TVBS ialah sebuah saluran televisyen satelit dan rangkaian televisyen kabel seluruh negara di Taiwan yang dilancarkan pada 28 September 1993. TVBS ditubuhkan oleh TVBI Company Limited (TVBI), sebuah anak syarikat Television Broadcasts Limited (TVB) di Hong Kong, dan Kumpulan ERA Taiwan, dan menjadi anak syarikat milikan penuh TVB pada awal tahun 2005.

TVBS
JenisRangkaian televisyen kabel seluruh negara
PenjenamaanTVBS
Negara
Tarikh siaran pertama
28 September 1993
KetersediaanRepublik China (Taiwan)
PemilikTVB Hong Kong
Laman sesawang
http://www.tvbs.com.tw/
TVBS
Ketersediaan
Kabel
CATV TaiwanSaluran 56
Bangunan TVBS Nangang di Bandar Raya Taipei
Logo lama TVBS

Saluran TVBSSunting

TVBS mengendali 4 saluran:

KontroversiSunting

Ketua Jabatan Penerangan Kerajaan Republik China (Taiwan) Pasuya Wen-chih Yao mendakwa TVBS mencabuli undang-undang pemilikan media Republik China yang menetapkan bahawa seorang orang di sisi undang-undang asing tidak wajar memiliki saham majoriti saluran satelit tempatan secara langsung. Pada 1 November 2005, mereka mengumumkan denda sebanyak NT$1 juta terhadap TVBS serta mengarahkan TVBS mematuhi undang-undang pemilikan dalam jangka masa yang praktikal. Selepas itu, TVBS merayu kepada Yuan Eksekutif agar mengatasi keputusan Yao. TVBS menyatakan bahawa TVB memegang milikan majoriti syarikat berkenaa melalui orang di sisi undang-undang tempatan. Yuan Eksekutif memutuskan bahawa model pemilikan TVBS adalah sah di sisi undang-undang lalu mewajibkan Jabatan Penerangan Kerajaan menarik balik denda.

Pautan luarSunting