Tan Sri Tajudin Ramli adalah seorang usahawan di Malaysia. Beliau merupakan bekas pengerusi eksekutif (CEO) syarikat Penerbangan Malaysia, MAS (1994-2001). Beliau membangunkan sendiri syarikat Technology Resources Industries Bhd. (TRI) yang menjalankan perniagaan perkhidmatan telefon selular Celcom. [1]

Beliau dilihat sebagai tokoh korporat Melayu yang dibangunkan melalui Dasar Ekonomi Baru.

Biodata sunting

Tajuddin Ramli dilahirkan di Kampung Kuala Kangkong, Kedah pada 13 April 1946. Bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (1968) melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1970.

Kerjaya dan Perniagaan sunting

  • Pegawai, Kementerian Perdagangan dan Industri
  • Eksekutif Pemasaran, Dunlop Industries Berhad (1970)
  • Pengurus Besar, Utama Wardley Berhad
  • Ketua Pengarah Eksekutif, Syarikat Raleigh Berhad (1984)
  • Pengerusi Eksekutif Technology Resource Industries Berhad
  • Pengerusi Alpine Resource Sdn. Bhd.
  • Pengerusi Arah Murni Sdn. Bhd.
  • Pengerusi RZ Equities Sdn. Bhd.
  • Pengerusi Celcom Sdn. Bhd.
  • Pengarah General Lumber Holdings Berhad.
  • Pengerusi Malaysia Airlines System Berhad (MAS)
  • Pengerusi Southeast Asian Telecommunication Community (SEATLE)
  • Ahli 'Commonwealth Consultative Group of Technology Management'
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah 'Bumiputera Entrepreneur Foundation' ·
  • Pengerusi 'Malaysian Industry and Government for High Technology' (MIGHT)
  • Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  • Presiden 'National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia' (NCCIM)
  • Presiden 'Asean Chamber of Commerce and Industry' (ACCI)
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
  • Ahli Mesyuarat Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN I dan II)

Beliau menubuhkan Syarikat Malaysian Helicopter Services Sdn. Bhd.Nama MHS ditukar kepada Naluri Berhad dan kemudiannya menubuhkan Roxy Electronic Industries Malaysian Berhad . Nama barunya ialah Technology Resources Industries Berhad (TRI).

Anugerah sunting

  • 1994 Anugerah Usahawan yang diberikan oleh 'Malay Chamber of Commerce'.
  • 1994 Gelaran 'Director of The Year' oleh 'Malaysian Institute of Directors'.
  • gelaran 'Businessman of The Year' oleh'International Management Development Association'
  • 1994 Pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang oleh Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada tahun 1994
  • 1995 Pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'
  • Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. [2][3]

Pengerusi Technology Resources sunting

Beliau merupakan pengerusi syarikat Technology Resources Industries Bhd . Anak syarikat ini iaitu Celcom menjalankan perniagaan perkhidmatan telefon selular Celcom.

Pada 2002, apabila Tajudin Ramli gagal membayar RM130 juta kepada Danaharta ,esoknya TRI telah dibeli oleh Telekom Malaysia dan seterusnya TRI / Celcom digabungkan dengan TMTouch .[4]

Pengerusi MAS sunting

Pada 1993, MAS telah dibeli oleh Malaysia Helicopter Service kepunyaan Tajuddin dengan cara pertukaran saham; satu saham MHS dengan dua saham MAS. Nama Malaysia Helicopter Service ditukar kepada Naluri . Sebelum itu, saham Naluri naik mendadak kepada RM14 dan saham MAS menjunam kepada RM7.00 .[5]. Operasi kargo MAS dipindahkan dari Amsterdam dan Frankfurt ke Hahn, Jerman.

Ekoran kegawatan ekonomi, MAS mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM256.6 juta dalam tahun kewangan 1997/1998 dan seterusnya sebanyak RM255.7 juta dalam tahun kewangan 1999/2000.

