Tam Suhaimi
Nor Azemi Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Tam (lahir 1979) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak, kerjaya Tam terus bertahan sehingga menginjak dewasa dan kini bergelar Pengarah sejak 2013.[1] dan lebih banyak menumpukan tugas-tugas disebalik tabir penerbitan drama-drama tv tempatan.
Kehidupan awalSunting
Beliau muncul dalam filem Kaki Bakar (1995) arahan Uwei Hj Saari Anak kepada Kalang (Khalid Salleh) pendatang dari Indonesia. Bersama seorang lagi pelakon kanak-kanak ikonik, Nasrizal Ngasri.
Tam mendapat perhatian ramai apabila drama tv, Cili Padi mendapat perhatian ramai apabila dia yang memegang watak Salim, abang kepada Syafiq (Nik Fariz Nik Fazil) menjadi pujaan ramai kanak-kanak dan remaja era 90 an kerana sifatnya yang kecil molek. Disamping teraju utama Jaafar Onn, Melissa Saila dan Zizie Ezette.
KerjayaSunting
Selepas menginjak dewasa dan remaja, Tam jarang muncul di kaca tv. Tetapi dia mendapat perhatian ramai apabila muncul sebagai watak utama dalam drama Dunia Anita yang disiarkan di tv3 pada 2006. Semenjak itu dia terus mengukuhkan nama dalam industri hiburan tempatan. Selepas itu dia membintangi produksi Gaia pada 2008 bersama Farish Ramli dan Nora Danish.
Meskipun kerap tampil dalam drama, telefilem komedi. Tam sebenarnya berbakat dalam genre lain seperti Biarkan Burung Bernyanyi dia berperanan sebagai anak remaja yang memberontak dengan ibunya yang telah berkahwin baru. Dia tidak merestui kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Dia mensabotaj lauk pauk di gerai ibunya dengan menuang banyak garam dan memagari pintu rumah dengan kayu.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Pak Tam Duda | Halim | |
1990 | Adik | Filem pertama | |
1995/2001 | Kaki Bakar | Harjo |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1990 | Cili Padi | Salim | TV3 | |
2006-2007 | Dunia Anita | Tam | ||
2008 | Gaia | Astro Ria | ||
2019 | Gerak Khas (Musim 19) | Ady | TV2 | Episod: "Dendam Menular" |
RujukanSunting
- ^ Lakonan bukan lagi dunia Tam Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2018.