TAPAUawards ialah majlis anugerah untuk mengiktiraf penggiat muzik indie yang terlibat di Malaysia. Anugerah ini dianjurkan oleh TAPAUtv,[1] dan TAPAU.asia, sebuah portal komuniti yang memaparkan perkembangan muzik indie tempatan.

Senarai anugerah sunting

Berdasarkan undian peminat sunting

  • Pemeriah terbaik (Best Noisemaker)
    • Diberikan kepada program atau akaun media sosial yang banyak mempromosikan perkembangan muzik indie
  • Video muzik terbaik (Best Music Video)
    • Diberikan kepada pengarah video muzik
  • Kulit album terbaik (Best Album Art)
    • Diberikan kepada pereka kulit album
  • Album terbaik (Best Album) 2019 / Keluaran terbaik (Best Release) 2020
    • Diberikan kepada keluaran sama ada album atau EP terbaik.
  • Lagu terbaik (Best Song)
    • Diberikan untuk lagu
  • Pengkarya terbaik (Best Artist)
    • Diberikan untuk pengkarya

Berdasarkan panel penilai sunting

  • Anugerah Jeremy
    • Dinamakan sempena nama penerbit Allahyarham Jeremy Little, seorang pengkarya rintis.
  • Anugerah Yasmin Ahmad
    • Dinamakan sempena nama pengarah Allahyarhamah Yasmin Ahmad, seorang tokoh seni yang disegani.
  • Pengkarya Sepanjang Dekad (Artist of the Decade)
    • Diberikan kepada pengkarya yang mewarnai industri muzik indie dan bertahan sehingga kini.

TAPAUawards kali pertama (2019) sunting

TAPAUawards diadakan buat kali pertama pada 27 Disember 2019 bertempat di The Bee, Publika, Kuala Lumpur. Ia dihoskan oleh penyampai radio Era FM, Haniff Hamzah. Ia dilangsungkan dengan kerjasama The Bee dan Big A Productions. TAPAUawards mempertandingkan sembilan anugerah diberikan kepada pemuzik yang kreatif dan berbakat serta penggiat seni yang mempunyai kredibiliti tersendiri. Pemenang untuk enam kategori iaitu Best Noisemaker, Best Music Video, Best Album Art, Best Song, Best Album dan Best Artist ditentukan menerusi undian peminat di laman web TAPAU.asia. Manakala tiga kategori lagi iaitu Anugerah Jeremy, Anugerah Yasmin Ahmad dan Pengkarya Dekad Ini merupakan anugerah khas untuk penerima yang dipilih secara bersama oleh penggiat dan penggemar muzik bebas terkenal.[2] Ia juga disiarkan secara langsung menerusi laman Youtube.[3]

Pemenang dan penerima anugerah sunting

Anugerah Pemenang Anugerah Calon-calon lain Penyampai trofi
Pemeriah terbaik "Korek Fizikal" terbitan Thinker Studios Junklist Datuk Ahmad Izham Omar

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios

Hentak Kepala
#CantekSikitDer terbitan Awad Studio
Video muzik terbaik "Hello Sayang"

oleh Pastel Lite ft. Naza The Times

Pengarah: Rabbani Sujak

"Sorang" oleh Luqman Podolski

Pengarah: Adriana Tunku

Rewan Ishak & Razaisyam Rashid

Penerbit & Pengarah

"Dinda" oleh Masdo

Pengarah: Zul Luey

"Mujikalau Kita Kata Ke Depa,

Bukan Depa Nak Mau Dengaq" oleh Hacktick!

Pengarah : Azizulhakim Salleh

Kulit album terbaik "PSJKB" oleh Iqbal M.

Pereka: Fry Yusof[4]

"Kesuma" oleh Leaism

Pereka: Zara Suhaimee, Nna Safiana, Haris Rashid

Irman Hilmi

Guru reka bentuk tempatan

"Riwayat" oleh Salammusik

Pereka: Lannusa, Abdul Majid, Syazwan Basri

"Margasatwa" oleh Margasatwa

Pereka: Faiz Zaini, Alif Ridzuan

Lagu terbaik "Jangan Cakap Saja" oleh Iqbal M. "Haruan Cina" oleh Sweetass Herri Hamid & Fizan Razali

Anggota Bittersweet

"Sek Kito Jange Pecoh" oleh No Good
"Hello Sayang" oleh Pastel Lite
Album terbaik "Terkesima" oleh Lust "Pop Bilik Tidur" oleh Pastel Lite Mohd Radzi Mohd Jasni

Pemilik Teenage Head Records

"Riwayat" oleh Salammusik
"Hikayat Gundik Berirama" oleh The Venopian Solitude
Pengkarya terbaik Iqbal M.[5] Mafidz Rahul Kukreja

Pengarah The Bee / Gitaris One Buck Short

Lust
Toko Kilat
Anugerah Jeremy Hacktick! - tiada - Ham Abdullah

Gitaris Seven Collar T- Shirt

Anugerah Yasmin Ahmad Jennifer Thompson - tiada - Aman Ra & Myo (Oh Chentaku)
Pengkarya Sepanjang Dekad Hujan[6] - tiada - Yuna

Persembahan sunting

TAPAUawards 2019 turut diserikan dengan persembahan selingan dan persembahan penutup oleh beberapa buah kugiran.

