Tajuddin Abdul Rahman

ahli politik Malaysia

Dato' Sri Haji (Jawi: تاج الدين بن عبدالرحمن; lahir 14 Januari 1948) ialah seorang ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak mewakili Barisan Nasional. Beliau telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia berkuat kuasa Jun 2022[1]. Beliau pernah menjadi Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad selama setahun dari 11 Mei 2020 hingga 26 Mei 2021[2].

Yang Berhormat Dato' Sri Haji

Tajuddin Abdul Rahman

SSAP (Pahang); DPMP (Perak); DMSM (Melaka); KMN; AMP, JP (Perak)
تاج الدين عبدالرحمن
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pasir Salak, Perak
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Ramli Ngah Talib
Digantikan olehJamaludin Yahya
Majoriti7,712 (2018), 7,386 (2013), 2,688 (2008)
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia
Dalam jawatan
21 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
TimbalanMohd Khairuddin Aman Razali
Didahului olehShahidan Kassim (PNMPC)
Pengerusi
Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad
Dalam jawatan
12 Mei 2020 – 26 Mei 2021
MenteriTengku Zafrul Aziz
PresidenNorlia Noah (Pemangku)
Ketua Pegawai EksekutifNorlia Noah (Pemangku)
Didahului olehZaharah Ibrahim
Digantikan olehJamaludin Ibrahim
Timbalan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani I
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Berkhidmat dengan Anthony Nogeh Gumbek
RajaTuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehMohd Johari Baharom
Chua Tee Yong
Digantikan olehSim Tze Tzin
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Kampong Gajah
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Ainon Khariyah Mohd Abas
Digantikan oleh Wan Noorashikin Wan Nordin
Butiran peribadi
Lahir17 Januari 1948
Kampung Gajah, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PasanganDatin Sri Rohkiah Abd. Samat
KediamanBukit Damansara
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli Politik

Latar belakang sunting

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan. Kemudian, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Kerjaya politik sunting

Tajuddin berkecimpung dalam politik sejak awal 1980-an lagi di sekitar Pekan Rabu, Chenderong Balai, Kampung Gajah, Pasir Salak dan Teluk Intan. Beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982-1988) and sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dari 1986-1988.

Pada 1988, setelah UMNO Baru ditubuhkan, beliau dilarang menyertai UMNO semula kerana dituduh menyertai parti serpihan UMNO, Semangat 46. Walau bagaimanapun, pada 1990, beliau diterima semula sebagai ahli UMNO setelah tuduhan tersebut disahkan tidak berasas.

Namun begitu, beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 1995 kerana terlibat dalam suatu skandal politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan sebagai ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kuat menyokong Ramli. Pada 1998, beliau diterima semula sebagai ahli UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000.[3]

Dalam politik UMNO Pasir Salak, beliau bergabung dengan Datuk Megat Junid Megat Ayob menentang Tan Sri Ramli Ngah Talib.[4]

Dalam pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau mengalahkan calon PAS, Ustaz Mustafa Shaari bagi kerusi (DUN) Kampung Gajah, Perak. Dalam perhimpunan UMNO pada September 2004, beliau dipilih oleh UMNO Perak untuk membahaskan usul ekonomi.

Dalam pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub bagi kerusi parlimen Pasir Salak. Beliau menang dengan majoriti sebanyak 2,688 undi; beliau memperolehi 16,928 undi berbanding lawannya yang memperolehi 14,240 undi.

Sebagai Pengerusi GLC sunting

Pada 22 September 2008, Tajuddin telah dilantik menjadi pengerusi FELCRA, sebuah syarikat terkait kerajaan (GLC) yang ditubuhkan untuk memulihkan tanah terbiar seperti di sepanjang Sungai Perak dan di seluruh negara. Tanah terbiar ini hasil daripada kebun kecil getah tua yang tidak lagi ekonomikal dan diganti dengan kelapa sawit. Sementara tanah baru ditanam dengan padi dan koko secara sistematik seperti Seberang Perak, Perak. Sebelum ini, pengerusi Felcra ialah Datuk Nasarudin Hashim.[5] Beliau juga telah mengasaskan TAJ Kolej yang beroperasi di Felda Trolak, Behrang, Perak.

