Taif (Arab: الطائف, aṭ-Ṭā’if) terletak di wilayah Makkah, pergunungan Al-Sarawat Arab Saudi, bekas wilayah Hijaz, Arab Saudi. Memandu dari Jeddah mengambil masa 2 jam, dari Makkah 60km jaraknya.

Latar langit Taif
Sebuah masjid di Taif

Oleh kerana terletak ketinggian 1,879 m (6,160 kaki), kawasan ini selalu dituruni hujan, bandar ini mempunyai iklim yang dingin sepanjang tahun dengan musim panas yang ringan (80-90F darjah) dan musim sejuk yang sejuk (40F, pakaian hangat diperlukan).

Sirah Nabi Muhammad s.a.w. sunting

 
Taif terletak di barat daya Arab Saudi

Dakwah Nabi ke Taif sunting

Pada tahun ke-10 kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Zaid ibn Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya.

Sesampainya di Taif, Nabi bertemu dengan tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif. Salah seorang dari mereka tidak mahu campur urusan dakwah ini. Dia mengatakan, "jika engkau pendusta, aku tidak mahu layan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat". Dua orang lagi berhujah dengan Nabi. Mereka yang memang dari awal menolak dakwah ini terus menghina-hina dan memperbodohkan Nabi yang mulia ini. Akhirnya mereka berdua menghalau Nabi. "Keluar kamu dari negeri kami ini".

Mereka mengheret Nabi keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda.

Zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Nabi yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketika menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua. Setelah jauh, Nabi bersandar di satu batu, baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi.

Darah mengalir dari badan Nabi. Ketika itu Nabi mengangkat tangan dan berdoa mengadu keadaanya pada Allah.

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Kembali ke Makah sunting

Dalam perjalanan kembali ke Makkah, Nabi singgah di Wadi Nakhlah, di mana sekumpulan jin mendengar baginda mengaji Qur'an.[1]

Terkabulnya doa sunting

Pada 630 M, baginda kembali ke Taif dan mengepung kota itu. Bagaimanapun baginda gagal menawan kota itu sebelum tibanya bulan haram (bulan diharamkan berperang). Akan tetapi pada tahun berikutnya, wakil Bani Thaqif tiba di Makkah untuk merundingkan pemelukan Islam penduduk kota itu.[2][3]

Rujukan sunting

  1. ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Calling unto Islam beyond Makkah". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 136–140.
  2. ^ Hisham Ibn Al-Kalbi - The Book of Idols.
  3. ^ Ibn Ishaq - Sīratu Rasūlu l-LāhHawting.