Takwim suria Thai

Takwim suria Thai (Bahasa Thai: ปฏิทินสุริยคติ patithin suriyakhati) ialah pentarikhan rasmi Thailand. Ia mula digunapakai Raja Chulalongkorn (Rama V) pada tahun 1888 Masihi menggantikan takwim qamari yang sedia ada pada ketika itu.

Potongan suatu kalendar menunjukkan tarikh mengikut takwim Gregorius di bawah (bertulisan Rumi) dan takwim Thai di atas (bertulisan Thai).

Tahun semasa dikira 543 tahun awal dari takwim hitungan Gregorius di mana tahun pertama dikira mula dari tarikh yang dianggap meninggalnya Gautama Buddha pada 11 Mac 543 SM, tahun ini ditandakan sedemikian sebagai "Tahun Buddha" atau Phutthasakkarat (พุทธศักราช, dipendekkan sebagai พ.)

PerkembanganSunting

Pada awalnya, masyarakat Siam menggunakan perkiraan hari berdasarkan takwim Burma dari mulanya pemujaan Siddharta Gautama Buddha,[1] pentarikhan ini diberi nama ศักราช sakarat.

Raja Chulalongkorn menitahkan pengiraan tahun baharu dalam suatu zaman yang diperkenalkan sebagai Zaman Rattanakosin (รัตนโกสินทรศก Rattanakosin Sok, dipendekkan jadi ร.ศ.) pada 1889 tahun Masihi, di mana tarikh mulanya zaman ini dikira dari naiknya takhta Raja Rama I memulakan dinastinya serta penubuhan kota Bangkok sebagai kota diraja baharu (pada 6 April 1782 TM).

Perubahan terakhir kepada takwim ini ditetapkan oleh Perdana Menteri Thailand, Luang Phibunsongkhram dengan suatu titah 6 September 1940[2] mengumumkan 1 Januari 1941 permulaan Tahun Buddha 2484.

PenghitunganSunting

Tahun baru takwim ini pada awalnya dikira bersamaan dengan penampakan Matahari melintasi kedudukan buruj Hamal di langit, hari ini juga menandakan perayaan Songkran. Sebagai contoh, buruj Hamal mula ternampak pada 11 April pada tahun 1822;[3] maka Raja Vajiravudh memindahkan hari pertama pada 1 April 2455 TB, 1912 TM lalu 130 Tahun Rattanakosin hanya selama 356 hari dari m 11 April 1911 hingga 31 Mac 1912.

Bulan 1–3 4–6 7–9 10–12 1–3 4–6 7–9 10–12 1–3 4–6 7–9 10–12 1–3 4–6 7–9 10–12
TM 1939 1940 1941 1942
TB 2481 2482 2483 2484 2485
Bulan Thai 10–12 1–3 4–6 7–9 10–12 1–3 4–6 7–9 1–3 4–6 7–9 10–12 1–3 4–6 7–9 10–12

Meskipun tahun baharu rasmi sudah selari dengan tahun baharu Barat, keraian Songkran masih dikekalkan lagi-lagi dengan suatu tarikh tetap pada 13 April.[4] Kedua-dua Tahun Baru Barat dan Tahun Baru Thai disambut sebagai cuti am rasmi di Thailand.

Bulan takwimSunting

Nama bulan berasal dari nama tanda-tanda zodiak yang diketahui dalam astrologi Hindu:

Nama Barat Nama Thai (dengan perumian) Kependekan Nama Melayu[5] Kata dasar dan maksud Tanda zodiak
Januari มกราคม
mákàraa/mókkrara-khom
ม. ค. Makarakom
Jawi: مكراكوم
makara
"raksasa laut"
Kambing Duyung/
Capricornus
Februari กุมภาพันธ์
kumphaa-phan
ก. พ. Kumpapan
Jawi: كومڤاڤن
kumbha
"kendi, periuk air"
Timba/
Aquarius
Mac มีนาคม
miinaa-khom
มี. ค. Minakom
Jawi: ميناكوم
mīna
"(sejenis ikan)"
Ikan/
Pisces
April เมษายน
meesaǎ-yon
เม. ย. Misayon
Jawi: ميسايون
meṣa
"bebiri"
Bebiri/
Aries
Mei พฤษภาคม
phrɯ́tsaphaa-khom
พ. ค. Persepakom
Jawi: ڤرسڤاكوم
vṛṣabha
"lembu"
Jantan/
Taurus
Jun มิถุนายน
míthùnaa-yon
มิ. ย. Mitunayon
Jawi: ‫ميتونايون
mithuna
"sepasang"
Kembar/
Gemini
Julai กรกฎาคม
kàrákàdaa-khom
ก. ค. Karakadakom
Jawi: كاراكاداكوم
karkaṭa
"ketam"
Ketam/
Cancer
Ogos สิงหาคม
sǐnghǎa-khom
ส. ค. Singhakom
Jawi: سيڠهاكوم
sinha
"singa"
Singa/
Leo
September กันยายน
kanyaa-yon
ก. ย. Kanyayon
Jawi: كنيايون
kanyā
"gadis"
Perawan/
Virgo
Oktober ตุลาคม
tùlaa-khom
ต. ค. Tulakom
Jawi: تولاكوم
tulā
"dacing"
Penimbang/
Libra
November พฤศจิกายน
phrɯ́tsacìkaa-yon
พ. ย. Persecikayon
Jawi: ڤرسچيكايون
vṛścika
"kala jengking"
Kala/
Scorpio
Disember ธันวาคม
thanwaa-khom
ธ. ค. Tanwakom
Jawi: تنواكوم
dhanu
"busur"
Pemanah/
Sagitarius