Pada 7 Mei 2020, beliau dilantik sebagai pengerusi GLC pengangkutan awam, Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatannya. Pada 26 Mei 2021, beliau telah ditamatkan perkhidmatan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul berkuatkuasa serta merta susulan kontroversi bawaannya ketika sebuah kemalangan kereta api LRT pada waktu itu (maklumat lanjut di bawah).[6]

Kontroversi sunting

Saman terhadap Azmin Ali sunting

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Tajuddin Abdul Rahman berikrar akan menyaman Azmin Ali dari PKR jika terus mensabitkan beliau dengan kontroversi 'six million dollar man' untuk tujuan mendapatkan jawatan ketua bahagian UMNO. Beliau juga mendakwa dipecat dari UMNO oleh Anwar Ibrahim ketika itu kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.[7]

Dakwaan dibenci kaum India sunting

Pada 5 November 2008, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membuat dakwaan yang bahawa Tajuddin "dibenci oleh kaum India di Pasir Salak". Ini menyebabkan Tajuddin kemudiannya memaki ahli parlimen itu.[8] Tajuddin Abdul Rahman turut mencabar M. Kulasegaran untuk 'selesaikan (isu ini) di luar Dewan Rakyat'. Bagaimanapun, kedua-dua mereka menarik kembali perkataan tersebut.[perlu rujukan]

Lempang cina sunting

Pada 1 Oktober 2015, Tajuddin memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.[9]

Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.
Nak kena lempang macam itu.[9]

Bekas Presiden MCA Ling Liong Sik menyifatkan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina yang dibuat Tajuddin sebagai "kurang ajar".[10]

Itu ucapan kurang ajar. Saya tak pernah bermimpi atau terfikir untuk lempang orang Melayu.
Itu salah, hendak cakap pun salah, inikan pula hendak lakukan. Ini kurang ajar.[10]

Penggunaan istilah "Kok" sunting

Pada 21 November 2016, Tajuddin menghadapi kritikan ketika menyebut frasa "The only woman with a 'Kok' is in Seputeh" (Kok di sini merujuk kepada slanga lucah Inggeris; merujuk kepada zakar) yang merujuk kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh).[11] Walau bagaimanapun, beliau dipertahankan oleh Timbalan Speaker Ronald Kiandee, yang menolaknya sebagai rujukan kepada namanya, dan bukannya sebagai makian. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula terlibat dalam hujah hangat dengan Tajuddin mengenai kenyataannya yang tidak sopan. Dalam insiden itu, Khalid Samad menggelar beliau sebagai "sial" dan "menteri sial" beberapa kali kepada Tajuddin dan kemudian dibalas dengan "kepala hotak kau" dan "kasar" sebanyak beberapa kali kepada Khalid.[12]

Pada 24 November, sekumpulan penyokong Tajuddin dari Pasir Salak termasuk anak-anaknya memasuki kawasan terhad Parlimen Malaysia untuk menghina dan menyerang Khalid, yang tidak cedera kerana dia dilindungi oleh pengawal keselamatan. Sekumpulan penyokong Tajuddin menyebut perkataan jahat seperti makian lazim, "pukimak". Menurut Khalid, semasa taklimat ringkas, para pengawal tersebut menerima pukulan yang bertujuan untuk demi sendiri. Insiden Khalid diserang di Parlimen ada dirakam seperti dalam video ini. Dengan itu, pada April 2017, lapan perusuh terlibat termasuk anak lelaki Tajuddin, Firdaus Tajuddin didakwa dan dihukum berdasarkan Kanun Keseksaan, tetapi hanya dikenakan denda maksimum RM100 oleh pihak mahkamah.[13][14][15][16]

Reaksi dalam kemalangan LRT 2021 sunting

Tajuddin menerima kritikan keras ketika tragedi pertembungan dua buah kereta api di laluan LRT Kelana Jaya pada Mei 2021 yang menyaksikan lebih 200 orang penumpang tercedera susulan reaksinya yang tidak memuaskan selaku ketua syarikat Prasarana. Pada awalnya, Tajuddin dikritik kerana tidak turun padang pada momen kejadian itu. Tajuddin menjelaskan bahawa dirinya sedang berada dalam pertemuan bersama dengan pihak sebuah syarikat pada masa itu serta bersiap sedia untuk memperoleh dos kedua vaksin COVID-19-nya yang dijadualkan pada keesokan hari, dan lewat menerima berita tentang kejadian itu.[17] Seterusnya, sidang medianya pada pagi 25 Mei menambahkan lagi kutukan terhadapnya kerana tidak memperlihatkan keseriusan terhadap kemalangan itu. Sidang itu dicemari dengan jenaka tidak wajar terhadap kemalangan,[18] komen berbaur xenofobia/anti-Cina oleh Tajuddin dan perbuatannya yang tidak memakai pelitup muka (sebaliknya memakai pelindung muka lutsinar) dalam situasi pandemik COVID-19 negara sehingga dijadikan kes oleh pihak polis.[19][20][21]

