Tahapan (Tabungan Hari Depan, Simpanan Hari Hadapan) BCA ialah nama sistem akaun simpanan yang diuruskan oleh Bank Central Asia daripada Indonesia. Mula-mula, akaun simpanan ini diperkenalkan di Indonesia pada bulan Mac 1989, ia dianjurkan bersama-sama oleh empat syarikat perbankan di Indonesia, iaitu Bank Central Asia, Lippobank (kini bergabung dengan Bank Niaga menjadi CIMB Niaga), Bank Bhumy Bahari, dan Bank Umum Asia.

Tahapan BCA
Jenis produkAkaun Simpanan
PemilikBank Central Asia
Negara asalIndonesia
DiperkenalkanMac 1989
PasaranIndonesia
Pemilik sebelumnyaLippobank
Bank Bhumy Bahari
Bank Umum Asia
DutaVina Panduwinata (2004)
Laman sesawanghttps://www.bca.co.id/id/Individu/produk/simpanan/Tahapan

Baki sunting

  1. Baki Minima : Rp 500,000 (RM149,92)
  2. Baki Seterusnya : Rp 50,000 (RM14,99)[1]

Kemudahan sunting

  1. Kad "Paspor BCA" - "ATM BCA", "Debit BCA", "Tunai BCA". Perkhidmatan "ATM BCA" diperkenalkan pada tahun 1988 dengan nama "BCA Cash", rangkaian perkhidmatan ini dikembangkan oleh P.T. Rintis Sejahtera pada tahun 1991. Kini, telah ditambahkan Mesin Deposit Tunai (CDM).
  2. "KlikBCA[2]" - Perkhidmatan perbankan internet BCA, ia mula dilancarkan pada tahun 2000. Perbankan internet memerlukan token, terutamanya kerana perkhidmatan ini pernah digodam oleh sindiket tidak bertanggungjawab pada tahun 2001.[3]
  3. "m-BCA" - Perkhidmatan perbankan elektronik BCA menerusi telefon bimbit
  4. "BCA Mobile" - Sebuah aplikasi yang menggabungkan tiga ciri produk perkhidmatan perbankan elektronik BCA, iaitu "KlikBCA", "m-BCA", dan "Halo BCA." "Halo BCA" ialah perkhidmatan perbankan telefon BCA melalui nombor 1500888.

Ciri-ciri istimewa sunting

Tahapan BCA ialah produk simpanan yang unik kerana ia menawarkan hadiah bagi sesiapa pelanggan. Semenjak diperkenalkan pada tahun 1989, Tahapan BCA dikenali pelanggan Indonesia kerana kerap menganjurkan peraduan-peraduan hadiah berupa kenderaan seperti kereta dan motosikal serta peranti elektronik. Oleh kerana itu, pada tahun 2007, Muzium Rekod Indonesia (MURI) menganugerahkan Rekod Indonesia kepada Tahapan BCA sebagai "bank yang menganjurkan peraduan hadiah terpanjang." Dalam rekod berkenaan, produk simpanan Tahapan BCA memberikan hadiah sejak tahun 1989 sehingga tahun 2007 (Alyawati Sarwono, 2009 : 7).[4] Cabutan hadiah menerusi televisyen, menerusi rancangan muzik "Gebyar BCA" yang bersiaran di Indosiar (Mei 1997 - 2013), seterusnya rancangan ini bersiaran di NET TV pada tahun 2014.

Rujukan sunting

  1. ^ money.kompas.com/read/2021/12/11/151928626/saldo-minimum-tabungan-bca-tahapan-bca-tahapan-xpresi-tapres-bca?page=all
  2. ^ www.klikbca.com
  3. ^ [1]
  4. ^ Sarwono, Aylawati (2009). Rekor-rekor Muri (ed. digambarkan). Elex Media Komputindo. m/s. 4. ISBN 9792741801, 9789792741803.

Pautan luar sunting

www.bca.co.id/id/Individu/produk/simpanan/Tahapan