Harga saham MAS pada 2001 ialah RM3.68 tetapi dijual kembali kepada kerajaan pada harga RM8.00 (harga asal pada 1993 ialah RM8.00).Pada 21 Mac 2001, Datuk Daim Zainuddin menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan membeli semula MAS supaya syarikat penerbangan nasional itu tidak terlepas kepada syarikat asing dan kerajaan akan hilang kawalan .Kegagalan MAS akan menjejaskan promosi KLIA sebagai destinasi pelancongan.[6]

Tajudin menjual kembali MAS kepada kerajaan dengan harga RM8 sesaham atau RM8 bilion pada 1995. Idris Jala memulihkan sedikit keuntungan MAS.

Akhirnya Tajudin mengikut jejak tokoh korporat Tan Sri Halim Saad dan Tan Sri Abdul Rashid Hussain yang terpaksa melepaskan syarikat mereka.[7]

Pada 2009, MAS mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung JSJK PDRM. Sebaliknya SPRM 'membocorkan' dokumen itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (JSJK PDRM).Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berpendapat kerugian MAS sebanyak 8 bilion itu sepatutnya SPRM siasat sebagaimana kes PKFZ.Pada 26 Mac 2007, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff menghantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia , Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung bentuk-bentuk pendakwaan terhadap Tajudin.[8]

Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur sunting

Beliau dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) selama dua tahun dan menunjukkan kepimpinan yang cemerlang. [9] Beliau mengkritik ahli DPMM yang "selalu merengek minta dibantu" dan berebutkan projek pembinaan sekolah.

Krisis kewangan 1997 sunting

Krisis Kewangan 1997 melanda Asia khusus pada 1997-1998 dan kemuncaknya pada 1999. Pada Mac 2002, Tajudin membawa kes ke mahkamah berhubung syarikat-syarikat miliknya . Beliau berusaha menyelamatkan kepentingan dalam tiga buah syarikat iaitu TRI, Naluri Bhd. dan Promet (Langkawi) Resorts Sdn. Bhd. Danaharta mahu Tajudin membayar RM130 juta sebelum 26 April 2002.

Saman menyaman GLC dan Tajudin sunting

Terdapat lebih 10 kes saman menyaman antara beliau dengan MAS, Telekom Malaysia Bhd., Naluri Corporation Bhd., Celcom (M) Bhd., Pengurusan Danaharta Bhd. dan Atlan Holdings Bhd. Tajudin pula mengemukakan saman balas ke atas 24 defendan termasuk GLC terbabit bagi menuntut ganti rugi RM13.46 bilion.[10]

Tajuddin menamakan 38 pihak termasuk beberapa personaliti korporat sebagai defendan dalam kes samannya. Ini termasuklah:

  1. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
  2. Danaharta Urus Sdn Bhd
  3. Danaharta Managers Sdn Bhd
  4. Mohamad Raslan Abdul Rahman
  5. Ooi Woon Chee
  6. Gan Ah Tee
  7. Kerajaan Malaysia
  8. Telekom Malaysia Berhad
  9. Telekom Enterprise Sdn Bhd
  10. Technology Resources Industries Berhad
  11. Celcom (Malaysia) Berhad
  12. Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB)
  13. Datuk Azman Yahya, pengarah Khazanah Nasional
  14. Datuk Abdul Hamidy Hafiz
  15. Datuk Zukri Samat
  16. Datuk Kris Azman Abdullah
  17. Naluri Corporation Berhad
  18. Atlan Holdings Berhad
  19. Atlan Properties Sdn Bhd
  20. Multi Esprit Sdn Bhd
  21. Datuk Seri Adam Sani Abdullah @ George Lim @ Maung Ng We @ Lim Yong Tong)
  22. Datuk Ong Koim Hoay
  23. Datuk Khalid Mohamad Jiwa
  24. Datuk Ong Kar Beau
  25. DFZ Capital Berhad, dahulu dikenali sebagai Sriwani Holdings Berhad
  26. Kim Kenny
  27. Cheim Dau Meng
  28. Tan Sri Muhammad Radzi Mansor
  29. Datuk Dr Md Khir Abdul Rahman
  30. Datuk Dr Mohd Munir Abdul Majid
  31. Datuk Lim Kheng Guan
  32. Rosli Man
  33. Tan Poh Keat
  34. Datuk Abdul Wahid Omar
  35. Bazlan Osman
  36. Datuk Azzat Kamaludin
  37. Ismael Fariz Ali
  38. Datuk Mohamed Yunus Ramli Abbas[11]