Masalah ini mendorong tekanan oleh pelbagai lapisan masyarakat agar Tajuddin segera meletak jawatan sebagai ketua eksekutif Prasarana, tetapi Tajuddin menyatakan hasrat untuk kekal dengan jawatan itu.[18][22] Menjelang hujung hari itu, Tajuddin disahkan dipecat daripada jawatan itu oleh badan kerajaan pengawal Prasarana (Kementerian Kewangan) susulan isu ini.[6]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Perak: N49 Kampong Gajah[23][24][25]
Tahun Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2004 Tajuddin Abdul Rahman (UMNO) 10,352 64.21% Mustafa Shaari (PAS) 5,335 33.09% 16,123 5,137 73.19%
Dewan Rakyat: P73 Pasir Salak, Perak[26][24][25][27]
Tahun Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2008 Tajuddin Abdul Rahman (UMNO) 16,928 52.70% Mustaffa Kamil Ayub (PKR) 14,240 44.34% 32,119 2,688 75.20%
2013 Tajuddin Abdul Rahman (UMNO) 24,875 57.14% Mustaffa Kamil Ayub (PKR) 17,489 40.17% 43,533 7,386 84.50%
2018 Tajuddin Abdul Rahman (UMNO) 20,003 46.04% Salihuddin Radin Sumadi (PPBM) 12,291 28.29% 44,508 7,712 81.41%
Zafarulazhan Zan (PAS) 11,151 25.67%

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hasimi Muhamad (Julai 2, 2022). "Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri". Astro Awani. Dicapai pada Julai 2, 2022.
  2. ^ Mahanum Abdul Aziz (Mei 26, 2021). "Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan". BH. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  3. ^ Datuk Tajuddin Abdul Rahman
  4. ^ Ledakan Kebangkitan Rakyat Di Pasir Salak Cemaskan Tajuddin Abd Rahman?
  5. ^ Pengerusi baru Felcra azam tingkat pendapatan peserta
  6. ^ a b Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan
  7. ^ Siapa makan cili dialah terasa pedasnya
  8. ^ Tajuddin uses 'b*****d' on Kulasegaran
  9. ^ a b Tajuddin beri amaran mahu lempang Cina Malaysia
  10. ^ a b Kurang ajar, kata Dr Ling
  11. ^ KiniTV (2016-11-20), Deputy minister: The only woman with a 'Kok' is in Seputeh, dicapai pada 2016-11-23
  12. ^ Cap Kapak (2016-11-20), GADUH BESAR: Khalid Samad, Mahfuz Omar vs Tajuddin (Pasir Salak) - "Menteri Paling SIAL Dan Kurang Ajar", dicapai pada 2016-11-23
  13. ^ "Tajuddin's son, nine others ordered to surrender over ambush on MP". Malaysiakini. 24 November 2016. Dicapai pada 9 September 2017.
  14. ^ "Tajuddin's son, Parliament rioters arrested". The Malay Mail. 25 November 2016. Dicapai pada 9 September 2017.
  15. ^ M. KUMAR (2 February 2017). "Deputy minister's son among eight to be charged over Parliament ruckus". The Star. Dicapai pada 9 September 2017.
  16. ^ Alfian ZM Tahir (8 April 2017). "Jazlan: Charge against Tajudin's son too lenient". Berita Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-09. Dicapai pada 9 September 2017.
  17. ^ Bunyan, John (25 Mei 2021). "Prasarana chairman explains his absence from scene of last night's LRT train collision". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2021.
  18. ^ a b "'Tren saling bercium' - Gesaan agar Tajuddin dipecat meningkat". Malaysiakini. 26 Mei 2021. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  19. ^ Adam, Ashman (26 Mei 2021). "Public transport group slams Prasarana chairman Tajuddin's 'rude, disgusting' conduct during press conference". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2021.
  20. ^ Adreena, Iylia (26 Mei 2021). "Netizens Are Angry With How Prasarana And Tajuddin Handled The #LRTKelanaJaya Accident". Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2021.
  21. ^ Adam, Ashman (26 Mei 2021). "Cops probing Prasarana chairman Tajuddin for failure to wear face mask during press conference on LRT crash". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2021.
  22. ^ Thomas, Jason (25 Mei 2021). "Prasarana chairman Tajuddin dismisses calls to quit". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-25. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  23. ^ "Malaysia Decides 2008 (2004 results)". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2008. Dicapai pada 6 Januari 2010.
  24. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017..
  25. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017.
  26. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2008. Dicapai pada 6 Januari 2010.
  27. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  28. ^ a b c d "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2019. Dicapai pada 19 October 2018.
  29. ^ "The Malacca Yang Di-Pertua Negri's Birthday Honours List". The Star. 12 October 2003. Dicapai pada 19 October 2018.
  30. ^ "Sultan of Perak's Birthday Honours List 2007". The Star. 23 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2018. Dicapai pada 25 May 2021.

Pautan luar sunting