Takungan gen

(Dilencongkan dari Takung gen)

Takung(an) gen ialah set kesemua gen — maklumat genetik — suatu spesies tertentu dalam mana-mana populasi.

Suatu takung gen yang besar menunjukkan kepelbagaian genetik besar yang dikaitkan dengan populasi suatu pesies yang kuat yang boleh mengatasi pemilihan semula jadi yang kuat. Kepelbagaian genetik yang kecil (misalnya akibat pembiakbakaan dalam dan kejejalan populasi) boleh menyebabkan kekuatan biologi berkurangan serta peningkatan kemungkinan kepupusan spesies, namun kepelbagaian genetik baru hasil hanyutan genetik yang menguatkan fizikal organisma barangkalinya boleh membaiki kekurangan dalam populasi yang kecil.