Aurora (ilmu falak)

(Dilencongkan dari Tabir Cahaya Selatan)

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam biasanya di kawasan kutub Bumi (Artik dan Antartika). Fenomena ini disebabkan interaksi antara medan magnet (atau magnetosfera) dimiliki planet tersebut dengan cas lepasan zarah-zarah dipancar sebar dari sinaran Matahari di tahap ionosfera.[1] Tindak balas yang dihasilkan dari pertembungan tersebut sering menampakkan kerdipan, olakan dan tiraian[2] beraneka warna disebabkan pengujaan ion ke dalam zarah-zarah ini.

Aurora borealis
Aurora borealis
Aurora australis dilihat dari ISS

Pemerhatian ini di kawasan kutub utara disebutkan sebagai aurora borealis (teja utara atau cahaya utara) manakala aurora di kawasan kutub selatan pula diberi nama aurora australis (teja selatan atau cahaya selatan); kedua-dua ini dikaitkan dahulu dengan Aurora, dewi fajar kepercayaan Romawi.

Mekanisme aurora sunting

Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.

Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.

Kepercayaan sunting

Orang Māori di New Zealand percaya bahawa cahaya aurora ini datang dari obor nyalaan keturunan sebahagian nenek moyang mereka yang pernah menuju suatu "benua berair batu"[3][4] dalam pelayaran ke Lautan Selatan dinakhodakan Ui-te-Rangiora[3] ditarikhkan seawal abad ke-7.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Mustinda, Lusiana (9 Januari 2020). "5 Fakta Aurora, Fenomena Pancaran Cahaya Cantik di Langit". detikTravel. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  2. ^ Lui, A., 2019. Imaging global auroras in space. Light: Science & Applications, 8(1).
  3. ^ a b Steel, Frances; Anderson, Atholl; Ballantyne, Tony; Benjamin, Julie; Booth, Douglas; Brickell, Chris; Gilderdale, Peter; Haines, David; Liebich, Susan (2018). New Zealand and the Sea: Historical Perspectives (dalam bahasa Inggeris). Bridget Williams Books. m/s. 46. ISBN 978-0-947518-71-4.
  4. ^ Best, Elsdon (1922). The Astronomical Knowledge of the Maori, Genuine and Empirical. Wellington: Dominion Museum. m/s. 58 – melalui Victoria University of Wellington.
  5. ^ Wehi, Priscilla M.; Scott, Nigel J.; Beckwith, Jacinta; Pryor Rodgers, Rata; Gillies, Tasman; Van Uitregt, Vincent; Krushil, Watene (2021). "A short scan of Māori journeys to Antarctica". Journal of the Royal Society of New Zealand: 1–12. doi:10.1080/03036758.2021.1917633.

Pautan luar sunting