerangka pesawat dan komponen-komponen lain. Kajian akan mendedahkan anggaran kos pesawat, sistem-sistem mekanik dan elektronik yang akan digunakan termasuk perspektif yang lebih luas akan peluang dan cabaran di dalam penerbangan tentera.[16] TF-KAAN ialah salah satu daripada beberapa projek aeroangkasa Turki selain projek siluman UCAV Bayraktar Kızılelma dan TAI Anka-3.

Kerjasama dengan Saab AB sunting

Semasa lawatan negara oleh Presiden Turki, Abdullah Gül ke Sweden pada 13 Mac, 2013, pihak Industri Aeroangkasa Turki (TAI) telah menandatangani perjanjian dengan firma Saab AB Sweden, yang mana menetapkan:[7][8][17][18]

  • Saab AB akan menyediakan bantuan teknologi rekabentuk di dalam program TFX.
  • TAI memiliki pilihan untuk membeli unit rekabentuk pesawat pejuang Saab AB.[perlu rujukan]

Pada 8 Januari 2015, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoğlu mengumumkan bahawa program TFX akan menggunakan pelantar asli buatan Turki sepenuhnya tanpa bantuan kerjasama dengan Korea, Sweden, Brazil atau Indonesia.[perlu rujukan]

Bantuan teknologi daripada BAE Systems sunting

Pada bulan Disember 2015, Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki telah mengumumkan bahawa ia telah memilih BAE Systems dari United Kingdom bagi membantu rekabentuk pesawat penguasaan udara generasi baru negara. Pada hari yang sama Rolls-Royce telah menawarkan kepada Turki perpindahan teknologi EJ200 dan pembangunan bersama enjin terbitan untuk kegunaan program TFX.[19]

Tentera Udara Turki ingin memperoleh sekurang-kurangnya 250+ buah TFX bermula pada tahun 2025 dan menyepadukan ia ke dalam struktur rangkaian berpusat yang digunakan oleh tentera udara termasuk F-35, F-16 Block 50+, pesawat tempur tanpa pemandu masa depan, Penyerak Stand-Off dan Boeing 737 AEW&C Peace Eagle.[perlu rujukan] Turki merancang untuk menggunakan TFX bermula pada 2025, dan digunakan bersama-sama dengan F-35A. TFX akan mengimbangi kekurangan F-35 di dalam pertempuran udara-ke-udara. Kebenaran untuk memulakan fasa pertama pembangunan pesawat ini secara rasmi dijangka pada akhir tahun 2014.[20]

Tender sunting

Pada 13 Mac 2015, Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki secara rasminya mengeluarkan Permohonan Mendapatkan Maklumat kepada syarikat-syarikat Turki yang mempunyai keupayaan "bagi melakukan rekabentuk, pembangunan dan aktiviti pengeluaran dalam negara bagi program pesawat pejuang Turki bagi memenuhi keperluan pesawat pejuang generasi bagu untuk Angkatan Tentera Turki" yang mana memberi isyarat program ini bermula dengan rasmi.[21]

Rekabentuk sunting

Kerangka sunting

Hüseyin Yağcı, Ketua Jurutera bagi program TFX di TAI telah menyatakan bahawa kesemua tiga kertas cadangan rekabentuk konsep setakat ini memaparkan rekabentuk ketumpatan rendah radar bagi keratan rentas pesawat, ruang senjata dalaman dan keupayaan untuk superkrus; yang jelasnya sebahagian daripada ciri-ciri jet pejuang generasi ke-5.[3]

Kemudahan fiuslaj Komposit Karbon Termaju milik TAI, yang mana telah dirasmikan untuk mengeluarkan fiuslaj dalam program pesawat F-35[22][23], telah ditugaskan untuk membangunkan fiuslaj Komposit Karbon Termaju untuk TFX. Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki juga telah mengeluarkan satu tender untuk membangunkan komposit carbon thermoplastik yang lebih ringan untuk kegunaan fiuslaj TFX.[24]

Radar dan penderia sunting

ASELSAN kini sedang membangunkan sebuah radar jujukan imbasan elektronik aktif termaju yang akan menggunakan teknologi gallium nitride (GaN) dalam program TFX.[25]

Avionik dan kelengkapan sunting

TFX akan diintegrasi dari dalam kokpit bagi menemani pesawat udara tanpa pemandu (UAV) (kemungkinan besar TAI Anka) melalui hungungan rangkaian data encrypted.[26]

TFX mungkin akan menggunakan penerima amaran radar versi ditingkat upaya yang dibangunkan oleh Aselsan, sistem amaran peluru berpandu, sistem amaran laser, sistem pembebasan dan pengurusan penyerak dan suar, dan sistem penyesak berasaskan memori frekuensi radio digital; yang dahulunya dibangunkan oleh Aselan [27] [28]

Pendorongan sunting

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu telah mengumumkan pada 8 Januari, 2015, bahawa pesawat TFX merupakan sebuah pesawat pejuang berenjin kembar.[2] Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki, sebuah agensi perolehan untuk Angkatan Tentera Turki, telah menulis Surat Niat kepada tiga syarikat pengeluar enjin: General Electric, Pratt & Whitney dan EUROJET Turbo.

