TV AlHijrah (TVAH) merupakan stesen televisyen terestrial separa kerajaan nasional Islam 24 jam pertama di Malaysia yang dimiliki dan dikendalikan oleh AlHijrah Media Corporation, sebuah syarikat di AlHijrah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ia bersiaran dari ibu pejabatnya di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pasukan pengurusan stesen diketuai oleh Namanzee Harris sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri dan diselia oleh Lembaga Pengarah.[1]

TV AlHijrah
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Slogan
  • Segalanya Bermula Di Sini
    (2010–2013)
  • TV Kita Untuk Semua
    (2013–2016, 2019–kini)
  • Islam is First Class
    (2016–2017)
  • Rapatkan Saf
    (2017–2018)
  • Rahmatan Lil Alamin
    (2018–2021)
  • Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera
    (2021–2022)
  • Satukan Ummah Dengan Ilmu
    (2022–kini)
Ibu pejabatKompleks Islam, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
4:3 SDTV (480i)
Pemilikan
PemilikAlHijrah Media Corporation
Orang pentingJabatan Perdana Menteri Malaysia
Sejarah
Dilancarkan2010; 14 tahun yang lalu (2010)
Nama dahuluSaluran Ansar
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 114 (HD)
Satelit
Astro/NJOISaluran 114 (HD)
IPTV
Unifi TVSaluran 114 (HD)
Media penstriman
AstroAstro GO
Unifi TVunifi PlayTV
MYTVMYTV Mana Mana / Video On Demand
TV AlHijrahAlHijrah Plus

TV AlHijrah mula bersiaran 24 jam sehari pada 1 Jun 2016 sebagai penyiaran islam 24 jam yang pertama di Malaysia. Sejak 2011, TV AlHijrah ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.

Logo TV AlHijrah ini diolah daripada logo stesen penyiaran Doha dari Qatar, Al Jazeera. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Sejarah sunting

TV AlHijrah ialah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Ia merupakan salah satu agensi bertaraf syarikat yang ditadbir selia dibawah AlHijrah Media Corporation serta diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan melapor kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam). Ia merupakan stesen televisyen separa kerajaan kedua negara selepas Bernama TV.[2][3]

Setelah memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula 9 jam sehari bermula dari jam 3 petang sehingga 12 tengah malam pada Isnin hingga Khamis dan bersiaran 12 jam sehari bermula dari jam 12 tengah hari sehingga jam 12 tengah malam pada Jumaat sehingga Ahad, TV AlHijrah kemudiannya dilancarkan secara rasmi pada 1 Muharram 1432H iaitu bersamaaan 7 Disember 2010 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Abdul Razak. Acara perasmian gilang gemilang ini disiarkan secara langsung di saluran terestrial nasional TV AlHijrah.

Pada awalnya, TV AlHijrah hanya boleh ditonton di lima kawasan sahaja iaitu di Terengganu, dan Sarawak. Penambahbaikan dilakukan dan kemudiannya TV AlHijrah memasuki platform Astro bermula 1 Jun 2011. TV AlHijrah memilih saluran 114 (SD) di Astro sebagai simbolik kepada 114 surah yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran. Siarannya telah dipanjangkan bersiaran 12 jam sehari bermula dari jam 12 tengah hari hingga jam 12 tengah malam pada Isnin hingga Khamis dan bersiaran 17 jam bermula dari jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.

Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1hb Januari) 2012, TV AlHijrah telah dipanjangkan bersiaran 18 jam sehari bermula dari jam 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam pada Isnin hingga Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "TV AlHijrah Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Pada 1 Jun 2016, TV AlHijrah kini bersiaran 24 jam sehari dengan tema TV Kita Untuk Semua. Pelbagai sajian hidangan rancangan-rancangan menarik telah ditambah bagi memenuhi kehendak hati penonton setia stesen ini.[4][5]

AlHijrah Berwajah Baharu Ini membuka sebuah studio berukuran 800 meter persegi, AlHijrah Big Studio. Selain studio utama, lokasi ini turut memuatkan studio berkembar yang berkeluasan 250 meter persegi.[6] Studio ini mula beroperasi pada 1 Ogos 2016 dan ditutup pada tahun 2018 akibat kekurangan dana untuk menyewa premis tersebut.

TV AlHijrah saluran 183 (VOD) bersiaran di Unifi TV, namun platform VOD ditutup pada 30 Jun 2021, tetapi salurannya masih bersiaran.

TV AlHijrah juga bersiaran di myFreeview saluran 114 dalam format HD (definisi tinggi).

Pada 2 Ogos 2021, TV AlHijrah mula menyiarkan slot Wow Shop di bawah program WOW HIJRAH setiap Isnin hingga Khamis jam 5.00-7.30 petang manakala pada hari Jumaat jam 6.00-7.30 petang. Pada 6 Mac 2023, Slot Wow Shop di bawah program WOW HIJRAH di TV AlHijrah telah rasmi ditamatkan.

Visi dan misi sunting

 
Ibu pejabat TV AlHijrah di Kuala Lumpur.

Secara dasarnya stesen televisyen TV AlHijrah Berwajah Baharu ini ditubuhkan bagi mendokong aspirasi pihak kerajaan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama anutan menerusi penerbitan rancangan-rancangan yang berimpak tinggi, sohor kini, terkini, penarafan tinggi, mencapai serta mendidik, menyalurkan maklumat dan menghiburkan. Ini selari dengan visi TV AlHijrah Berwajah Baharu Ini iaitu menjadi peneraju penyampaian nilai-nilai Islam serta misinya untuk menerap kefahaman Islam serta menyatupadukan Ummah.

Senarai Ketua Pegawai Eksekutif sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "TV Al Hijraz to promote new medium in Islamic propagation - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2019-05-18.
  2. ^ "TV Al-Hijraz ASTRO CHANNEL 114 STARTING JUNE 1"[pautan mati kekal]. Yahoo! News Malaysia (EN)
  3. ^ "Malaysia launches new Islamic TV channel". Al Arabiya Net (EN)
  4. ^ TV AlHijrah mulakan siaran awal pagi mulai 1 Januari[pautan mati kekal]. Utusan Malaysia. 30 Disember 2011. Dicapai 27 Januari 2012.
  5. ^ TV AlHijrah tambah siaran[pautan mati kekal]. Utusan Malaysia. 4 Januari 2012. Dicapai 27 Januari 2012.
  6. ^ AlHijrah Big Studio Jenama Baharu Cyberjaya My Newshub (26 Julai 2016). Dicapai pada 14 April 2017.

Pautan luar sunting