Tagal atau bombon ialah sistem pengurusan sumber asli tradisional yang mapan terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah, Malaysia. Ikan di sungai yang ditagal atau dibombon tidak boleh ditangkap atas persetujuan masyarakat pelaksana. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semula jadi dihadkan untuk pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut berterusan untuk generasi akan datang. Sistem tagal diurus dan dipantau oleh Jabatan Perikanan Sabah (DOF).[1] Tujuan sistem ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber ikan air tawar dan mengelakkan pencemaran sungai selain menjana pendapatan masyarakat. Sistem ini juga memberi manfaat kepada industri pelancongan di Sabah.[2] Pada tahun 2009, 240 sungai di Sabah telah ditagalkan.

Sistem tagal dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon merah, hijau dan kuning.[3]

SejarahSunting

Tagal dan bombon ialah perkataan bahasa Kadazandusun bagi jangan. Sistem ini merupakan amalan tradisi masyarakat tempatan di Sabah dan wujud sejak zaman nenek moyang mereka.[4] Pada asalnya, sistem tagal ini digunakan untuk memulihara hutan oleh masyarakat tempatan. Namun begitu, sistem ini telah diamalkan oleh masyarakat pinggir sungai sebelum sistem ini diformalkan.

Usaha membangunkan sistem ini secara formal telah bermula sejak lewat tahun 1990-an dan pernah diamalkan di Tuaran pada tahun 1987 dan 1991 di Kota Belud. Jabatan Perikanan Negeri Sabah (DOF) telah memperluaskan sistem tagal di seluruh negeri Sabah sejak tahun 2003 secara formal. Sistem ini dikawal di bawah peraturan kampung pelaksana yang kemudiannya di bawah Undang-undang adat dan Enakmen Perikanan Darat dan Akuakultur 2003. Pesalah sistem ini boleh dikenakan sogit atau denda atau dipenjara sehingga dua tahun. Sogit dikenakan sebanyak seekor kerbau bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua, pesalah akan dirujuk ke Mahkamah Anak Negeri.[5]

KesanSunting

Sistem tagal ini telah memberi impak kepada masyarakat pelaksana dari segi alam sekitar, ekonomi, sosial dan pelancongan.

Senarai sungai tagalSunting

  • Sungai Apin-Apin, Keningau[6]
  • Sungai Moroli, Ranau[7]

RujukanSunting

  1. ^ Sintian, Minah. "Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Kadazandusun dalam Pemeliharaan Alam Sekitar". Persidangan Intelektual Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  2. ^ F. Michael, Jurry Foo @ Jurry (2011). "Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti". Malaysia Journal of Society and Space. 7 (1). ISSN 2180-2491. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  3. ^ Wong, Jephrin Zefrinus (2009). "Towards Sustainable Community-based Fishery Resources Management: The Tagal System of Sabah, Malaysia" (PDF). Fish for the People (dalam bahasa Inggeris). 7 (2). Dicapai pada 15 Mac 2020.
  4. ^ Lee, Stephanie (15 Februari 2016). "Tagal system – a tourism catch" [Sistem tagal – penarik pelancongan]. TheStar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2020.
  5. ^ Bungga, Fardy (20 Ogos 2018). "Pesta menuai ikan Tagal dinanti-nantikan musim kemarau". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  6. ^ "Perluas tagal sungai beri manfaat kepada masyarakat". 19 Februari 2019. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  7. ^ "'tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti – Fish Massage". sabahtourism.com. Lembaga Pelancongan Sabah. 12 Februari 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.