Jatt

Penyanyi lelaki Singapura
(Dilencongkan dari Tahir bin Ali)

Tahir Ali atau lebih dikenali sebagai Jatt (lahir 14 Januari 1956) ialah seorang penyanyi lelaki Singapura. Beliau terkenal sebagai vokalis utama kumpulan Black Dog Bone. Beliau menjadi salah seorang peserta dalam program realiti Astro, Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019.[1][2]

Jatt
Kelahiran
Tahir bin Ali

(1956-01-14) 14 Januari 1956 (umur 68)
PasanganSharifah Shahirah (k. 1993; c. 1999)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal, dram
Tahun aktif1973–kini
Pengkarya berkait
Black Dog Bone

Kerjaya muzik sunting

Black Dog Bone sunting

Jatt ialah vokalis dan pemain dram kumpulan Black Dog Bone yang turut dianggotai oleh Izzar (vokalis, gitaris dan ketua kumpulan), Masron Ali (trumpet, seruling, trombon), Hamid Ahmad (bes), James Chai (tenor, seruling, trombon), dan Michael Heng (keyboard). Kumpulan ini asalnya ialah pemuzik pengiring untuk penyanyi dari beberapa negara Asia. Sepanjang tempoh itu, kumpulan ini telah merakamkan sebanyak 7 album. Black Dog Bone dibubarkan pada 1981 sebelum kembali aktif seketika sehingga 1990-an.[3] Kumpulan ini meraikan ulang tahun ke-45 dengan mengadakan konsert di Singapura pada 2018.[4][5]

Gegar Vaganza (Musim 6) sunting

Pada tahun 2019, Jatt Ali telah menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau ialah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut. Berikut ialah persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Cahaya Aidilfitri & Khayalan" Black Dog Bone Tempat Pertama
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Dulu & Sekarang" Black Dog Bone Ke-11
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Awallah Dondang" Noraniza Idris Ke-2
Minggu 4 Haa... Tepuk "Debunga Wangi" (duet Ayai Illusi) Lefthanded Tempat Pertama
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Benci Bilang Cinta" Radja Ke-2
Minggu 6 Melets (Meletop) "Still Loving You" Scorpions Ke-3
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Sumpah" Naim Daniel Ke-5
Minggu 8 Reset "Sejuta Wajah" Sweet Charity Ke-2
Minggu 9 (Suku akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman Ke-4
Minggu 10 (Separuh akhir) Fabulous "Zakia" Ahmad Albar Ke-2
"Kumiliki Bayangmu" (duet bersama Zur Eda) Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim
Minggu 11 (Akhir) Peluang Terakhir "Without You" Harry Nillson Tempat ketiga
"Angguk-angguk Geleng-geleng" (Battle bersama Sham Visa) Ahli Fiqir

Kehidupan peribadi sunting

Jatt pernah berkahwin dengan pelakon dan pelawak Sharifah Shahirah dari 1993 hingga 1999 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Allisya. Jatt selepas itu mendirikan rumahtangga bersama wanita Singapura bernama Norimah Zaini. Kini beliau bermastautin di negeri Johor bersama isterinya dan 7 kucing kesayangannya. [6] Beliau juga pernah aktif menyanyi di kelab malam.

Diskografi sunting

Black Dog Bone

Rujukan sunting

  1. ^ Rudy Imran Shamsudin (4 Oktober 2019). Bimbang pujian: Jatt Harian Metro. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  2. ^ Mungkinkah Jatt Black Dog Bone, Deja Moss dan Sham Visa peserta Gegar Vaganza ke-6? Astro Awani (19 September 2019). Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  3. ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Oktober 2019). Jatt tak pernah anggap diri legenda Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  4. ^ Dennis Chua (25 September 2019). #Showbiz: 'There's more than dimpled beauties and sad Raya songs this time' - Jatt New Straits Times. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  5. ^ Black Dog Bone buat konsert ulang tahun ke-45 pada 6 November ini Berita Mediacorp (16 Oktober 2018). Dicapai pada 28 Oktober 2018.
  6. ^ Rudy Imran Shamsudin (25 September 2019). Jatt menangis dengar anak boleh menyanyiHarian Metro. Dicapai pada 26 Oktober 2019.

Pautan luar sunting