Nama-nama bulan ini berhujung imbuhan berbeza mengikut bilangan hari.

  • bulan tiga puluh hari berimbuhan -ayon (-ายน) menyerap perkataan bahasa Sanskrit आयन āyana "ketibaan"
  • bulan 31 hari berimbuhan -akhom (-าคม), dari आगम āgama bermaksud sama
  • bulan kedua berimbuhan -phan (-พันธ์) menyerap perkataan बनंध bandha "terikat".

Hari dan perlambangan sewaktuSunting

Setiap hari dalam satu minggu diberi warna tersendiri mengikut kepercayaan masyarakat Thai.

Hari Nama
bahasa Thai
Dewa dan bintang
berkaitan
Warna
Takrifan am Takrifan Sawatdiraksa (สวัสดิรักษา)
Ahad วันอาทิตย์ Wan Āthit Aditya (Matahari) Merah (สีแดง, sĕe-daeng)
Isnin วันจันทร์ Wan Chan Chandra (Bulan) Kuning (สีเหลือง, sĕe-lĕuang) Putih gading (สีนวลขาว, sĕe-nuankăaw)
Selasa วันอังคาร Wan Angkhān Mangala (Marikh) Merah jambu (สีชมพู, sĕe-champu) Biru nila (สีม่วงคราม, sĕe-mûangkraam)
Rabu วันพุธ Wan Phut Budha (Utarid) Hijau (สีเขียว, sĕe-kĭeaw) Jingga kemerahan (สีแสด, sĕe-sàet)
Khamis วันพฤหัสบดี
Wan Phruehatsabodi
Bṛhaspati
(Musytari)
Jingga (สีส้ม, sĕe-sôm) Hijau kuning
(สีเขียวปนเหลือง, sĕe-kĭeaupanlĕuang)
Jumaat วันศุกร์ Wan Suk Shukra (Zuhrah) Biru langit (สีฟ้า, sĕe-fáa) Putih awan (สีเมฆ, sĕe-mek)
Sabtu วันเสาร์ Wan Sao Shani (Zuhal) Ungu (สีม่วง, sĕe-mûang) Hitam (สีดำ, sĕe-dam)

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Roberts, Edmund (2007) [1837]. "Chapter XX―Division of Time". Embassy to the Eastern courts of Cochin-China, Siam, and Muscat : in the U. S. sloop-of-war Peacock ... during the years 1832-3-4 (ed. Digital). Harper & brothers. m/s. 310. The Siamese have two epochs, sacred and popular. The sacred era dates from the death of Gautama, and the year 1833 corresponded to the 2376 year. The vulgar era was instituted when the worship of Gautama was first introduced; and the year 1833 corresponded with the year 1194, and was the fifth, or Dragon year. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  2. ^ พระราชบัญญัติปีปฏิทิน พุทธศักราช ๒๔๘๓ (PDF). Royal Gazette (dalam bahasa Thai). 57 (0 ก): 419. 17 September 1940.
  3. ^ Crawfurd, John (21 August 2006) [1830]. "Chapter I". Journal of an Embassy from the Governor-general of India to the Courts of Siam and Cochin China. Volume 2 (ed. 2nd). London: H. Colburn and R. Bentley. m/s. 32. OCLC 3452414. The Siamese year does not commence with the first month, but corresponds with that of the Chinese. In the year 1822, the new year fell on 11 April, being the 5th day of the dark half of the moon.... The Siamese have two epochs, or, as they describe them, Sa-ka-rat. The sacred one dates from the death of Gautama, and the year which commenced on 11 April 1822, was the year 2365, according to this reckoning. |volume= has extra text (bantuan)
  4. ^ J.C. Eade. The calendrical systems of mainland southeast asia. E.J. Brill, Leiden. m/s. 22. ISBN 90-04-10437-2. According to some scholars including George Coedes the change occurred at the beginning of the 5th lunar month originally a few days before Songkhran.
  5. ^ Nama-nama ini digunakan dalam urusan bertulis oleh badan-badan rasmi di Thailand termasuk pada Majlis Agama Islam Wilayah Pattani.

Pautan luarSunting