Tahun baru 2010 disambut di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Pelbagai acara diadakan seperti detik 12.00 malam, konsert , bunga api, air pancut dan lain-lain. Detik 12.00 31 Disember 2009 dan beralih ke 1 Januari 2010 disambut meriah dengan nyanyian lagi Negaraku.

CuacaSunting

Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur meramalkan Kuala Lumpur akan mengalami ribut petir pada sebelah petang dan mendung di sebelah malam 31 Disember 2009 .

Paling menarik, tahun baru disertai gerhana bulan pada 1 Januari 2010. Gerhana bulan separa berlaku pada hari Jumaat , 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Masjid Negara akan mengadakan solat sunat khusuf sebagaimana seruan Nabi Muhammad.Agensi Angkasa Negara turut memberi penerangan tentang fenomena ciptaan Tuhan ini.[1]


PersembahanSunting

Konsert 'Ambang 2010 Kuala Lumpur' anjuran kumpulan AmBank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di adakan di Dataran Merdeka. Kumpulan Hujan ,Bunkface ,Amy Search akan turut serta.Juruteknik DBKL Hendra Hizad Abd Hamid menjangkakan 20,000 pengunjung hadir.Pertunjukan bunga api tepat pukul 12 tengah malam di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Pertunjukan air pancut dan cahaya akan diadakan di pintu utama Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Jalan Sultan Ismail diadakan 'Street Party Countdown 2010 Celebration' berhampiran Jalan Bukit Bintang berdepan Plaza Sungei Wang.Persembahan budaya oleh Street Diabolo, pertunjukan kasut roda oleh kumpulan Soul Skater dan persembahan artis-artis Cina Malaysia, Hong Kong dan Taiwan seperti Andrew Tan, Suki, Thomas Jack, Judy Chow, Stanley Yu, Rynn Lim, Bosco Wong dan Peter Pan.Dijangkakan 50,000 orang dari segenap lapisan umur akan hadir di Bukit bintang.[2]

Program Sambutan Ambang Tahun Baru 2010 turut diadakan di City Walk, i-City Seksyen 7 Shah Alam. Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan perkhidmatan bas dari Dataran Shah Alam ke i-City disediakan. Persembahan dari Kumpulan Six Sense, Aris Ariwatan, Nadia AF4, Muadz, persembahan kebudayaan dan kesenian, deklamasi sajak dan puisi, ekspo dan jualan serta persembahan gendang pelbagai bangsa. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama warga Selangor menunggu detik 12 tengah malam.[3]

Terjunan BASE oleh 10 penerjun tempatan dapat disaksikan dari Pelantar Terbuka, Menara Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 dan 1 Januari 2010. Mereka akan terjun pada ketinggian 300 meter. Bayaran RM50 dan Rm80 dikenakan kepada pengunjung Menara Kuala Lumpur.[4]

PengangkutanSunting

Kereta yang menyebabkan kesesakan lau-lintas akan ditunda ke balai polis. Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor menyatakan kereta di diparkir di bahu jalan akan ditunda. Kereta hendaklah diparkir di Kompleks Daya Bumi, Masjid Negara, Parking Tang Ling, Padang Merbok dan Bukit Aman.Motosikal di kaki lima Jalan Sultan Salahuddin di hadapan Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Pengunjung Kuala Lumpur City Centre dan Bukit Bintang boleh parkir kereta di Pusat Beli-belah Suria KLCC dan Pavilion di Bukit Bintang.Operasi cegah lumba haram dan samseng jalan raya turut diadakan oleh polis bandaraya. Penggunaan penyembur putih untuk menyembur pada kenderaan atau pengunjung lain boleh mencetuskan pergaduhan. Seramai 230 anggota polis trafik akan bertugas. [5]

RujukanSunting