Tali pusat

Tali pusat
Umbilicalcord.jpg
Tali pusat seorang bayi tiga minit selepas kelahiran.
Latin funiculus umbilicalis

Tali pusat ialah suatu jaringan yang menghubungkan plasenta dan janin.[1] Fungsi tali pusat termasuk menjaga kelangsungan hidup dan membantu dalam pertumbuhan embrio dan janin.[1] Pembuangan bahan buangan dari janin, serta pengangkutan oksigen, zat, dan faktor pertumbuhan janin berlaku melalui tali pusat.[1] Setelah bayi dilahirkan, tali pusat umumnya disepit dan dipotong kemudian dibiarkan terdedah di udara agar kering.[2] Dalam waktu 24 jam, warna putih kebiruan tali pusat akan hilang dan menjadi hitam setelah beberapa hari.[2] Kini, darah dari tali pusat telah dimanfaatkan sebagai sumber sel tunjang untuk membendung beberapa penyakit tertentu.[3]

StrukturSunting

Tali pusat mengandungi jeli Wharton, suatu bahan jeli dengan sebahagian besarnya terdiri daripada mukopolisakarida yang melindungi saluran darah di dalamnya. Tali pusat mengandungi satu vena, yang membawa darah teroksigen dan nutrien ke janin, dan dua arteri yang membawa darah yang terdeoksigenasi dan kekurangan nutrien.[4] Kadang-kadang, hanya dua saluran (satu vena dan satu arteri) yang terdapat pada tali pusat. Ini kadang-kadang berkaitan dengan keadaan janin abnormal, tetapi boleh juga berlaku tanpa mendatangkan masalah.

Tidak biasa bagi sebuah vena untuk membawa darah beroksigen dan arteri membawa darah yang terdeoksigenasi (satu-satunya contoh lain adalah arteri dan vena pulmonari yang menghubungkan paru-paru ke jantung). Walau bagaimanapun, tatanama ini mencerminkan fakta bahawa vena pada tali pusat membawa darah ke arah jantung janin, sementara arteri umbilik membawa darah menjauhi jantung.

RujukanSunting

  1. ^ a b c (Inggeris) Glyn O. Phillips, J. F. Kennedy, Peter A. Williams (2002). Hyaluronan. Woodhead Publishing. ISBN 978-1-85573-570-5. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)Page.239
  2. ^ a b (Inggeris) Charles Rb Beckmann, American College of Obstetricians and Gynecologists, Barbara M Barzansky, Frank W Ling, Douglas W Laube (2009). Obstetrics and Gynecology. Lippincott Williams & Wilkins Publishers. ISBN 978-0-7817-8807-6. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)Page.121-123
  3. ^ (Inggeris) Marie Bakitas Whedon, Debra Wujcik (1997). Blood Marrow Stem Cell Transplant 2E. Jones & Bartlett Publishers. m/s. 63-64. ISBN 978-0-7637-0356-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ "Fetal Circulation". www.heart.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2017. Dicapai pada 27 March 2018.