Buka menu utama

Takhta Suci (Bahasa Itali: Santa Sede; Bahasa Latin: Sancta Sedes; disebut [ˈsaŋkta ˈsedes] atau [sangk-ta sé-dés]) merupakan bidang kuasa yang bertanggungjawab dalam Gereja Katolik di Rom, takhta persemayaman Paus serta suatu entiti berdaulat yang bebas. Ia berfungsi sebagai titik pusat bagi Gereja Katolik di seluruh dunia atas sebab kedudukannya yang terunggul dalam gereja sedunia. Ia kini berfungsi sebagai badan pentadbiran bagi semua penganut Katolik yang berada di dalam gereja, Patriarkat dan institut keagamaan masing-masing.

Sancta Sedes (Bahasa Latin)
Santa Sede (Bahasa Itali)
Saint-Siège (Bahasa Perancis)
Emblem of
Emblem
Bidang kuasaKota Vatikan
Pelbagai premis luar kawasan di Rom, Itali
Bahasa rasmiBahasa Latin
Bahasa kerjaBahasa Itali
Bahasa Perancis (tujuan diplomatik)[1]
JenisTakhta gereja Paus merangkumi ketua Gereja Katolik Rom sedunia
Government
• Paus
Paus Franciscus
• Setiasusaha Kardinal Negara
Pietro Parolin
Laman sesawang
Vatican.va

Secara diplomatiknya, Takhta Suci bertindak bagi pihak seluruh Gereja. Ia turut diiktiraf oleh entiti lain mengikut undang-undang antarabangsa sebagai suatu entiti berdaulat yang diketuai Paus, di mana hubungan diplomatik dapat dikekalkan.[2][3] Ia sering disamakan dengan "Vatikan", namun takhta tersebut tidak sama dengan entiti yang bernama "Negara Kota Vatikan" yang wujud pada tahun 1929 selepas termeterainya Perjanjian Lateran; Takhta Suci iaitu takhta gereja Rom diwujudkan sejak berkurun lamanya. Duta-duta ditauliahkan tidak kepada Negara Kota Vatikan tetapi kepada "Takhta Suci", dan wakil-wakil paus ke negara dan pertubuhan antarabangsa diiktiraf sebagai pewakilan kepada Takhta Suci, bukannya Negara Kota Vatikan. Kewujudan negara Kota Vatikan bertujuan memastikan kebebasan diplomatik dan rohaniah si Paus.

Status dalam undang-undang antarabangsaSunting

 
Hubungan luar dengan Takhta Suci.
  •      Hubungan diplomatik
  •      Hubungan lain
  •      Tiada hubungan
  • Takhta ini diakui secara pengamalannya serta dalam penulisan ilmuwan undang-undang tertakluk kepada undang-undang awam antarabangsa, dengan hak-hak dan tugas yang lebih kurang setaraf dengan sesebuah negara. Meskipun ia tidak memenuhi kriteria yang sedia ada dalam undang-undang kedaulatan antarabangsa berbanding "Negara Kota Vatikan"—berpendudukan kekal, mempunyai sempadan dan kawasan yang jelas, sebuah pemerintah yang stabil serta keupayaan mewujudkan hubungan dengan negara lain[4]—pemilikan personaliti undang-undang (legal personality)nya dalam undang-undang antarabangsa ditunjukkan melalui pengekalan hubungan diplomatik dengan 180 buah negara,[5] kedudukannya sebagai negara anggota[6] dalam pelbagai pertubuhan antara pemerintah, dan peranannya yang "dihormati dalam komuniti negara berdaulat antarabangsa dan dilayan sebagai taklukan undang-undang antarabangsa yang berkeupayaan terlibat dalam hubungan diplomatik serta memasuki perjanjian terikat dengan satu atau beberapa negara mengikut undang-undang antarabangsa yang bertujuan besarnya untuk mewujudkan serta mengekalkan keamanan di dunia."[7]

    Ia merupakan ahli dalam pelbagai organisasi dan kumpulan antarabangsa termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama dalam Eropah (OSCE), Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Pesuruhjaya Tinggi PBB Bersatu untuk Pelarian (UNHCR). Ia juga pemerhati tetap dalam pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Perhimpunan Agung PBB, Majlis Eropah, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya PBB (UNESCO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).


