Tahukah anda? (rancangan televisyen)

Rencana ini merujuk kepada sebuah rancangan televisyen di Astro Ceria. Bagi ruangan di Wikipedia, sila rujuk Wikipedia:Tahukah anda.

Program Tahukah anda? merupakan rancangan yang telah lama bertapak di saluran Astro Ceria, sejak saluran ini dilancarkan pada 31 Ogos 2006 yang lalu.Ia bertujuan supaya penonton mengetahui sesuatu yang baru dan tidak pernah terfikir pun sebelum ini.

Fail tahukah anda sunting

Fakta umum sunting

  • Otot manusia yang paling kuat adalah lidah mereka.
  • Anda mempunyai tarikh lahir yang sama dengan lebih kurang 9 juta orang di seluruh dunia.
  • Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Muhammad.
  • Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 bunyi,manakala anjing hanya boleh mengeluarkan 10.
  • Jaket kalis peluru, pengilap cermin kereta dan mesin pencetak laser semuanya dicipta oleh wanita.
  • Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25 meter berdiri di dalamnya.
  • Sekitar tahun 1000 SM, kebanyakan masyarakat Mesir kuno hidup hingga berumur 30 tahun sahaja.
  • Zirafah mempunyai lidah sepanjang 21 inci, yang membolehkannya membersihkan telinga tanpa perlu bersusah-payah.
  • Asalnya air minuman Coca-Cola berwarna hijau.
  • Gelang getah akan menjadi lebih tahan kalau disimpan di dalam peti sejuk.

Fakta angkasa sunting

  • Planet Zuhrah berputar pada arah yang berbeza dengan planet-planet lain.
  • Perjalanan dari permukaan bumi ke angkasa lepas adalah kira-kira 80 km.
  • Ada lebih banyak bintang di angkasa berbanding dengan butiran pasir di permukaan bumi.
  • Bintang yang paling panas berwarna biru,manakala bintang yang paling sejuk berwarna merah.
  • Berat badan anda akan direkodkan berkurangan sebanyak 62% jika anda menimbang berat badan anda di atas permukaan Marikh.
  • Planet Pluto merupakan planet yang paling jauh dari bumi dan juga planet yang paling kecil.
  • 1 hari di Pluto adalah bersamaan dengan 1 minggu di bumi.
  • Suhu di permukaan matahari ialah 6000 darjah celcius,manakala di dalamnya, ia meningkat sebanyak 12,000,000 darjah celcius.
  • Dua objek besar dari angkasa telah jatuh ke bumi pada tahun 1908 dan 1947 yang kesannya boleh memusnahkan seluruh kota bersama penghuninya.Tapi syukurlah, kedua-dua objek itu jatuh di Siberia, Rusia,sebuah kawasan yang tidak dihuni oleh seorang manusia pun.

Fakta Maulidur Rasul sunting

  • Maulidur Rasul disambut pada 12 Rabiulawal,merupakan Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
  • Di Tanah Arab,sewaktu bulan Rabiulawal,pokok buah-buahan akan berbunga dan seterusnya berbuah.

Fakta bulan Ramadhan sunting

  • Hari pertama bulan Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.
  • Al-Quran telah diturunkan pada bulan Ramadhan.
  • Ramadhan telah diwajibkan untuk semua umat Islam pada tahun 623 Masihi.
  • Kalendar Islam adalah berdasarkan pergerakan bulan.
  • Setiap tahun,bulan Ramadhan bermula kira-kira 10 hari lebih awal daripada tahun sebelumnya.
  • Makan dan minum kerana terlupa adalah tidak membatalkan puasa.
  • Salah satu sunat puasa ialah berbuka dengan buah kurma atau makanan yang manis.
  • kalau kamu mahu tahu, melayu sebenar orang dusun sabah. mreka yang bhijrah ke funan

Fakta-fakta lain sunting

  • April Fool adalah nama rahsia untuk pengintip dan ejen bermuka dua yang dikatakan memainkan peranan penting dalam kejatuhan diktator Iraq, Saddam Hussein.Menurut Jeneral Tommy Franks, panglima tentera Amerika Syarikat dalam perang Iraq 2003, April Fool adalah seorang pegawai Amerika dan bekerja sebagai diplomat dan pada masa sama ejen sulit telah dihampiri oleh ejen risikan Iraq. April Fool kemudian menjual maklumat palsu kepada Iraq kononnya rancangan pencerobohan tentera Amerika. Maklumat palsu ini memberi petunjuk yang salah kepada tentera Iraq yang melemahkan pertahanan mereka dalam menghadapi pencerobohan tentera Amerika Syarikat.Baghdad jatuh ke tangan tentera Amerika Syarikat beberapa minggu kemudian yang juga menyaksikan kejatuhan rejim Saddam Hussein.
  • Pada 1 April 2005, laman web Malaysiakini menyiarkan berita mengenai tiga menteri Kabinet dan seorang Menteri Besar akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Empat pemimpin itu dikatakan sebahagian daripada 18 kes rasuah melibatkan orang kenamaan yang disiasat oleh Jabatan Peguam Negara.Laporan itu dikeluarkan pada pukul 10.18 pagi tetapi disusuli tiga minit kemudian dengan satu penjelasan bahawa ia hanyalah satu jenaka yang menyebabkan kemarahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.Malaysiakini memberi penjelasan yang disiarkan pada pukul 5.20 petang yang sama, dengan memaklumkan bahawa laporan itu dibuat untuk mencetuskan perbincangan di kalangan masyakat tentang isu rasuah. Ia juga mahu menarik perhatian masyarakat kepada apa yang disifatkannya sebagai "belum lagi dilakukan" oleh kerajaan untuk melawan jenayah itu.
  • Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 meter.
  • Seluruh kota Reykjavik, ibu negara Iceland, dihangatkan oleh haba air panas bawah tanah.Reykjavik juga merupakan salah sebuah bandar terbersih di dunia.
  • Menurut sebuah kajian yang pernah dibuat,rambut orang-orang bijak didapati lebih banyak unsur zink dan tembaga berbanding orang yang kurang bijak.
  • Askar di semua negara memberi tabik dengan tangan kanan.
  • Secara purata, kita ketawa 15 kali dalam sehari. Orang yang tidak ketawa adalah orang yang tidak normal.Betulkah begitu?
  • Seorang pengembara British bernama Martin Frobisher mencetuskan demam emas di England pada 1578 apabila membawa pulang 200 tan emas yang berkilat-kilat dari Pulau Baffin. Persiapan serta-merta dibuat untuk mendapatkan lebih banyak emas itu. Namun, setelah diperiksa dengan teliti, logam yang disangkakan emas itu sebenarnya adalah besi kuning! besi itu kemudiannya dilebur untuk membaik pulih jalan raya!
  • Sebelum Sepanyol menakluk Amerika Selatan, orang-orang Inca tidak mempunyai bekalan besi. Untuk itu, mereka menggunakan emas bagi membuat paku, sudu, garpu, sikat dan pelentik bulu mata.
  • Dr. Samuel Johnson, penulis terkenal Inggeris minum 40 cawan teh sehari.
  • pernahkah mata anda terkedip-kedip tiba-tiba? Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana mata anda ingin tertutup selama sejam pada hari-hari tertentu.

Banyak lagi fakta menarik yang bakal diselitkan di sini untuk tatapan semua.Jadi,sila tunggu!

Pautan luar sunting

http://www.astro.com.my/astroceria