TV5Monde

(Dilencongkan dari TV5MONDE)

TV5MONDE (sebelumnya dikenal sebagai TV5) ialah sebuah rangkaian televisyen sejagat, menyiarkan beberapa saluran berbahasa Perancis.[1]

Sejarah sunting

TV5 ditubuhkan Januari 1984, dan berada dibawah kepemimpinan Serge Adda sehingga November 2004; pengarah baru, dilantik pada 6 April 2005 ialah Jean-Jacques Aillagon, bekas Menteri Budaya dan Komunikasi Perancis.

Tahun 2006, TV5 mengalami perbaikan besar yang mengubah mereknya menjadi 'TV5MONDE' untuk menetapkan fokusnya sebagai rangkaian global. Juga sebahagian dari perubahan ialah jadual baru dan urutan program baru. Sejak 2001, 'TV5 Monde' menjadi sebahagian daripada nama perusahaan saluran ini. Operasi Kanada masih menggunakan jenama "TV5".

TV5MONDE merupakan rangkaian televisyen global keempat terbesar yang tersedia di seluruh dunia setelah BBC, CNN dan MTV.

Kandungan sunting

Kebanyakan kandungan rancangan diambil dari jaringan utama di dunia berbahasa Perancis, terutama France Télévisions dari Perancis, RTBF dari Belgium, TSR dari Switzerland, Radio-Canada dan TVA di Kanada. Sebagai tambahan bagi berita internasional, TV5MONDE menyiarkan filem dan muzik. Nombor "5" di namanya adalah jumlah jaringan yang mendirikannya.

Saluran sunting

Tahun 2006, lapan saluran telah diudarakan:

  • TV5MONDE FBS (Perancis, Belgium, Switzerland)
  • TV5MONDE Europe (seluruh Eropah)
  • TV5MONDE Afrique (Afrika)
  • TV5MONDE Orient (Timur Tengah)
  • TV5MONDE Asie (seluruh Asia)
  • TV5MONDE Etats-Unis (Amerika Syarikat)
  • TV5MONDE Amérique Latine – Caraïbes (Amerika Latin dan Carribean)
  • TV5 Québec Canada

TV5 Québec Canada dibuat di Montréal, tujuh saluran lainnya di Paris dibawah nama TV5MONDE.

Ketersediaan rangkaian sunting

Eropah sunting

Amerika Utara sunting

  • Di Amerika Syarikat, TV5MONDE menjadi salah satu saluran premium berbahasa asing yang diberikan oleh International Networks.
  • Di Kanada, TV5 Canada adalah versi Kanada dari TV5MONDE, memberikan jenis pemrograman yang sama, plus acara Kanada dari Télé-Québec dan TFO. Stasiun ini tidak mengudarakan acara Radio-Canada atau TVA, sementara kedua saluran telah tersedia di seluruh Kanada.
  • Di Mexico dan Amerika Latin, disediakan oleh layanan satelit SKY Latin America di Saluran 277.

Brazil sunting

Asia, Australia dan New Zealand sunting

Bebas untuk mengudara dari satelit AsiaSat 3S, mencakup sebahagian Asia dan Australasia. Triangle TV di Auckland dan Wellington menyiarkan ulang beberapa program berita. Di Singapura, Starhub CableTV menyiarkannya pada Saluran 44 untuk pengguna layanan digitalnya. Di India, Zee Network menyediakan saluran ini untuk pelanggan layanan DishTV DTH-nya.

Rujukan sunting

  1. ^ "TV5MONDE". EBU. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-12. Dicapai pada 7 June 2011.

Pautan luar sunting