Pada 20 Januari 2015, firma Aselsan dari Turki telah mengumumkan bahawa ia telah membuat memorandum persefahaman dengan Eurojet, pengeluar enjin EJ200 yang digunakan pada pesawat Eurofighter Typhoon.[29] Pengumuman ini juga menyatakan bahawa terbitan enjin EJ200 akan digunakan dalam program TFX.[30][31][32][33] Dua syarikat ini secara bersama juga akan membangunkan sistem perisian kawalan enjin dan sistem pengawasan penyelenggaraan enjin.[33] Pemilihan enjin EJ200 membuktikan niat TAI untuk menggunakan keupayaan superkrus.

Lihat juga sunting

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ Milli ucak cift motorlu olacak (dalam bahasa Turki), TR: Kokpit, diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-17, dicapai pada 2016-06-01.
  2. ^ a b "Turkey advances TFX fighter project, orders new rifles, more F-35s, CH-47s", Jane’s.
  3. ^ a b "IDEF 2013: TAI reveals fifth generation fighter designs". Jane's Defence Weekly. IHS. 8 May 2013.
  4. ^ "Pic of the day: Turkey's plans to join the stealth fighter club". Killer apps. Foreign Policy Group. 9 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-16. Dicapai pada 2016-06-01.
  5. ^ "Turkey's Future Fifth Gen Fighter Fleet". Aviation week. Penton. 10 May 2013.
  6. ^ "BAE chosen to assist with Turkey's TFX fighter project". Flightglobal.com. Dicapai pada 8 January 2016.
  7. ^ a b "Turkey to Replace F-16s With Local Jets". Hürriyet daily news. TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 29 March 2013.
  8. ^ a b "Bets open on Turkey's first fighter aircraft". Hürriyet daily news. Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 20 March 2013.
  9. ^ "Jet Trainer and Fighter Aircraft Conceptual Design Project". Turkish Aerospace Industries. 11 April 2013.
  10. ^ "Turkey holding rival talks on aircraft with Koreans, Swedes". Hürriyet daily news. TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 22 August 2011.
  11. ^ "Turkey – Jet Trainer Aircraft (T-X) and Fighter Aircraft". Global Security. 11 April 2013.
  12. ^ "Dubai: TAI launches study on Turkish-built next generation fighter". Flight global. Reed Business Information. 11 April 2013.
  13. ^ http://www.ibtimes.com/turkey-boost-military-defense-spending-59b-amid-soaring-regional-threats-2333898
  14. ^ "Turkey ready to produce first national fighter jet". Today’s zaman. TR: Feza Gazetecilik. 15 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-08. Dicapai pada 2016-06-01.
  15. ^ "Jet Trainer Aircraft and Fighter Aircraft Conceptual Design Project". TR: SSM. 11 April 2013.
  16. ^ "Deal for production of first Turkish fighter jet signed". Today’s zaman. TR: Feza Gazetecilik. 23 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2016-06-01.
  17. ^ "Yerli uçak için çok önemli adım". Hürriyet (dalam bahasa Turkish). TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 20 March 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Türkiye Saab ile Masaya Oturdu". Dunya (dalam bahasa Turki). TR: Dünya Süper Veb Ofset. 7 February 2013.
  19. ^ "Rolls-Royce Offers Engine for Turkish-Made Fighter Jet". Defense News. 6 December 2015. Dicapai pada 8 January 2016.
  20. ^ Turkey; SSM envisages dual first line fighter fleet by 2023 - Dmilt.com, 18 June 2014
  21. ^ http://www.ssm.gov.tr/anasayfa/hizli/duyurular/projeDuyurulari/Documents/TF-X_Program_RFI.docx
  22. ^ Turkish Aerospace Industries, Inc. "Composite". Turkish Aerospace Industries, Inc. Dicapai pada 8 January 2016.
  23. ^ "The composites industry in Turkey". Materials Today. 3 November 2009. Dicapai pada 8 January 2016.
  24. ^ "A. Havacılıkta Kullanılan Karbon Elyaf Takviyeli Termoplastik Reçineli Prepreg Geliştirilmesi Projesi (KOZA)". Dicapai pada 8 January 2016.
  25. ^ "Future Turkish Fighter Concepts Revealed at IDEF 13". ainonline.com. 17 May 2013.
  26. ^ "TAI TFX / F-X Experimental Fifth Generation Fighter Concept". Military Factory, militaryfactory.com. 18 June 2013.
  27. ^ "Could Aselsan provide EW/ECM gear for the JF-17?". quwa, quwa.org. 11 May 2016.
  28. ^ "Helicopter Electronic Warfare System (HEWS)". Aselsan, aselsan.com.tr. 11 May 2016.
  29. ^ "ASELSAN Signs MoU with EUROJET". Dicapai pada 8 January 2016.
  30. ^ http://www.brahmand.com/news/Turkeys-ASELSAN-inks-deal-with-Eurojet-for-EJ200-engine/13417/1/13.html
  31. ^ "Aselsan, Eurojet sign MoU". Dicapai pada 8 January 2016.
  32. ^ "ASELSAN ve EUROJET arasında İşbirliği". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-30. Dicapai pada 8 January 2016.
  33. ^ a b "Aselsan signs cooperation deal with Eurojet - BUSINESS". Dicapai pada 8 January 2016.

Templat:TAI aircraft

Pautan luar sunting