TNB Energy Services

Anak syarikat Tenaga Nasional

TNB Energy Services Sdn. Bhd. ialah anak syarikat perkhidmatan tenaga milik konglomerat utiliti elektrik Tenaga Nasional Berhad.[1]

TNB Energy Services Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
DitubuhkanMac 1997; 27 tahun yang lalu (1997-03)
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingDr. Ahmad Jaafar (Pengarah Urusan)
PerkhidmatanPerkhidmatan tenaga
Syarikat indukTenaga Nasional Berhad
Tapak webtnbes.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ditubuhkan pada Mac 1997 sebagai Tenaga SPL Sdn. Bhd. dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta dan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta. Pada Mac 2000, Tenaga SPL Sdn Bhd menjadi anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad. Skop perniagaan telah dilanjutkan di luar TNB dan telah diberikan teras oleh syarikat induknya untuk membangunkan Sistem Kuasa Hibrid Suria.[1][2]

Pada tahun 2003, Tenaga SPL Sdn Bhd, bertukar nama kepada TNB Energy Services Sdn Bhd. Perniagaan utamanya difokuskan dalam menyediakan penyelesaian untuk sektor perkhidmatan tenaga dan Pembekal Penyelesaian Tenaga Hijau. Sejak itu, TNBES memainkan peranan utama dalam mempromosikan dan membangunkan Tenaga Hijau di Malaysia. TNB Energy Services diuruskan secara bebas sebagai organisasi perniagaan dalam struktur korporat kumpulan TNB. Ia juga memainkan peranan sebagai saluran utama Tenaga Nasional dalam mempromosikan dan menyediakan penyelesaian dalam Tenaga Hijau dan Kecekapan Tenaga kepada para pelanggan.[1][3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c History of TNBES TNB Energy Services. Dicapai pada 8 Julai 2017.
  2. ^ Malaysia’s Responsive Way Forward with a More Efficient Future Energy Watch (10 Ogos 2018). Dicapai pada 11 Ogos 2018.
  3. ^ Mahanum Abdul Aziz (18 Otober 2018). TNBES teroka potensi projek lebuh raya hijau Berita Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2018.

Pautan luar sunting