    Hubungan dengan pihak Vatikan serta kawasan-kawasan lainSunting

    Meskipun Takhta Suci berhubungkait rapat dengan Vatikan, kawasan merdeka yang meliputi Takhta Suci adalah berdaulat, kedua-dua entiti ini saling terpisah dan berbeda dari satu sama lain. Takhta Suci tidak memiliki kedaulatan kawasan berikutan penyerahan Negeri-Negeri Paus pada tahun 1870 kepada pemerintah Itali. Meskipun terdapat beberapa ketidaksefahaman antara para pakar undang-undang terutamanya tentang peranan akan datang Takhta Suci dalam urusan antarabangsa, namun hakikatnua Takhta Suci tetap bisa menjalankan haknya mengirim dan menerima perwakilan diplomatik, memelihara hubungan dengan negara kekuatan utama Rusia, Prusia, dan Austria-Hungary. Sepertimana yang bersesuaian dengan keputusan Kongres Vienna tahun 1815, Nuncio Apostolik bukan hanya anggota Korps Diplomatik melainkan dekannya, ketentuan ini tetap diterima oleh para duta besar lainnya. Sepanjang 59 tahun Takhta Suci ketiadaan memiliki kedaulatan wilayah, jumlah negara yang berhubungan diplomatik dengannya sebelumnya kurang 16 negara bertambah menjadi sebanyak 29 negara.[8]

    Negara Vatikan didirikan berdasarkan Perjanjian Lateran pada tahun 1929 "untuk memastikan kemerdekaan Takhta Suci yang mutlak dan kasar mata" dan "untuk menjaminnya sebagai negara berdaulat yang taktersengketakan dalam urusan internasional" (kutipan dari Perjanjian Lateran). Uskup Agung Jean-Louis Tauran, mantan Setisusaha untuk Hubungan dengan Negara Lain Takhta Suci, berkata bahawa Vatikan adalah "negara penyokong kecil yang menjamin kebebasan rohaniah Paus dengan [keluasan] wilayah minimum".[9]

    Takhta Suci berperanan memelihara hubungan diplomatik dengan negara lain dan bukannya pihak Kota Vatikan.[10] Maka, kedutaan asing diperuntukkan bagi mewakili Takhta Suci dan pihak Takhta Sucilah yang membuat perjanjian dan konkordat dengan entiti berdaulat lainnya. Takhta Suci akan turut serta dalam suatu perjanjian atas nama pihak Vatikan sekiranya perlu.

    Di bawah pasal-pasal Perjanjian Lateran, Takhta Suci memiliki penguatkuasaan luar wilayah di 23 kawasan di Roma dan lima kawasan Itali di luar Rom, termasuk Istana Kepausan di Castel Gandolfo. Penguatkuasaan yang sama berdasarkan undang-undang antarabangsa juga dipelihara terhadap Nuncio Apostolik Takhta Suci yang berada di luar negara.

    RujukanSunting

    1. ^ "About the Holy See". 
    2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 31 December 2010. Dicapai 5 February 2016. 
    3. ^ Kedaulatan Takhta Suci diiktiraf secara jelasnya dalam banyak perjanjian antarabangsa serta ditekankan secara khususnya dalam perkara 2 Perjanjian Lateran pada 11 Februari 1929, di mana "Itali mengiktiraf kedaulatan Takhta Suci dalam hal-ehwal antarabangsa sebagai suatu lambang sedia ada yang mengikut tradisinya serta keperluan misinya ke seluruh dunia" (Lateran Treaty, English translation).
    4. ^ Kriteria-kriteria kenegaraan ini diisytiharkan penguatkuasaannya dalami Konvensyen Montevideo mengenai Hak dan Tanggungjawab Negara yang ditandatangani negara-negara benua Amerika pada 26 Disember 1933.
    5. ^ "Bilateral and Multilateral Relations of the Holy See, update on October 22, 2009". Diarkibkan daripada asal pada 9 July 2014. 
    6. ^ misalnya IAEA, OSCE, IOM Diarkibkan 12 December 2007 di Wayback Machine.
    7. ^ Araujo, Robert; Lucal, John (2004). Papal Diplomacy and the Quest for Peace, the Vatican and International Organizations from the early years to the League of Nations. Sapienza Press. m/s. 16. ISBN 1-932589-01-5.  Lihat juga: James Crawford, The Creation of States in International Law (1979), m/s. 154.
    8. ^ Kuliah oleh Uskup Agung Giovanni Lajolo, 16 Februari 2006. 30giorni.it. Diakses pada tanggal 11 September 2011.
    9. ^ "Kuliah oleh Uskup Agung Jean-Louis Tauran". Vatican.va. 22 April 2002. Dicapai 11 September 2011. ...a miniscule support-State that guarantees the spiritual freedom of the Pope with the minimum territory... 
    10. ^ Hubungan Bilateral dan Multilateral Tahta Suci. Vatican.va. Diakses pada tanggal 11 September 2011.

    Pautan luarSunting