Tahun Melawat Indonesia 2010

Tahun Melawat Indonesia 2010 disasarkan oleh pemerintah Indonesia bagi menarik kedatangan pelancong asing ke negara itu. Pada 2009, seramai 6.4 juta pelancong asing telah berkunjung ke Indonesia terutama membeli-belah di Bandung dan bermain golf. Selain itu, 40 % pendapatan disumbangkan oleh aktiviti mesyuarat antarabangsa , insentif, persidangan dan pameran (Mice) yang telah diadakan di pulau Bali,Jakarta dan lain-lain. Pelancong asing dijangka datang ke indonesia pada 2010 seramai 7 juta orang. Sementara pelancong domestik seramai 230 juta orang dan menyumbang pendapatan sebanyak AS$13 bilion.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia ialah Jero Wacik . Ketua Pengarah Pemasaran Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia ialah Sapta Nirwandar.1.3 trilion rupiah atau AS$130 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai program pelancongan bagi mencapai sasaran pelancong.

Negara sasaran sunting

Pada 2009, seramai 1 juta pelancong dari Malaysia. Ini diikuti oleh pelancong dari Australia (600,000) dan China (400,000).

Masalah pelancongan sunting

Indonesia pernah berhadapan dengan pengeboman di kedutaan Australia pada 2004, pengeboman bom di Bali pada 2005 serta gempa bumi di Yogyakarta pada 2006.[1]

Rujukan sunting