Pada 11 Mei 2007, syarikat GLC iaitu Danaharta dan dua anak syarikatnya, Danaharta Urus serta Danaharta Managers menuntut hutang RM589 juta iaitu baki pinjaman RM1.79 bilion .Pada 1994 Danaharta pernah memberi kepada Tajudin untuk membeli 32 % ekuiti dalam MAS pada harga RM8 setiap saham. Pada 2000, Tajudin menjual balik MAS kepada kerajaan dengan nilai RM1.8 bilion.[12]

Danaharta menjual Technology Reources Industries Bhd. (TRI) kerana hutang Tajudin yang tidak dibayar serta betapa perlunya Danaharta mendapatkan semula pinjaman.Tajudin cuba menghalang Danaharta menjual sahamnya dalam TRI dan Naluri yang sedang disandarkan kepada bank. Telekom Malaysia membeli kepentingan Tajudin dalam TRI daripada Danaharta melibatkan 260.87 juta saham TRI atau 13.14 peratus dibuat melalui anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia, Telekom Enterprise Sdn. Bhd. (TESB) secara tunai dengan harga RM717 juta atau RM2.75 sesaham.Sebelum ini TRI menguasai Celcom (Malaysia) , syarikat perkhidmatan telekomunikasi selular kedua terbesar di Malaysia. Danaharta juga hendak menjual 44.84 % (309.65 juta) saham milik Tajudin dalam Naluri yang memiliki 4.57 % dalam TRI secara tender kerana gagal membayar RM130.44 juta.[13]

Ekoran itu ,Tajudin membuat saman balas iaitu menuntut pula RM6.25 bilion daripada Telekom dan 12 defendan yang lain berhubung penjualan saham TRI oleh Danaharta.Beliau menuntut ganti rugi RM7.2 bilion daripada kesemua 24 defendan. Antara alasan Tajudin ialah pada 1994, beliau diarah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin agar membeli saham MAS sebagai satu Khidmat Negara bagi membantu Bank Negara Malaysia (BNM) mengatasi kerugian tukaran asing pada tahun 1994.

Pada 28 Ogos 2007, permohonan defendan iaitu Telekom Malaysia Berhad, Telekom Enterprise Sdn. Bhd., Technology Resources Industries Berhad dan Celcom (Malaysia) Berhad ditolak dengan kos.

Pada 5 Mac 2008, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Iris Anak Awen Jon membatalkan tuntutan balas Tajudin Ramli terhadap lapan dari 24 defendan bagi menuntut ganti rugi RM13.46 bilion .Lapan defendan itu ialah anak syarikat Danaharta iaitu Pengurusan Danaharta serta dua subsidiarinya, Danaharta Urus Nasional Bhd. (Danaharta) dan Danaharta Managers Sdn. Bhd dan empat pegawai Danaharta iaitu Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah serta Commerce International Merchant Bankers Bhd (CIMB).

Ekoran 'kekalutan' itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan agar GLC menyelesaikan di luat mahkamah.[14]

Saman Malaysian Insider sunting

Pada 26 Ogos 2011, Tajudin Ramli menfailkan saman RM200 juta terhadap Malaysian Insider[15] atas dakwaan memfitnah beliau . Ketua eksekutif yang juga editor portal berita Malaysian Insider, Jahabar Sadiq serta wartawannya Shazwan Mustafa Kamal dikatakan menyiarkan satu artikel pada 31 Mei 2011 yang bertajuk 'MACC clears AG of graft allegation'.[16] Pada 7 Oktober 2011, akhbar The Malaysian Insider menyiarkan iklan permohonan maaf kepada Tajudin di akhbar Berita Harian.

Rujukan sunting