Tahu Sama Tahu (filem)

filem Indonesia

Tahu Sama Tahu adalah merupakan sebuah filem dari Indonesia yang diarahakan oleh pengarah Jopi Burnama yang telah diterbitkan pada tahun 1986. Filem ini dibintangi oleh Ray Sahetapy, Ida Iasha, Zainal Abidin, Eva Arnaz, Anna Tairas, Doyok Sudarmaji, Nani Wijaya dan ramai lagi.

Tahu Sama Tahu
PengarahJopi Burnama
PenulisUmar Kayam
Dihasilkan olehDhamoo Punjabi
Gobind Punjabi
Raam Punjabi
DibintangiRay Sahetapy
Ida Iasha
Zainal Abidin
Eva Arnaz
Anna Tairas
Vasuki Zaelani
Marlena Erlina
Asmuni
Nani Wijaya
Doyok Sudarmadji
Herman Ngantuk
Diedarkan olehMultivision Plus
Masa tayangan
95 minit
NegaraIndonesia
BahasaBahasa Indonesia

Sinopsis sunting

Harry (Ray Sahetapy) telah diterima bekerja di syarikat Sungkowo (Zainal Abidin) berkat dengan bantuan bapa saudaranya dan rakan sekolahnya, Tina (Eva Arnaz), Emerdan dan Anna (Anna Tairas). Kerana Sungkowo adalah orang yang konservatif, suka orang yang berkumis dan sangat menekankan disiplin, Harry kemudian menyamar menjadi sebagai orang yang sama seperti Sungkowo inginkan. Penyamarannya terbongkar ketika Sungkowo melihat dia menari disebuah kelab malam. Oleh disebabkan itu, untuk menutup rahsia penyamarannya daripada terbongkar, Harry kemudian mengaku bahawa yang dilihat Sungkowo itu adalah adik kembarnya, Herman. Harry kemudian mengatakan bahawa Herman pandai bermain piano. Sungkowo yang berminat ingin mengetahui tentang Herman akhirnya bertemu Herman yang kemudiannya menjadi guru piano kepada anak gadisnya, Indah Sari (Ida Iasha). Herman dan Indah akhirnya saling jatuh cinta.

Pelakon sunting

Rujukan sunting