Tak Serupa Tapi Sama

Tak Serupa Tapi Sama ialah sebuah telefilem Malaysia yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 27 Disember 2008. Telefilem sulung terbitan Hessa Creative House Sdn Bhd ini dibintangi oleh Fizz Fairuz, Fasha Sandha, Ahmad Tarmimi Siregar, Sheila Mambo, dan Abu Bakar Juah. Telefilem ini diilhamkan dan ditulis oleh Nor Faznita Bt Md Nor dan diarahkan oleh Murali Abdullah. Tak Serupa Tapi Sama. Tak Serupa Tapi Sama telah mendapat 6 nominasi akhir termasuk calon drama terbaik di Anugerah Skrin 2009 satu pencapian yang cukup baik untuk terbitan pertama kalinya syarikat penerbitan yang terbabit. Hessa Creative House Sdn Bhd di miliki bersama oleh Nor Faznita Bt Md Nor dan Mohd Ashik Bin Abdul Rahman.

Sinopsis

sunting

Belinda, 24 bekerja di sebuah stesen TV di Kuala Lumpur. Seorang yang dinamis, berbudi bahasa namun pegangan agamanya longgar. Keluarga Belinda terdiri daripada bapanya, Tajuddin dan ibunya Jauriah. Mereka adalah tipikal keluarga Melayu yang baik pencapaian duniawinya namun keterbelakang dalam soal-soal agama.

Nusri, 25 anak kepada kakak angkat Tajuddin. Nusri menumpang duduk di rumah keluarga Belinda kerana baru mula bekerja di Kuala Lumpur. Apabila Nusri tinggal di rumah Belinda wujudlah perbezaan cara hidup yang ketara. Nusri sangat menjaga ritual-ritual Islam seperti sembahyang, sering berpuasa sunat dan sebagainya. Nusri prejudis terhadap Belinda dan keluarganya yang dianggapnya sesat.

Belinda telah dicabul oleh beberapa pemuda sewaktu pergi ‘clubbing’. Pada waktu itu Belinda memohon kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkannya dan dia berjanji untuk sujud kepada Allah sekiranya dia selamat. Belinda selamat namun dia lupa pada janjinya dengan Allah.

Belinda terlibat dalam penerbitan rancangan berteraskan cara hidup orang melayu tempatan. Belinda pergi ke kampung Nusri untuk mendapatkan bahan bagi programnya. Sampai di rumah Nusri Belinda mula melihat pelbagai perkara yang tidak elok di dalam kehidupan Nusri dan keluarganya. Keluarga Nusri terdiri daripada bapanya Haji Nurjani, ibunya Mardiah, adik lelakinya Nuruddin. Nurjani sangat keras dan sombong orangnya. Rumah Nusri kotor, bilik airnya busuk. Haji Nurjani melayan isterinya dengan kasar. Belinda menegur cara Nurjani terus berlaku pergaduhan besar dan Belinda lari balik ke Kuala Lumpur. Namun dalam perjalanan ke Kuala Lumpur keretanya di tahan anak-anak muda kampung dan dia mahu dirogol. Nurruddin adik Nusri yang merancang semua ini.

Belinda cedera dan trauma. Belinda teringat bagaimana dia pasrah menyerah nasib kepada Allah s.w.t seperti Nabi Yunus yang tercampak di laut dalam berdoa kepada Allah s.w.t sehingga diselamatkan oleh ikan paus.

Nusri yang selama ini taksub dengan kealiman keluarganya terkejut dengan perbuatan maksiat adiknya. Mereka sama-sama menyedari yang mereka mereka tak serupa tapi sama, iaitu mereka bukanlah umat islam yang baik.

Pautan luar

sunting