Takwim awam atau kalendar sivil ialah kalendar, atau mungkin salah satu daripada beberapa kalendar yang digunakan di sesebuah negara untuk tujuan awam, rasmi, atau pentadbiran[1]. Takwim awam hampir selalunya digunakan untuk tujuan umum oleh rakyat dan pertubuhan swasta.

Inskripsi atas Saumaah Bevis Marks, Bandar raya London, memberi tahun 5461 dalam Anno Mundi dan 1701 dalam pentarikhan takwim awam.

Takwim awam yang paling meluas dan piawai antarabangsa de facto ialah takwim Gregory. Walaupun kalendar ini dikaitkan dengan Gereja Katolik dan pausnya, ia telah diterima pakai, kerana mudah, oleh banyak negara sekular dan bukan Kristian walaupun beberapa negara menggunakan kalendar lain.

Takwim awam di seluruh dunia sunting

Sebahagian besar negara di dunia menggunakan takwim Gregory sebagai satu-satunya takwim awam mereka[2].

Beberapa negara yang menggunakan kalendar lain bersama takwim Gregory: termasuk Afghanistan dan Iran (yang menggunakan takwim Hijrah Syamsi), Habsyah (takwim Habsyah), Nepal (Vikram Samvat), Bangladesh (takwim Bangla), India (takwim kebangsaan India), dan Israel (takwim Ibrani).

Negara lain yang menggunakan versi terubah suai takwim Gregory , seperti Taiwan (takwim Minguo), Thailand (takwim suria Thai), Korea Utara (Takwim Korea Utara), dan Jepun (takwim Jepun).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kenton, Will. "Understanding the Calendar Year". Investopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-07.
  2. ^ "Countries That Use Their Own Calendar". WorldAtlas (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-07.