PengenalanSunting

Mungkin ketika nama Abdul Muttaleeb Mizad diumumkan pada 15 Disember 2012 di Anugerah Planet Muzik Singapura, tidak ramai yang mengenali beliau. Anak muda kelahiran Muar, Johor Darul Takzim ini sememangnya seorang anak muda yang berjiwa seni dan seharusnya dijadikan contoh anak muda yang berjaya dikalangan belia. Taleeb Mizad, dilahirkan di Muar Johor pada 6 Februari 1989 merupakan anak keempat dari 5 adik beradik.

Taleeb Mizad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (2) Batu Pahat. Beliau merupakan seorang pelajar aktif dan telah menjadi anak emas sekolah tersebut.Beliau turut mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR dan mendapat anugerah tertinggi di sekolah iaitu 'Tokoh Bestari'.Beliau adalah satu-satunya pelajar pada tahun tersebut yang dapat melanjutkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan.

Sejarah bidang muzikSunting

Sepanjang beliau di SDAR, beliau bergiat aktif dalam menyumbangkan bakat seni beliau apabila menyertai Simfoni Orkestra SDAR dari tahun 2002-2006 dan beliau telah bertanding di peringkat negeri, kebangsaan malahan peringkat antarabangsa. Beliau menyertai Pertandingan Pancaragam dan mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan pada tahun 2002.Beliau merupakan ketua seksyen instrumen flute di Sekolah Dato' Abdul Razak. Sepanjang itu, beliau telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan bersama Simfoni Remaja Kebangsaan yang diadakan di Istana Budaya.Beliau turut menyertai pertandingan Wind Orchestra di Kuala Lumpur Convention Centre sempena Persidangan Pendidikan Muzik Sedunia (ISME) pada tahun 2006.

Sejarah bidang sukanSunting

Selain daripada minat dalam bidang seni, beliau turut aktif dalam bidang sukan bola sepak dan futsal. Beliau telah memenangi Kejohanan Bola Sepak bawah 15 tahun di peringkat Negeri Sembilan semasa di SDAR.

Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) selama dua tahun (2007-2008) dan telah mewakili KMNS dalam sukan bola sepak dan menjadi presiden futsal KMNS pada tahun 2008. Beliau disegani di matrikulasi kerana bakat beliau yang hebat dan tidak sombong dengan kawan-kawan malahan pensyarah di KMNS. Selepas tamat pengajian di KMNS, beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Skudai Johor Bahru dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina.

Setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Teknologi Malaysia, beliau aktif melibatkan diri mewakili universiti dalam sukan futsal dan mwakili futsal UTM 2009-2012 sempena MASUM (majlis sukan universiti malaysia).Beliau merupakan presiden Student Athlete Sport Council (majlis tertinggi sukan UTM) 2012-2013,ketua Pasukan futsal UTM skudai 2011-2013,pengurus pasukan Futsal UTM skudai 2012-2013, Selain daripada sukan bola sepak dan futsal, beliau juga berbakat dalam melakukan aksi gaya bebas bola sepak. Di channel Youtube beliau, terdapat banyak video Joga Taleeb yang menyaksikan aksi beliau dengan bola sepak. Selain itu, Taleeb Mizad pernah mengadakan persembahan 'Freestyle' di Putrajaya dihadapan Menteri Belia Dan Sukan YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek pada tahun 2011, membuat persembahan Freestyle football di Pavilion Kuala Lumpur sempena Malaysian Arts Style international Festival (MASiF) 2010 dan SAFWA HEALTH IDOLA BOLA 2010 Finalist pertandingan football freestyle di Ampang.

SenibinaSunting

Di universiti, beliau dikenali juga dengan bakat beliau dalam bidang seni bidang Sarjana Muda Sains Seni Bina atas bakat beliau yang mahir membuat lukisan sketch secara free hand pemandangan dan bangunan bersejarah seperti Eiffel Tower dan Taj Mahal.Beliau pernah mendapat Anugerah Dekan dan mengekalka prestasi terbaik dalam bidang pelajaran. Beliau juga mahir menggunakan software untuk membuat pelan 3D bangunan menggunakan Google Sketchup, AutoCad dan Lumion. Beliau juga mahir menggunakan Adobe After Effects untuk membuat efek2 khas seperti yang ada di Channel Youtube beliau 'Taleeb Mizad' yang berjudul 'Tiga Abdul'.

Anugerah Nova Media BaruSunting

Dan pada tanggal 15 Disember 2012, beliau telah memenangi Anugerah 'Nova Media Baru' di Anugerah Planet Muzik 2012 di The Max Pavilion Singapore Expo atas undian orang ramai bagi Youtubers di peringkat Asia Tenggara.

Pencapaian lainSunting

Beliau banyak mendapat jemputan untuk membuat persembahan nyanyian bersama atau tidak bersama gitar di peringkat universiti dan kebangsaan. Beliau pernah membuat persembahan ketika Suara Siswa di UTM bersama Dr Fadzley anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia. Beliau juga pernah membuat persembahan nyanyian bersama Rahmat dari kumpulan Mega ketika Kayuhan Hijau UTM. Beliau turut menjadi pengacara, membuat persembahan nyanyian, flute, drum dan freestyle ketika acara berprestij TERANG! 2011 Architectural Workshop peringkat Malaysia di UTM Skudai yang dianjurkan bersama dengan warga Architech UTM.

Taleeb Mizad juga pernah mejadi Finalist (best 15) Best Dressed Real Men ESQUIRE di wardrobe Bangsar Kuala Lumpur pada tahun lepas. Hasil usaha beliau sendiri yang banyak membuat video 'cover' lagu-lagu artis yang popular tempatan dan antarabangsa seperti Ombak Rindu, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Im Yours dan Sudah Cukup Sudah.

Artis serba bolehSunting

Taleeb Mizad merupakan seorang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya dan menjadi artis atau public figure yang disegani dan menjadi contoh terbaik bagi generasi anak muda zaman ini. Beliau mempunyai falsafah tersendiri, 'Saya menggunakan kelebihan menggunakan teknik Imaginasi dan Seni ke dalam setiap perkara yang saya lakukan. Sebagai contoh, bermain futsal adalah seni percaturan dan gaya bebas bola sepak adalah seni imbangan' . Semoga apa yang dihajatkan oleh anak muda ni sentiasa disokong dan mendapat perhatian peminat tanah air dan di peringkat asia tenggara.

Dan hasil usaha dan rezeki beliau itu, beliau kini berada dibawah naungan Hijjaz Records dan Music Valley Malaysia (MVMProductions). Kini beliau dalam proses pembikinan Album Pertama dan beberapa Single. Antara komposer yang terlibat adalah seperti Adi 6ixth Sense, Shamril bin Mohd Salleh dan Hijjaz.Kini Taleeb Mizad muncul dengan album pertamanya yang bertajuk Syukur Alhamdulillah' pada tahun 2013. Di dalam album tersebut mengandungi 6 buah lagu antaranya, lagu hits 'Restu Cinta' , 'Akulah HambaMu', 'Setiaku Di Sini', 'Kau Sayangkan Aku', 'Perutusan Rindu' dan 'Ku Bersyukur'. Semua lagu tersebut boleh didapati di iTunes dan fulltones,caller ringtones di semua telco di Malaysia.