Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam (Bahasa Inggeris: National Botanic Gardens Shah Alam) adalah sebuah taman botani yang beroperasi di bawah MOA. Ia terletak di Shah Alam, Selangor, meliputi kawasan seluas 817 hektar. [1]

Taman Botani Negara Shah Alam
Shah Alam National Botanical Park, the sculpture of Titan Arum.jpg
Mercu tanda TBNSA
JenisTaman botani negara
LokasiShah Alam, Selangor
Koordinat3.0961469° N, 101.5110537° E
Kawasan817 hektar
Dicipta24 April 1986
Pelawat383,329 (2016)
Laman sesawanghttp://www.tbnsa.gov.my/

TBNSA merupakan sebuah pusat pemuliharaan flora dan fauna di Malaysia. Terdapat 422 spesies flora boleh dijumpai di TBNSA, 31 spesies daripadanya adalah endemik di Semenanjung Malaysia manakala 20 spesies lagi tersenarai sebagai spesies terancam.

Selain itu, TBNSA juga merupakan satu lokasi yang sesuai bagi menjalankan program Pendidikan Botanikal. Program ini terbuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menengah untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan alam semula jadi. Pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta juga diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal di TBNSA.

Bermula pada bulan April 2019, pengarah TBNSA adalah Ismail bin Muhamed. [2]

SejarahSunting

Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) telah dibangunkan pada 24 April 1986, dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Pada tahun 1991, nama tersebut ditukar kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Pada tahun 2007, TBNSA mendapat nama sekarang, iaitu Taman Botani Negara Shah Alam. [3]

Visi & MisiSunting

Tujuan penubuhan TBNSA adalah menyediakan satu pusat pendidikan saintifik kebangsaan dan pemuliharaan sumber untuk botani, hortikultur, florikultur, dan pelbagai bidang berkaitan di Malaysia. Taman Botani juga berperanan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai tumbuh-tumbuhan di Malaysia. [4]

Objektif & FungsiSunting

  • Sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang lain yang berkaitan.
  • Sebagai pusat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan tumbuh-tumbahan dan sumber hutan.
  • Sebagai pusat mendokumentasi, melindungi, pelihara dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan asli yang jarang dijumpai, terancam dan bernilai di Malaysia.
  • Untuk meningkatkan kesedaran supaya menghargai sumber tumbuh-tumbuhan di Malaysia.
  • Menjadi salah satu pusat rekreasi yang berkonsepkan alam semula jadi kepada masyarakat. [5]

TarikanSunting

Taman & KebunSunting

  • Taman Haiwan
  • Taman Hiasan
  • Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
  • Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman
  • Taman Kaktus
  • Taman Buah-buahan Tropika
  • Taman Padi
  • Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan

Empangan / TasikSunting

  • Empangan Sungai Baru
  • Empangan Air Kuning
  • Terowong Misteri
  • Kolam C

Kampung & ChaletSunting

  • Kampung Idaman
    • Rumah Perlis
    • Rumah Kedah
    • Rumah Pulau Pinang
    • Rumah Perak
    • Rumah Negeri Sembilan
    • Rumah Melaka
    • Rumah Johor
    • Rumah Pahang
    • Rumah Terengganu
    • Rumah Kelantan
  • Perkampungan Budaya
  • Camar Rimba

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)Sunting

Pelawat berpeluang merasai suasana empat musim di RISEM. Terdapat 20 jenis tumbuhan import dari negara beriklim sederhana, ditanam dalam bangunan RISEM. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan:

  • Musim bunga - bulan Mac hingga Mei
  • Musim panas - bulan Jun hingga Ogos
  • Musim luruh - bulan September hingga November
  • Musim salji - bulan Disember hingga Februari

Sejak bencana ribut pada bulan Mac 2019, RISEM ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan

Waktu operasiSunting

TBNSA membuka kepada pelawat (tutup pada hari Isnin), daripada 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Walaubagaimanapun, ia akan buka seperti biasa pada hari Isnin jika cuti sekolah atau cuti awam jatuh pada hari Isnin.

Waktu operasi TBNSASunting

Kawasan Selasa - Ahad Isnin
Kawasan TBNSA 7.30 pagi hingga 4.30 petang * Taman akan ditutup pada hari Isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan am
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)
(Ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan)
7.30 pagi hingga 4.30 petang
Kaunter tiket & kaunter bayaran 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Bas

Selasa hingga Ahad:

  • 7.30 pagi hingga to 4.30 petang

Jumaat:

  • 7.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
  • 2.45 petang hingga 4.30 petang

Kadar bayaranSunting

Caj konservasi (Wajib)Sunting

Kategori pelawat Bayaran setiap pelawat
Dewasa (12 hingga 54 tahun) RM 3.00
Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) RM 1.00
Warga Emas ( 55 tahun ke atas) RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Masuk percuma

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)Sunting

Kategori pelawat Musim lain Musim salji
Dewasa (12 tahun dan ke atas ) RM 3.00 RM 5.00
Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun) RM 1.00 RM 3.00
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Masuk percuma [6]

AlamatSunting

Taman Botani Negara Shah Alam,
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. [7]

GaleriSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Latar Belakang". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
  2. ^ "Carta Organisasi". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 14 April 2020.
  3. ^ "Sejarah". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
  4. ^ "Visi & Misi". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 28 March 2020.
  5. ^ "Objektif & Fungsi". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 28 March 2020.
  6. ^ "Bayaran". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
  7. ^ "Hubungi Kami". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.

Pautan luarSunting