Takwim Revolusi Perancis

Takwim Revolusi Perancis (Perancis: calendrier révolutionnaire français) ialah sistem kalendar dicipta dan dilaksanakan semasa Revolusi Perancis sebagai sebahagian langkah besar membuang segala unsur setiaraja dalam urusan negara tersebut berikutan penggulingan pemerintahan beraja sebelumnya. Takwim ini digunakan selama kira-kira 12 tahun dari akhir 1793 hingga 1805, dan selama 18 hari oleh Komun Paris pada tahun 1871. Takwim ini dicipta oleh sebuah suruhanjaya di bawah arahan Charles-Gilbert Romme dengan sokongan Claude Joseph Ferry dan Charles-François Dupuis.

Lukisan rajah takwim Republikan Perancis tahun 1794 (atau "Tahun III", an III) oleh Philibert-Louis Debucourt

Konkordat 1801 yang memulihkan semula Gereja Katolik Rom sebagai suatu institusi rasmi di Perancis terlaksana pada Ahad Paskah 8 April 1802 atau "28 Germinal Tahun XI" turut ia memulihkan nama-nama hari seminggu kepada nama-nama lama dari takwim Gregorius serta kedudukan Ahad sebagai hari rehat rasmi dan perayaan keagamaan.[1] Takwim ini akhirnya dimansuhkan setahun selepas terbubarnya Republik Pertama digantikan dengan pemerintahan Napoleon I pada 1 Januari 1806 (sehari selepas 10 Nivôse Tahun XIV), lebih kurang dua belas tahun selepas pengenalannya.

Penghitungan sunting

Permulaan takwim ini ditandakan dari terisytiharnya Republik Pertama Perancis pada 22 September 1792 sehari selepas Konvensyen memansuhkan monarki memulakan suatu "Zaman Republik" (ère républicaine) atau "Zaman Perancis" (ère des Français). Tahun dalam zaman ini ditandakan dengan angka Rom (tahun pertama: an I, tahun kedua: an II dan seterusnya) bermula pada tengah malam hari ekuinoks musim luruh yang jelas diperhatikan di Balai Cerap Paris.

Unit-unit bahagian sunting

Setahun dalam takwim ini dibahagikan kepada dua belas bulan dan setiap bulan dibahagikan kepada tiga minggu sepuluh hari yang dipanggil "dekad" (décade) diberi nama ringkas:

  • primidi (hari pertama)
  • duodi (hari kedua)
  • tridi (hari ketiga)
  • quartidi (hari keempat)
  • quintidi (hari kelima)
  • sextidi (hari keenam)
  • septidi (hari ketujuh)
  • octidi (hari kelapan)
  • nonidi (hari kesembilan)
  • décadi (hari kesepuluh)

Hari kesepuluh iaitu décadi dijadikan hari hujung atau penghulu minggu menggantikan hari Ahad sebagai hari rehat dan perayaan. Lima atau enam hari pelengkap (jours complémentaires) ditambahkan untuk menghampiri suatu tahun suria/tropika diletakkan selepas bulan pada akhir setiap tahun.

Setiap hari dalam Kalendar Republik dibahagikan kepada sepuluh jam, 1 jam bersamaan 100 minit perpuluhan, dan setiap minit beramaan 100 saat perpuluhan. Oleh itu, satu jam ialah 144 minit konvensional (2.4 kali lebih lama daripada jam biasa), satu minit ialah 86.4 saat konvensional (44% lebih lama daripada minit biasa), dan satu saat ialah 0.864 saat konvensional (13.6% lebih pendek daripada satu saat biasa).

Bulan-bulan dalam takwim ini dikumpulkan mengikut musim seperti berikut:

Musim luruh Musim sejuk Musim bunga Musim panas
  • Vendémiaire (dari bahasa Perancis vendange turunan Latin vindemia, "lama"), bermula 22, 23, atau 24 September
  • Brumaire (dari bahasa Perancis brume, "kabus"), bermula 22, 23, atau 24 Oktober
  • Frimaire (Dari Perancis frimas, "ibun"), bermula 21, 22, atau 23 November
  • Nivôse (dari bahasa Latin nivosus, "salji"), bermula 21, 22, atau 23 Disember
  • Pluviôse (dari bahasa Perancis pluvieux turunan bahasa Latin pluvius, "hujan"), bermula 20, 21, atau 22 Januari
  • Ventôse (dari bahasa Perancis venteux, berasal dari Latin ventosus, "berangin"), bermula 19, 20, atau 21 Februari
  • Germinal (dari germination "percambahan"), bermula 20 atau 21 Mac
  • Floréal (dari bahasa Perancis fleur turunan Latin flos, "bunga"), bermula 20 atau 21 April
  • Prairial (dari bahasa Perancis prairie, "padang rumput"), bermula 20 atau 21 Mei
  • Messidor (dari bahasa Latin messis, "menuai"), bermula 19 atau 20 Jun
  • Thermidor/Fervidor (daripada bahasa Yunani termon "bahang musim panas"), bermula 19 atau 20 Julai
  • Fructidor (dari bahasa Latin fructus, "buah"), bermula 18 atau 19 Ogos

Nama-nama bulan dalam takwim ini diciptakan Fabre d'Églantine, seorang penyajak dan pengkarya pentas dengan bantuan André Thouin, seorang pakar perkebunan di Jardin des Plantes Muséum National d'Histoire Naturelle Paris; setiap bulan ini dihujungkan imbuhan dor nama -dor (τόρ) bermaksud "memberi" dalam bahasa Yunani.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Concordat de 1801 Napoleon Bonaparte religion en france Concordat de 1801". Roi-president.com. 21 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2012. Dicapai pada 30 January 2009.
  2. ^ Thomas Carlyle (1867). The French revolution: a history. Harper.

Pautan luar sunting