Tajul Ariff Noor bin Md Shari
Tajul Ariff Noor bin Md. Shari atau juga dikenali sebagai Tajul merupakan seorang Penyanyi Malaysia. Tajul juga merupakan adik kepada Allahyarham Abdillah Murad bin Md. Shari (Achik Spin), Arwis Qarani (Awis Spin) dan Muhammad Khalis (Khalis Real Spin)[1]
Tajul | |
---|---|
Kelahiran | Tajul Ariff Noor bin Md. Shari 1 April 1998 Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2010-kini |
Pasangan | Nurul Shamieza Eddie (k. 2017) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop rock, pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Kehidupan peribadiSunting
Tajul merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik. Beliau dilahirkan pada 1 April 1998 di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin, Awis Spin dan Khalis Real Spin.
KerjayaSunting
Pernah menganggotai kumpulan nasyid Akhdan di bawah Hijjaz Records yang membawa lagu-lagu berunsur Kerohanian dan Alunan Zikir bersama-sama Mohd. Haizudin Hazad Nazri, Faiq Hamidi, Mohd. Zuhair Zakaria dan Mohd. Azrul Amri.
Pada tahun 2018, Tajul menyertai pertandingan Big Stage #DominasiBBNU dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air.[2]
Persembahan Big StageSunting
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|
Minggu 1 | "Sedalam Dalam Rindu" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | "Janji Kita" | Spin | TERSELAMAT |
Minggu 3 | "Rahsia Kita"
(duet bersama Wany Hasrita) |
Khai Bahar & Fatin Husna | TERSELAMAT |
Minggu 4 | "Amboi" | Altimet | TERSELAMAT |
Minggu 5 | "Sulit" | Aman Aziz | TERSINGKIR |
DiskografiSunting
Duet bersamaSunting
Duet bersama | Lagu | Tahun |
---|---|---|
Wany Hasrita | Di Sana Cinta Di Sini Rindu | 2017 |
Rindu Dalam Benci | 2018 | |
Aku Serius |
Lagu RayaSunting
Duet bersama | Lagu | Tahun |
---|---|---|
Wany Hasrita, Syed Shamim, Wani, Ernie Zakri dan Haqiem Rusli | Lebaran Terindah | 2017 |
Esok Hari Raya | 2018 |
SingleSunting
Lagu | Tahun |
---|---|
Sedalam-dalam Rindu | 2016 |
Melamar Rindu | 2017 |
Hasrita | 2018 |
Kembalilah Rindu | 2018 |
Ibu | 2019 |
AlbumSunting
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Enjin No.9 | Ujang | Filem pertama |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Tergantung Rindu | Andra | Astro Mustika HD |
Anugerah dan pencapaianSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Penyanyi Lelaki Popular | N/A | Dicalonkan |
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Wany Hasrita) | N/A | Dicalonkan |
RujukanSunting
- ^ Tajul bawa identiti sendiri.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.