Selingan Persembahan Penutupan
Artis Lagu Artis Lagu
Pastel Lite ft. Naza The Times "Hello Sayang" The Venopian Solitude

Iqbal M.

"Dwi"

TAPAUawards kali ke-2 (2020) sunting

TAPAUawards diadakan untuk tahun kedua pada 27 Disember 2020, dan disiarkan secara penstriman langsung dari laman sesawang rasmi mereka. Ia dihoskan oleh pelakon Sharifah Amani dan Iedil Dzuhrie Alaudin[7]. Ia dilangsungkan dengan kerjasama Safe House dan Big A Productions. TAPAUawards 2020 mempertandingkan lapan anugerah diberikan kepada pemuzik yang kreatif dan berbakat serta penggiat seni yang mempunyai kredibiliti tersendiri[8].

Pemenang untuk enam kategori iaitu Best Noisemaker, Best Music Video, Best Album Art, Best Release (Album/EP) dan Best Artist ditentukan menerusi undian peminat di laman web TAPAU.asia. Manakala dua kategori lagi iaitu Anugerah Jeremy dan Anugerah Yasmin Ahmad merupakan anugerah khas untuk penerima yang dipilih secara bersama oleh penggiat dan penggemar muzik bebas terkenal.[2]

Pemenang dan penerima anugerah sunting

Anugerah Pemenang Anugerah Calon-calon lain
Pemeriah terbaik Anugerah Lagu Indie

oleh Hashtag Media dan Kamar Seni

Borak Luas oleh Luas MY

Ruang Bertamu oleh Atas By BijanFX

#hqareact oleh Huckyea

Video muzik terbaik "Che Using"

oleh No Good

Pengarah: Nizam Omar

Kalau Tewas Nanti Parah, oleh Iqbal M.. Pengarah: Azizulhakim Salleh

Ease My Mind, oleh Airliftz & I-SKY. Pengarah: Adriana Tunku

Untok Kita (Hanya Kita), oleh Satwo. Pengarah: Dee Al-Hadi

Kulit album terbaik EP Demo Kawe

oleh No Good

Pereka: Djin Khai dan Zulamran Hilmi.

Runut Dalam Jeda, oleh Mim. Pereka Huzaifah Mahmud

Berdoa, oleh Berdosa. Pereka Afiq Iskandar & Khang Wei

Citra, oleh Iamrain. Pereka Fariza Basri & Shuz Mordiffi

Lagu terbaik "Lamunan Anak Bulan"

oleh Ramayan

“Rahmat Bulan” oleh Gard Wuzgut

“Pijak Atas Bayang”oleh Monoloque

“Biarlah Mentari” oleh Bittersweet

Keluaran terbaik EP "Demo Kawe" oleh No Good Album "Adam", oleh A Limin.

EP "Perang Halimunan", oleh Monoloque

Album "To Live and Let Grow", oleh Sayla

Pengkarya terbaik No Good Couple

Bittersweet

Monoloque

Anugerah Jeremy Gard Wuzgut
Anugerah Yasmin Ahmad Yuna

Rujukan sunting

  1. ^ fozi, ku syafiq ku (2019-12-24). "PENGGIAT MUZIK INDIE 'TAPAU' TAPAU AWARDS". KitaReporters.com. Dicapai pada 2020-02-11.
  2. ^ a b Rahman, Ridzuan Abdul (2020-01-22). "'Tapau' tiga trofi". HM Online. Dicapai pada 2020-02-11.
  3. ^ #TAPAUawards2019 (Youtube). 2019-12-27.
  4. ^ Maganathan, Dinwsh Kumar (2020-01-27). "Don't lose your scripts! Theatremaker sees the importance of documenting his works | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-02-11.
  5. ^ fozi, ku syafiq ku (2019-12-31). "NAPA BRO? IQBAL NAK JUAL TROFI TAPAU AWARDS". KitaReporters.com. Dicapai pada 2020-02-11.
  6. ^ fozi, ku syafiq ku (2019-12-30). "DEKAD GEMILANG HUJAN, BASAHKAN DUNIA INDIE". KitaReporters.com. Dicapai pada 2020-02-11.
  7. ^ A. Azim Idris (28 Disember 2020). "No Good emerge tops at Malaysia's TAPAUawards 2020". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-28. Dicapai pada 28 Disember 2020.
  8. ^ A. Azim Idris (22 Disember 2020). "Malaysia's TAPAUawards announces 2020 nominees: No Good, Monoloque, Airliftz and more". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-30. Dicapai pada 28 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)