Tablet (ubat)

Ubat tablet ialah suatu bahan bentuk dos farmasi yang diambil melalui mulut (oral). Tablet mungkin ditakrifkan sebagai bentuk dos unit pepejal atau bersama-sama eksipien (bahan tak aktif). Campuran ini dihasilkan terlebih dahulu dalam bentuk serbuk, dan ditekan atau dimampatkan menjadi suatu dos pepejal.

Tablet-tablet ubat.

Tablet disediakan melalui acuan atau pemampatan. Eksipien yang digunakan termasuk pencair, pengikat, peluncur dan pelincir yang membantu dalam pemprosesan tablet. Selain itu, pengecai juga ditambah untuk memudahkan penguraian tablet dalam badan, dan pewarna untuk mencantikkan atau menyerlahkan tablet untuk memudahkan identifikasi. Suatu polimer yang melitupi tablet biasa ditambah untuk melincinkan tablet lalu memudahkan penelanan, mengawal kadar pelepasan bahan aktif, menjadikannya tahan lasak atau mencantikkan lagi tablet. Tablet ubat pada asalnya dihasilkan dalam bentuk piring, tetapi kini dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan warna bagi memudahkan pengecaman. Tablet biasanya ditekan dengan simbol, huruf dan nombor bagi tujuan pengecaman. Saiz tablet berjulat dari beberapa milimeter hingga kira-kira satu sentimeter.

Bentuk tablet termampat ialah bentuk dos paling lazim ketika ini. Kira-kira dua per tiga preskripsi ubat adalah dalam bentuk dos pepejal, dan separuh daripadanya ialah tablet termampat. Suatu tablet boleh diberi untuk menghantar satu dos tepat ke suatu tempat khusus dalam badan. Tablet lazimnya ditelan, tetapi boleh juga disalurkan secara subligual (bawah lidah), bukal (rongga mulut), melalui rektum atau faraj.

Pautan luarSunting